Anak kecil yang mentah.

14 1 0
                                    

Bermula aku dari kandungan ibu ku. Entah kali keberapa aku menunggu kelahiran ku di dunia luar. 

Ternyata itu hanyalah sekadar mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ternyata itu hanyalah sekadar mimpi. Mimpi yang amat mendamaikan dan menenangkan apabila aku tertidur dan hanya melihat semuanya hitam pekat. Walaupun gelap dek tiada cahaya sedikit pun namun tenangnya luar biasa. Seolah-olah merasa bahawa aku tidak pernah dihidupkan. Tenang dan hanya tenang. Itu sahaja yang dapat aku katakan. Namun semuanya menjadi sakit hanya kerana perkara yang sama perlu aku lalui. Dadaku rasa terlalu sakit seolah-olah ditekan dan pernafasan ku tersangkut-sangkut. Sesak nafas dan tercungap-cungap bagaikan nyawa-nyawa ikan . Asthma ku datang menyerang semula di tengah malam yang hening. Dalam keadan tercungap-cungap aku menggelabah meraba-raba mencari di mana keberadaan ubat ku. Air mata yang tidak berhenti jatuh berjuraian meninggalkan kesan di atas bantalku.

 Hanya sekadar tangisan dan bunyi asthma ku yang semakin kuat hari demi hari menyebabkan bapaku bergegas turun dengan cepat dari ruangan atas. Aku menyangka bahawa bapaku akan membawa ubat dan gas nebulizer yang merupakan machine bantuan pernafasan. Namun sangkaan ku salah. Sebaliknya rotan yang telah disatukan menjadi tebal dibawa turun dengan laju. Setiap malam sebelum tidur bapaku menebalkan rotan yang dibelinya. Baginya, dia akan mendapat kepuasan apabila rotan itu dapat dipukulkan kepada anak-anaknya. Setiap malam, tidak pernah terlepas walaupun sehari rotan itu dilibaskan di tubuh badanku.

 Seringkali aku bertanya kepada diriku. Apa salahku? Dosa apa yang aku lakukan sehingga aku diperlakukan sebegini. Sakit, pedih, sedih dan takut perasaan yang bersilih ganti di dalam diriku ini. Pelukan bibikku sahaja yang sering menyelamatkanku. Solikati. Nama itu sentiasa aku ingat dan aku akan mencarinya suatu hari nanti. Hampir setiap hari apabila aku dirotan, bibikku akan mendakap dan memeluk ku sekuat hati. Libasan demi libasan yang terkena pada kulitnya ditahan sekuat hati. Hanya air mata yang jatuh berlinangan membasahi kepalaku. Dengan sekuat hati bibikku lari ke dalam bilik kecil berhampiran dengan ruangan store. Pintu ditutup dengan rapat dan laju. Sekuat hati bapaku mengoncangkan pintu itu hingga hampir roboh. Tombol pintu dipulas sekuat hati oleh bapaku. Bibikku hanya mampu menangis dan memeluk aku sekuat hati lalu mengeluarkan baju anaknya. Dicium-cium baju itu, sambil berkata "Sabar ya dek, bibik khuatir apa yang jadi sama anak bibik di sana". 

Anak tunggal yang dibiarkan di Indonesia seorang diri bersama sang suami hanya baru berusia setahun jagung. Suaminya tukang kayu, paip dan memperbaiki rumah. Namun aku hanya mampu memeluk bibikku dan menangis. "Sabar ya bik". Itu sahaja yang dapat aku ungkapkan di kala sakit dan ketakutan yang teramat sangat. 


Ibuku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ibuku. Dalam kegelapan malam terjaga lalu melihat suasana malam yang hening bertukar menjadi kucar kacir. Libasan dan sebatan dari rotan dan tali pinggang silih berganti. "Perlahan sikit bang, nanti jiran dengar". Lalu ibu aku naik ke atas sambil mengusap perutnya yang sedang sakit. Terkejut aku mendengar perkataan ibuku itu. Pengharapan ku punah hanya kepada sang Ilahi dan bibikku itu sahaja. Selama 2 tahun aku diperlakukan sebegitu, pergi ke tadika dengan tangan yang bengkak dan mata yang sembap menangis.

