BAB 7

6 2 0
                                        

"Bunga kamu buat apa kat dalam bilik tu? Ada orang nak jumpa dengan kamu ni." Panggil Puan Irdina.

"Haa? Ada orang nak jumpa? Siapa bu?" Tanya Bunga pelik. Siapa pulak yang datang ni.

"Keluarlah dari bilik, jumpa dia."

"Haa iya iya Bunga keluar." Lalu Bunga keluar dari bilik dengan memakai tudung dan turun ke bawah. Sampai di bawah dia sedikit terkejut apabila melihat  Imran berada di sofa rumahnya dan sedang duduk senang.

Bunga pergi dekat dengan Imran. "Nape awak datang sini?"

"Saya nak jemput awaklah. Kita kan dah janji nak keluar dinner malam ni."

"Mana ada saya janji." Kata Bunga.

"Kan saya kata kalau awak nak saya tolong awak ada syaratnya, syaratnya awak kena keluar dinner dengan sayalah. Takkan lupa kut?"

"Saya tak lupa. Tapi saya tak de mood nak keluar." Jawab Bunga.

"Keluar jelah Bunga dengan dia. Dia dah mintak kebenaran dengan ibu dah nak bawak kamu keluar." Kata Puan Irdina yang muncul dari belakang.

"Haishh."

Imran tersenyum kemenangan. "Change your clothes I will wait you."

"Who are you want to direct me?"

Imran terdiam. " Pergi jelah tukar baju tu pakai lawa lawa. Ini arahan ibu. Ibu bagi kamu berdua keluar tapi jangan balik lambat sangat. Pastikan pukul 10 kamu dah balik." Kata Puan Irdina lalu duduk di sofa.

"Yeah okay okay." lalu Bunga menaiki tangga ingin ke biliknya. Sampai di biliknya dia menghempas pintu biliknya.

"Ieeee lahhh!! Dia tak tau ke aku masih marah dengan dia pasal siang tadi! Hish lelaki ni memanglah! Macam mana aku nak terima pinangan dia?" Kata Bunga dengan geram.

"Ermm Imran minumlah dulu. Tunggu Bunga tukar baju kejap yea." Kata Puan Irdina.

"Baik aunty." Lalu Imran mengambil cawan yang telah dituang air kopi lalu dihirupnya perlahan.

Bunga memilih bajunya didalam almari. Dia memilih baju blouse labuh berwarna unggu cair yang dibahagian kaki sehingga ke bahagian peha mempunyai bulu dan sedikit di bahagian dada. Baju ini baju yang dibelinya di Australia. Sudah lama dia beli tapi baru hari ini nak pakai.

Bunga kelihatan cantik dan anggun memakai baju itu dan tudung shawl berwarna unggu juga. Dia memakai sedikit mekap yang simple setelah itu dia sembur sedikit minyak wangi jenama victoria secret kemudian dia mengambil beg tanganya dia menyandang di bahu lalu turun ke bawah.

Imran terpegun melihat kecantikan Bunga terus dia berdiri. "Dah siap ke? Jomlah dah boleh pergi ni." Kata Imran.

Bunga hanya menganggukkan kepalanya. Dia terlupa yang Imran memakai baju kemeja bewarna unggu juga sama dengannya. 'Aduhai kenapa aku boleh lupa yang dia pun pakai baju warna unggu.' Kata Bunga dalam hati.

"Emm Bunga pergi dulu ibu." Bunga menyalami tangan Ibunya. Lalu dia berjalan menuju ke pintu dia memakai kasutnya. Imran juga memakai kasut adidasnya.

"Hemm aunty kitorang pergi dulu. Assalamualaikum." Kata Imran.

"Ye, waalaikumussalam. Jangan balik lambat. " Kata Puan Irdina.

Lalu Imran dan Bunga bergerak ke kereta Honda Br-v Imran. Mereka masuk ke dalam kereta. Imran menghidupkan enjin lalu memandu keluar dari perkarangan rumah Bunga.

Ketika di dalam kereta Imran sekejap memandang ke arah Bunga sekejap memandang ke depan semula kemudian memandang Bunga balik dan memandang kehadapan semula.

