Anak kecil bersekolah.

9 1 0
                                    

"Bangunlah budak kau nak tidur berapa lama hah! Ke kau dah mampus! Bangun lah! Bangun! Pergi sekolah!" badanku digoncang sekuat hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bangunlah budak kau nak tidur berapa lama hah! Ke kau dah mampus! Bangun lah! Bangun! Pergi sekolah!" badanku digoncang sekuat hati . Kaki ku dikuis-kuis menggunakan kuku ibu jari ibuku. Terasa kuku ibu jariku yang tajam.  Kepala ku terasa ditujal-tujal beberapa kali. Bersilih ganti dengan sepakan di tubuh badanku pula. "Ya Allah, takutnya aku nak buka mata". Suara bermonolog bisikan dari hati sahaja yang dapat bersuara. 

Ibuku mengenggam kepala ku sekuat hati lalu dihantukkan ke dinding. Cairan bewarna merah menitik di bajuku. "Ibu! Sudah buk! Sudah! Anak ini masih kecil, buk". Bibikku segera mendakap ku sekuat hati. Ibu ku berasa panic lalu pergi mendapatkan bapaku. "Abang! Sinilah bang! Tengok minah indon ni!!! Cepatlah, Abang. Minah Indon ni bajet bagus pulak!. Menyampah betul sayang tengok. Eish! Menyirap la aku tengok". Suara ibu ku terdengar satu rumah. 

Bapaku datang membawa rotan tebalnya. "Mane anak tak guna tu! Kenapa, sayang. Takpe, sayang tengah mengandung kan. Duduk dalam bilik je ya." Lalu libasan demi libasan hinggap di tubuhku. Bibikku membawa aku lari masuk dalam bilik kecil berhampiran store itu lagi. Bilik itu merupakan bilik untuk bibik yang menumpang di rumah. Jika tiada bibik, maka bilik itu akan dijadikan sebagai bilik tetamu. 

"Dek, bangun dek. Bangunlah nak! Jangan begini, nak. Udah pagi, dek. Adek harus ke sekolah. Bangun, nak". Suara selembut kasih seorang ibu mithali keluar dari mulut bibikku. Walaupun, aku tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ibu, tetapi dengan layanan bibikku yang menganggap aku sebagai anaknya membuatkan aku terasa bernyawa semula untuk meneruskan kehidupan pedihku ini. Mata yang terbuka dipenuhi dengan selaput air mata.  

Aku melepaskan dakapan hangat dari seorang ibu tunggal itu. Bergegas aku lari ke tandas kecil bersebelahan bilik bibikku. Air sejuk yang menyapa darah di kepala membuatkan aku menangis semula. Pedih. Sakit. "Sabar, sabar ni semua dunia. Sakit sikit je ni. Kuat! Kau kuat! Yakin! Allah dengan kau! Jangan risau Allah sentiasa ada dengan kau!." Suara monolog itu seolah-olah berbisik di telinga ku dan memberikan ku semangat untuk bertahan. 

Itulah rutin sehari-hari aku setiap pagi. Libasan dan pukulan rotan serta tali pinggang merupakan perkara yang biasa bagi diriku. Darah, bengkak, pedih, sakit, birat pukulan dan mata yang sembap dek kerana menangisi nasib dan takdir hidup harus aku jalani. 

"Aisyah! Nur Aisyah binti Halim! Bangun! Berapa kali awak nak tidur dalam kelas saya? Saya dah pesan jangan tidur dalam kelas saya!. Bangun dan jawab soalan matematik ni cepat! "Maafkan saya, cikgu. Saya tertidur." Maaf yang dipinta disambut dengan hati yang terbuka. "Kenapa awak tertidur , Aisyah? Malam tadi awak tidur pukul berapa?" Soalan yang ditanya itu membuatkan aku terkedu. Takut dan trauma bila terkenangkan sebatan dan libasan yang mengejutkan aku dari tidur setiap malam. "Senyap pulak! Aisyah! Cikgu tanya kamu ni! Sudahlah! Pergi depan sana, dan jawab soalan matematik tu."

