HRJ;01

331 24 12
                                    

aku dan yoo ra berlari ke padang dengan laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


aku dan yoo ra berlari ke padang dengan laju.sesampainya di sana,kelihatan ramai pelajar lain sedang berkumpul di satu tempat..

matahari pagi yang berada betul betul di atas kepala langsung tidak diendahkan mereka semua.yang mereka mahukan sekarang ialah melihat pertelingkahan itu.

aku mendengus kasar mendengar ada di antara mereka yang menjadi batu api dalam pergaduhan antara Felix dan Jeno.ada yang bersorak nama jeno...ada jugak bersorak nama felix.

"ish diorang ni"getus ku tidak setuju.

"minju,kau jangan nak masuk campur eh?kau tak ingat ke kali terakhir kau masuk,habis dia lempar kau pegi tepi macam lempar plastik sampah?"yoora memberi peringatan.

"ye ye..aku tak masuk.cuma nak tengok depan depan je."ujar ku lalu terus menembusi kerumunan pelajar di situ.yoora pula sudah kutinggalkan di belakang.

sorry yoora.

usai menembusi para pelajar hingga ke ke barisan paling hadapan,aku terkejut melihat jeno sudah terduduk dengan darah di hujung bibirnya.

"yahh Lee Jeno."aku terus duduk melutut di tepinya dan membiarkan sahaja lutut ku terkena rumput padang yang agak tajam.

"minju..apa kau buat kat sini?"tanya nya sedikit terkejut dengan kehadiran ku.

soalan bodoh.

aku melemparkan pandangan tajam ke arah felix yang masih menggenggam penumbuk.

"kau ni kalau sehari tak buat kacau tak boleh ke?"

"suka hati aku la.ada aku kacau hidup kau?"

"skolah ni tak tenang sebab kau tau tak?kitorang nak rehat pun tak boleh."

"hehh..kau ni masih tak serik dengan hal minggu lalu nampaknya."felix maju ke arah ku seolah olah ingin menghajar ku di situ jugak.

dia menarik ku dan menggengam kolar baju ku..dengan keberanian yang tersisa,aku membalas pandangan matanya.

"pukullah aku..minggu lalu aku boleh anggap tu sebagai kemalangan.tapi kali ni,tak felix.pukul aku..dan kau pun akan jadi lelaki dayus."

felix diam sejenak lalu menolak ku hingga aku tersungkur ke tanah.

"minju."panggil yoo ra.

"felix..ikut aku pegi pejabat guru sekarang.kau ni dah melampau."jeno berdiri lalu menarik tangan felix pergi ke pejabat.

"pejabat?apa je yang diorang tu boleh buat kat aku?korang dah lupa ke-"

"ayah kau banyak sumbang duit kat skolah ni?arhhh,jadi kau nak kata yang duit ayah kau tu duit kau jugak?"potong jeno.

felix menggertakkan giginya.

"Lee Felix..kalau ayah kau tak nak sumbang duit sekalipun...kitorang takkan mati kebuluran lah kat sini.bukan ayah kau sorang je yang kaya kat sini."kata jeno dan sambung menarik felix keluar dari kawasan padang dan menuju ke blok A yang menempatkan pejabat guru.

Huang RenjunWhere stories live. Discover now