 Ketika duduk pula terasa bisa di kaki dan di punggung. Menahan pedih dan sakit asthma itu sudah menjadi suatu kebiasaan buat ku. 2 tahun namun hanya 4 kali sahaja ibu aku terbangun. Pertama kalinya kerana terlalu bising. Kali kedua pula kerana almari di dalam bilik ibu ku jatuh. Ibu ku turun lalu pergi mendapatkan bapaku. "Sudah-sudahlah tu bang, tolong tengokkan almari kat atas tu, kan sayang dah panggil tadi! lama sangat kat bawah kenapa?" Lalu ibuku dan bapaku naik ke ruangan atas. Rasa lega sedikit di hati kerana bapaku sudah naik. Kali ketiga orang tuaku turun kerana terkejut menyaksikan aku yang sudah terlalu parah dan hanya mampu terbaring . Namun aku masih boleh bergerak selayaknya orang cacat yang tempang. Mengesot-ngesot mencari ubat sambil menangis. Namun tetap aku gagahkan badanku untuk bergerak dan memasuki kereta dek kerana terkejut mendengar jeritan ibuku. "Hoi perempuan, kau boleh cepat tak ah! Kau ni memang leceh lah! Dahlah leceh! Lembap pulak tu! Menyampah betul la aku tengok! Dasar anak menyusahkan ! Tak guna betul engkau hidup!". Bibikku bergegas menghampiri ku lalu membantu aku untuk berdiri dan memapah aku ke kereta. 

Bapaku bergegas menghidupkan enjin kereta dan membawa aku yang sedang menahan batuk dan bunyi asthma. Bapaku sangat pantang terdengar bunyi asthma. Kadang aku pun pelik dari mana aku boleh ada penyakit asthma. Sedangkan itu penyakit keturunan dari bapaku. Namun dalam perjalanan ke hospital KPJ Abdul Samad, aku terlepas batuk dan asthma. Bapaku memberhentikan kereta lalu melibaskan rotan dengan sekuat hati sebanyak mana yang dia mahu. Pedih sakit takut hanya aku pendam dan menangis secara senyap. Ibuku hanya mengabaikan sahaja kejadian itu. Bahagian emergency pada waktu tersebut tutup lalu aku dan ibu bapaku pergi ke klinik berhampiran rumah ku. Dulu ibuku terlalu menyayangi dan menyanjungi bapaku.

 Bahkan ibuku memarahi aku dan menghantukkan kepalaku di dinding klinik kerana dia menyangkakan bapaku meninggalkan ibuku keseorangan. Menangis dan aku hanya mampu menangis. "Engkau memang anak menyusahkan la! engkau tengok laki aku dah tinggalkan aku! Kau memang anak tak guna". Aku hanya mampu bermonolog sendiri dan berkata "Kalau satu hari nanti abah tinggalkan kau betul-betul baru tahu." 

Nurse di tempat recepitionist melihat ibuku yang berlaku kasar terhadapku. Ibu aku terduduk dan scroll Facebook sekali lalu dan keluar ceramah spontan dari phone ibuku. "Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. Terlalu mencintai manusia lebih daripada kau cintakan pencipta kau!" Terus ibuku membuka mesej dan menaip nombor telefon bapaku. "Ah! Mengarut la pak ustaz tu! Suara sayup terpacul dari mulut ibuku. Kemudian ibuku menelefon bapaku banyak kali sambil sambung memaki hamun aku yang sibuk menangis sampaikan tudung ku basah lencun. "Kat mana bang? jangan tinggalkan sayang tau, menyusahkan betul la budak ni! Tak habis-habis menyusahkan hidup aku!" Tak lama lepas tu, nurse panggil namaku dan aku pon masuk . Doktor bagi ubat antibiotik, tahan semput dan gas nebulizer. 

Kali keempat ibu ku terjaga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kali keempat ibu ku terjaga. Sakit dan pedih. Itu je yang dapat aku rasa. Tak larat nak buka mata. Tapi suasana mimpi yang gelap tu sangat mendamaikan dan menenangkan. Tapi aku rasa seolah-olah diri aku dibawa lari. Tak tahu kenapa rasa begitu. Selang seminggu rupanya aku terbangun dari koma dan aku melihat di sekelilingku. Rupanya di hospital. Seingat aku, di dalam mimpi itu aku terdengar doktor menyanakan tentang bekas lebam dan pukulan di badanku.

 "Doktor, anak saya tu jatuh basikal la doktor. Minggu lepas pon dia ada jatuh tangga jugak, doktor jangan risau ya." Dan aku mendengar suara ibuku berkata demikian. Sedih tapi apakan daya, aku yang masih kecil dan hanya mampu berdiam diri. "Okay, baiklah. Awasi dan jaga anak puan. Jangan biarkan dia jatuh banyak kali. Tak elok untuk tumbesaran dia". Suara doktor yang menyambut jawapan ibu ku. Kemudian suara mereka hilang dan sepi menemani ku semula.   Aku yang berusia 5 tahun hanya mampu menahan pedih luka dan bengkak dek kerana sebatan dan libasan rotan. Aku pun melelapkan mata dan tidur. "Tidurlah, lupakan dunia yang sementara, ini semua dugaan duniawi" bisik hati kecilku.

Sedih.Where stories live. Discover now