BAB 2

12 2 3
                                    

            Datin Hafiza Hanim atau lebih senang dipanggil Datin Hanim, duduk merenung taman bunga yang berada dihalaman rumahnya. Dia melepaskan keluhan berat. Sesekali dia memandang wajah suaminya yang duduk dikerusi sebelah yang sedang membaca berita ditabletnya. Sekali lagi Datin Hanim melepasan keluhan. Kali ni lebih kuat daripada tadi. Dato' Shahir yang mendengar terus terhenti dari membaca tablet diletak atas riba.

            "awak ni kenapa? Asyik mengeluh dari tadi. Ha kenapa? Cer citer sikit dengan saya" Dato' shahir menyoal. Actualy bukan nak tahu sangat pun, just dia tahu kalau isterinya sengaja mengeluh dan memandangnya disebelah kalau dia buat tak tahu pasti akan merajuk. Perempuan biasalah suka merajuk.

            "haih..takde apalah bang" ah pula. Tadi bukan main mengeluh.

                "ceritalah. Kenapa mengeluh, abang ada buat salah ke? Kalau ada abang minta maaf. Yelah, abang ni dah tua. Kadang tak perasan kalau ada awak terasa ke apa" tiba-tiba sahaja Dato' Shahir memohon maaf. "isy..abang ni ke situ pula. Takdelah saya risaukan si Rayyan tu hah... asyik keluar je. Tak pernah nak lekat dekat rumah. Kalau keluar pergi kerja takpelah juga. Ni dah 2 tahun grad pun masih nak menganggur. Dahlah menggangur tak sedar diri pulak tu. Asyik shopping je, kalah perempuan. Bukan nak kerja ke apa. tolong Zaril dekat office pun okay jugak. Ini tidak melepak merayau entah kemana saja. Bukan tu je. Kawan i cerita hari tu dia nampak Rayyan dengan perempuan. Perempuan yang berbeza pulak tu. Haih... apa nak jadi dengan si Rayyan ni. perangai tak berubah-ubah. Perangai kasanova siapalah yang diikutnya" bebel Datin Hanim dengan riak wajah jelas merisaukan.

                  "alaa..bagilah dia masa. Nanti dia masuklah tu kerja. Haa parangai kasanove tu ikut siapa lagi.. ikut sayalah tu. Dulukan saya playboy sejati. Semua perempuan rebutkan saya tau" bangga sahaja Dato' Shahir berkata. Sengaja dia mahu mengusik isterinya.Datin Hanim yang tadi berniat nak luahkan rasa terus jadi bengang. Mukanya berubah masam.

                 "ha banggakan sangatlah perangai playboy awak tu. Banggakan lagi. Malam ni tidur luar. Tak kuasa saya nak melayan awak. Menyampah" Datin Hanim menjeling suaminya. Dato' shahir hanya tersengih. 'merajuklah tu' bisik hatinya. "alaa..abang gurau je. Janganlah marah. Hilang kemanisan wajah awak yang abang idamkan setiap malam" baik anak baik bapak, sama je dua dua mulut manis.  

                 Datin Hanim menjeling tajam. Orang serious dia main main pula. Dia bangun untuk beredar dari situ. Geram. Namun pantas lengannya ditahan oleh Dato' Shahir. "laa..awak nak pergi mana? Temankanlah abang" Dato' Shahir memberikan pandangan minta simpati. Tangannya menarik lengan bininya. Datin Hanim memandang Dato' Shahir tanpa riak. Dia melepaskan keluhan, sebelum menarik tangannya dengan lembut dari genggaman suaminya yang tercinta itu.

                 "saya nak pergi tidur dah malam. Abang tidur luar. Malas saya nak layan orang tua macam awak. Menyampah. Huh" pantas Datin Hanim beredar. Nanti karang makin dilayan suaminya itu makin menjadi-jadi pulak perangai manjanya keluar. Penatla kami nak melayan.

                "orang tua awak panggil abang? Kita sebaya tau" balas Dato' Shahir dengan kuat agar didengari oleh Datin Hanim. Dia tergelak kecil melihat isterinya. Aih jatuh cinta lagi. Rumah tangga yang dibina sudah bertahun-tahun, namun rasa sayang terhadap bininya tidak pernah sedikit pun berkurang makin bertambah adalah. Dia menyambung semula membaca berita ditabletnya. Namun dalam fikiran melayang fikir macam mana nak pujuk isterinya itu. tidak mahulah dia tidur diluar. Lonely.

..........................

               Qayyum menutup pintu rumah dengan penuh berhati-hati. Risau mengejutkan orang yang dirumah. Dia tidak mahu mengejutkan orang dirumah kerana dia tidak mahu dimarahi. Sekarang jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Sepatutnya jam untuk kanak-kanak 10 tahun sepertinya tidur tetapi dia pula baru pulang ke rumah. baru sahaja dia mahu melangkah kebilik, ruang tamu yang gelap gelita tiba-tiba sahaja bercahaya. Terkejut Qayyum. Mukanya jelas berubah takut.

Rayyan QayyumWhere stories live. Discover now