Imran membawa Bunga ke bahagian yang memang telah ditempah khas untuk mereka berdua.
Bunga sedikit kagum dan terpesona melihat hiasan meja dan tempat yang telah disediakan. 'Romantik juga Imran ni.'
"Have a sit Sayang." Kata Imran lalu menarikan kerusi untuk Bunga.
"Thanks." Balas Bunga.
"Saya dah order kan makanan untuk awak. Awak makan spagetti carbonara?" Tanya Imran setelah dia duduk dengan selesa.
"Makan. Air?" Tanya Bunga pulak.
"Air awak orderlah nak air apa." Kata Imran lalu seorang pelayan lelaki datang membawa dua hidangan mereka.
Pelayan itu meletakkan dua pinggan spagetti carbonara itu diatas meja. "Emm ada apa apa lagi Cik?" Tanya pelayan itu.
"Emm saya nak air jus tembikai." Kata Bunga.
"Hemm encik?"
"Sama jugak."
"Ok itu je. Ada apa apa lagi?"
Imran dan Bunga hanya menggelengkan kepalanya. Lalu pelayan itu pergi dari situ.
"Hemm saya ada sesuatu untuk awak." Kata Imran lalu mengambil sejambak bunga ros merah di tepi meja.
"Nah untuk awak." Imran menghulurkan sejambak bunga itu kepada Bunga.
"Jauhkan bunga tu dari saya." Bunga mengosok gosok hidungnya yang terasa gatal. Lalu di terbersin dua kali.
"Kenapa? Awak alah dengan bunga ke?" Tanya Imran.
"Emm ye. Hachom." Bunga terbersin sekali lagi.
"Sorry saya tak tahu." Kata Imran serba salah.
"Haa tak pe. Letak jauh jauh bunga tu. Jangan buang bunga tu. Bagilah siapa siapa Bunga tu okay." Kata Bunga. Dia mengeluarkan sapu tangan dari beg nya lalu dia menutup mulutnya apabila terasa ingin terbersin lagi.
"Hemm. Sorry tau saya tak sengaja. Saya memang tak tau." Kata Imran.
"Hemm tak pelah makan je." Kata Bunga lalu dia mula makan spagetti itu.
Imran turut makan sama dengan perasaan yang serba salah. Kemudian pelayan datang membawa dua cawan air jus tembikai.
"Hemm saya nak tanya sikit awak memang alah dengan bunga dari kecik ke? Saya ingatkan nama Awak Bunga awak suka bunga tapi sebaliknya.
"Hemm. Taklah masa saya kecik saya suka sangat dengan Bunga. Memang kenalah dengan nama saya Bunga. Tapi masa umur 10 tahun tiba tiba je saya pegang bunga Ros muka dengan tangan saya jadi bengkak bengkak. Muka saya jadi buruk sangat bengkak teruk." Cerita Bunga.
"Ouhh. Sorry tau saya tak tau. Nasib baik awak tak pegang lagi bunga tu." Kata Imran.
"Hemm. Its okay. Dah habiskan spagetti tu. Lepas ni kita balik ok?"
"Emm saya nak bawak awak pergi taman bunga sebernanya tapi tak pelah." Kata Imran lalu meneruskan makan spagetti nya.
"Boleh je. Tapi awak kena sediakan mask." Kata Bunga.
"Okay." Imran tersenyum gembira. Lalu dia menghabiskan spagetti itu dan minum air jus tembikai itu sehingga habis. Dia menunggu Bunga menghabiskan makanan nya. Setelah itu dia membawa Bunga ke taman Bunga.
Sampai sahaja di taman Bunga itu. Bunga dengan siap memakai mask berjalan seiringan bersama Imran ke dalam Taman itu.
Taman itu kelihatan cantik dengan lampu yang berwarna warni. Memperlihatkan bunga bunga yang hidup subur cantik di sekeliling mereka. Walaupun malam tapi bunga bunga itu tetap kelihatan cantik dan segar.
"Awak cuba tengok bunga tulip ni cantik kan?" Tanya Imran.
"Haa? Cantik." Jawab Bunga sambil menyedut hingusnya.
"Awak tak selesa ke? Kalau tak jom lah balik. Kesian saya tengok awak selesema ni." Kata Imran simpati.