"Ehh,  awak ni dah kenapa nak bawak kereta pandang depan bukan nya pandang kiri depan kiri depan. Awak dah bawak saya ni kalau excident macam mana? Kalau awak sorang tak pelah nak excident." Kata Bunga. Dia tidak sengaja mengeluarkan ayatnya yang terakhir. Pantas dia menutup mulutnya.

"Sampai hati cakap macam tu. Awak suka lah kalau saya mati?"

"Ehh, taklah. Maaflah saya terlepas cakap. Mulut ni celupar sangat." Kata Bunga dan memandang kearah Imran.

"Saya baru nak kata yang awak ni cantik. Tapi tak pelah." Kata Imran. Siapa je yang tak terasa orang yang kita sayang sanggup kalau kita nak kemalangan.

"Maaflah. Saya terlepas cakap. Awak? Hurmm?" Bunga membuat muka comel.

Imran memandang wajah Bunga sekilas. Dia menahan daripada tersenyum. 'Comelnya eee geramlah.' Kata Imran dalam hati.

"Awak? Nak senyum senyum jelah. Tak yah tahan tahan." Bunga rasa ingin ketawa pula melihat Imran menahan dari ingin senyum.

"Mana ada saya nak senyum."

"Yelah tu. Hahahaha." Bunga tergelak juga.

Imran juga turut ketawa. "Ehh gelak jugak." kata Bunga dan masih ketawa.

"Saya nak kata yang awak cantik sangat malam ni. Warna baju kita sama pulak tu. Awak saja eh nak matching maching haa?" Tanya Imran.

"Ehh mana ada nak matching lah tak kuasa lah hai." Jawab Bunga.

"Yeke? Dah tu kenapa pakai baju warna sama dengan saya? Kan awak dah turun tadi jadi awak tahulah saya pakai baju warna apa."

"Mana adalah. Haa." Bunga mencari idea. "Haa! Saya cakap dengan awak pandang muka awak. Saya tak pandang baju awak. Turun turun je saya terus nampak muka awak. Saya tak perasan pun baju awak warna unggu. So saya pakai lah baju warna unggu." Kata Bunga panjang lebar.

"Yeke? Macam tak logik je."

"Logik jelah. Apa yang tak logiknya?"

"Yelah takkan lah awak tak perasaan saya pakai baju warna apa."

"Ish apa apa jelah!"

"Maknanya betulah awak memang nak macth dengan saya eh?"

"Awak pernah dengar tak yang perempuan selalu betul dan menang? Tak kisah apa pun lah saya yang betul awak yang salah." Kata Bunga.

"Ehh ungkapan tu salah. Mana boleh perempuan selalu betul dan menang. Habis tu macam mana dengan lelaki mana hak untuk lelaki? Macam mana kalau lelaki tu memang betul dan perempuan tu memang salah. Takkan nak betulkan benda yang memang dah salah. Mana boleh macam tu. Dan kemenangan ni tak semestinya perempuan je yang akan menang habis tu lelaki macam mana? Takkan lah perempuan je yang akan kehadapan dan bagaimana dengan lelaki? Terus mundur ke belakang? Macam tu ke sayang? Hemm?" Tanya Imran.

Bunga terdiam seribu bahasa buat seketika. 'Ya Allah kenapalah aku dipertemukan dengan lelaki yang susah nak mengalah ni. Allahuakhbar.' Kata Bunga dalam hati.

"Awak ni lawyer ke?  Sampai boleh cakap macam tu sekali. Ke pendakwa raya haa? Setahu saya awak kerja dekat syarikat je kan." Kata Bunga.

"Yup. Saya memang kerja syarikat je. Syarikat Perguaman." Balas Imran.

'Lah patutlah.' "Hemm okay you win."

Imran hanya tersenyum kemenangan. "Dah nak sampai dah Restoran tu. Kat depan tu je."

Bunga hanya menganggukkan kepalanya. Malas nak bercakap lagi. Kang kena ceramah lagi. Sia sia je.

TO BE CONTINUED...

Cinta Bunga SofiyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang