"Awal bangun Bunga? " Tanya Puan Irdina.
"Mestilah awal takkan nak bangun pukul 12 tengah hari pulak. " Jawab Bunga dia duduk di kerusi meja makan itu. Walaupun dia lama duduk di Australia namun dia tidak pernah meninggalkan suruhan Allah yang satu itu. Setiap pagi dia akan bangun awal untuk menunaikan solat subuh melainkan pada hari uzurnya sajalah.
"Ibu, nanti bunga nk keluar kejap boleh tak?" Bunga mengambil sekeping roti dan disalutnya dengan coklat Nutella.
"Kamu nk pergi mana? Heii, baru balik dh nk keluar dh?"
"Bunga nk jumpa Thaqifah dengan Raudhah. Rindu lah dekat diorang. Boleh eh ma?🥺". Bunga membuat muka kesiannya.
"Hemm yelah. Jangan balik lambat. Nanti Ayah marah. Faham?" Kata Puan Irdina.
"Baik bos!" Bunga tabik seperti askar.
"Selamat pagi Ibu, Acik." Sapa Mawar yang bersama Suaminya Danial. Mawar menarik kerusi dihadapan Bunga lalu melabuhkan punggung nya disitu. Manakala Danial pula duduk di kerusi sebelah Mawar.
"Pagi, ibu, Bunga. Ayah mana? Tak makan sekali?" Tanya Danial.
"Ayah kamu ada dalam bilik nanti dia keluar lah tu." Kata Puan Irdina.
"Along, Arash mana? Belum bangun lagi ke?" Bunga pula bertanya.
"Dah. Dia tengah mandi tu. Nak tau satu cerita? Arash tidur terkencing. Kalau tak tu jangan harap lah dia nk mandi awal awal pagi ni." Seusai sahaja Mawar bercerita satu suara kanak kanak menyapa mereka. Siapa lagikan kalau bukan Arash.
"Mama! Nape cerita kat Acik ngan Nenak. Arash malulah." Arash menundukkan kepalanya.
Meledak ketawa semua orang yang berada di meja itu. "Acik tau ni mesti Arash excited sangat dapat hadiah dari Acik semalam sampai terkencing. Hahaha". Kata bunga dan ketawa lagi.
"Mana adalah!😖. Eii x nk kawan acik." Arash pantas duduk di riba Mawar.
"Tak nak kawan sudah acik tak kisah." Usik Bunga lagi.
Bunga menyambung makan rotinya.
"Acik nak roti tu." Mintak Arash.
"Ehh, tadi kata tak nak kawan acik. Last last mintak kat orang balik." Bunga berkata begitu namun dia tetap mengambil sekeping roti itu dan disalutkan dengan nutela lagi.
"Hehehe." ketawa Arash
"Nah roti." Bunga menghulurkan roti itu kepada Arash. Pantas Arash mengambil roti itu.
"Masih acik".
"Sama sama." Bunga tersenyum melihat telatah Arash.
🌹🌹🌹
" Along, oh along?" Panggil bunga.
"Yea." Jawab Mawar yang sedang duduk di sofa menonton TV.
"Emm.. Nak pinjam kereta boleh?" Kata Bunga sambil membuat muka comelnya.
"Eh. Nak pergi mana. Sampai nak pinjam kereta bagai?" Tanya Mawar.
"Nak jumpa kawan."
"Pakailah kereta Ayah."
"Aaa.. Kereta ayah mana ada. Ayah dah keluarlah. Bolehlah long?" pujuk Bunga.
"Yelah yelah. Tapi acik janji jangan calarkan kereta along walaupun sikit je.. Kalau tak. Tahulah nasib kau." Kata Mawar memberi amaran.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Bunga Sofiya
CintaMengisahkan tentang seorang gadis yg bernama Bunga Sofiya yang akan dinikahi dengan seorang lelaki yang tidak dicintainya yang bernama Megat Imran. Megat Imran amat mencintai dan menyayangi Bunga sepenuh hati dan raga. lama kelamaan Bunga mula menci...