"Tak lah saya okay je. Haa jom tengok Bunga kat sana tu. Cantiklah." Kata Bunga lalu berjalan ke arah pokok Bunga yang dikatanya itu.
Imran menarik lengan Bunga yang berlapik kan baju Bunga. "Tak yah paksa diri untuk gembirakan orang lain. Dah jom balik. Kesian saya tengok awak ni. Nanti melarat kang susah." Imran melepaskan genggaman tangannya.
"Tak nak per- hachom." Tidak sempat Bunga ingin menghabiskan percakapannya dia terbersin lagi lagi dan lagi.
"Hemm tak payahlah kita balik jelah. Jom." Imran meminta Bunga jalan kehadapan dulu.
Bunga berjalan kehadapan menuju pintu keluar dan Imran mengikutnya dari belakang.
Dihadapan dia ada seorang lelaki membawa sebakul kelopak bunga mawar sambil bercakap dengan telefon.
Imran hanya memandang lelaki itu. Tiba tiba Bunga terasa ingin bersin lagi. Tanpa dia sedari lelaki tadi leka bercakap dengan telefon hampir ingin melanggar Bunga.
Imran yang melihat Lelaki itu seperti ingin melanggar Bunga dan isi didalam bakul itu pula kelopak bunga mawar. Dengan pantas dia menarik Bunga ke belakangnya dan Bakul itu terkena Imran habis semua kelopak Bunga itu terabur.
Bunga sedikit terkejut melihat tindakan Imran yang tiba tiba sahaja menariknya kebelakang mulai faham apabila dia melihat Kelopak mawar yang terjatuh. Dia tersenyum di dalam masknya.
Imran bercakap dengan lelaki itu dalam bahasa Thailand. "เอ๋ อยากทำงานให้ถูกวิธี คุณเล่นโทรศัพท์เพื่ออะไร อย่าให้ฉันบอกแม่ให้ไล่คุณออกทีหลัง(eh nak kerja buat cara kerja. Ni duk main telefon buat apa? jangan sampai saya suruh mama saya pecat awak nanti.)
"ยกโทษให้ฉันนายเมกา ฉันจะทำให้แน่ใจว่าสิ่งนี้จะไม่เกิดขึ้นอีก(Maafkan saya tuan megat. Saya akan pastikan perkara ni takkan terjadi lagi.)
"Clean this. My girl alergic of rose." Kata Imran.
Bunga yang berdiri di situ dah macam orang bodoh tidak faham sepatah haram apa yang dikatakan Imran bersama lelaki itu dalam Bahasa Thailand. Dia hanya faham apabila Imran berkata dalam bahasa Inggeris sahaja.
"Hemm awak boleh lalu tak?" Tanya Imran. Dia mengibas ngibas bajunya yang terlekat kelopak bunga mawar.
"Boleh boleh." Lalu Bunga berjalan kehadapan dan memijak kelopak bunga yang terabur itu.
"Jom kita balik cepat. Taman ni dah nak tutup dah. Lagipun dah nak pukul 10 dah ni." Kata Imran.
"Okay." Jawab Bunga. Imran menarik lengan Bunga menuju ke keretanya. Sampai dihadapan keretanya, Imran membukakan pintu untuk Bunga. Bunga masuk ke dalam kereta.
Imran menghidupkan enjin keretanya lalu terus memandu keretanya keluar dari kawasan Taman Bunga Mamanya itu. Dan menuju pulang ke rumah Bunga.
Patutlah dia boleh membawa Bunga ke Taman itu pada jam sudah hampir pukul 10 malam ni. Sebernanya Taman ini hanya buka sampai pukul 8 malam sahaja. Memandangkan dia anak kepada pemilik Taman bunga ini dengan sukahatinya dia membawa Bunga datang ke taman ini. Walaupun sepatutnya Taman ini sudah tidak boleh ada pengunjung lagi. Tetapi Bunga tidak mengetahui yang Taman itu milik Mama kepada Imran.
TO BE CONTINUED...
![](https://img.wattpad.com/cover/273073968-288-k252112.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Bunga Sofiya
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yg bernama Bunga Sofiya yang akan dinikahi dengan seorang lelaki yang tidak dicintainya yang bernama Megat Imran. Megat Imran amat mencintai dan menyayangi Bunga sepenuh hati dan raga. lama kelamaan Bunga mula menci...