Mataku melilau mencari soalan tersebut di papan putih yang berserabut. Bukan tulisan guruku yang berserabut tetapi soalan matematik yang terpampang itu menyebabkan papan putih yang suci itu berserabut dan memeningkan. Matematik . Subjek yang paling aku benci. Tapi apakan daya, setiap tadika mempunyai subjek Matematik. Rela atau paksa tetap aku perlu hadapi. "Tu! Awak jawab soalan yang nombor satu tu! Tak payah terhegeh-hegeh! Saya takda masa nak melayan awak!" Suara guru ku dari belakang kelas kedengaran hingga ke depan. Rezeki aku barangkali mendapat soalan yang senang. Aku menjawab lalu pergi ke tempat ku dan duduk semula. Guru itu memuji aku dengan jawapan betul yang aku berikan. 

"Manusia, memang macam tu. Bila diuji sikit makian semua berhamburan dari mulut, kalau gembira pula memuji- muji sampai ke langit. Padahal semua tu sekejap je. Syukur? Kenal ke mereka dengan sifat syukur. Bila gembira pun tidak memuji pencipta-Nya, inikan pula bila sedih. Makian dan cacian ditujukan kepada sang Ilahi." Suara monolog sahaja yang mampu aku katakan secara diam. Kadangkala, aku terfikir adakah itu aku? Dek kerana memikirkan nasib aku yang tidak berbau itu dan sering mempersoalkan kepada tuhan tentang segenap ujian yang diberikan. Iman ku yang masih sebaya dengan umurku. 6 tahun barangkali. Masih terlalu kecil. 

"Aisyah, sini! Cikgu Kelas A nak jumpa awak." Guru kelas ku memanggil aku. Aku mengikuti guru kelas ku dan tiba di kelas adikku. Kelas A. "Ecah, sini la! Leya takut la! Cikgu semua jahat!" Suara manja adikku memecahkan suasana hening di kelas. Guru kelas adikku yang baru sahaja memarahinya bercekak pinggang di hadapan adikku. "Awak tengok adik awak ni, Aisyah! Kencing je tahu! Saya dah banyak kali bertanya kat semua pelajar, siapa nak kencing? Tapi adik awak diam je! Bila nampak awak, pandai pula dia bersuara! Leya! Mulai dari esok, awak kencing je saya kurung awak dalam tandas! Atau dalam store! Nampak tak tu gelap ada hantu banyak tau. Hah!" Air mata jatuh berjuraian di pipi adikku. Aku kasihan dan simpati lalu memeluknya sekuat hati. "Dah, dah jangan nangis tau leya. Ecah kan kat sini. Cikgu-cikgu busuk tu tak dapat kacau leya lagi dah." 

Aleya. Melihat ku mendakapnya dan mulai diam menangis. "Cikgu-cikgu tu memang busuk tau ecah. Lagi-lagi cikgu gemuk tu." Jari telunjuk adikku menunjuk ke arah guru kelas barunya. "Dahlah busuk, jahat pula tu. Adeke dia nak masukkan leya dalam store dahlah gelap ada hantu banyak kat dalam tu. Kalau cikgu masukkan dalam tandas takpe tau ecah, leya suka, sebab leya boleh main air dalam tu. Mandi banyak kali biar tak bau busuk macam cikgu gemuk tu." Gelak tawa kecil terlahir dari bibir adikku. Aku hanya mampu tersenyum dan mehanan sakit. Bekas pukulan dan lebam di pahaku dirangkul sekuat hati. Aleya memeluk peha aku sekuat hatinya seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan itu. 

Tiba waktu makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba waktu makan. Makanan yang sama setiap hari. Biskut warna-warni ini memang kelihatan cantik dan ceria. Tapi tidak seceria hidupku. Termenung mengingatkan pukulan dan bapaku yang sebentar lagi akan menjelang. Air putih yang dibawa dari rumah aku minum sehabis-habisnya. Takut dimarahi ibuku lagi. Tapi aku lagi takut dengan rotan kegemaran bapaku. 

Waktu riadah pun tiba. Aku bermain bersama kawan-kawanku namun ada sesuatu yang menghalang. Aku terjatuh dan tidak mampu untuk bangun. Hanya mampu terduduk dan cuba untuk bernafas. Asthma ku mulai datang. Namun ubat yang ku bawa cukup untuk membuatkan keadaan ku stabil semula. "Ecah, ecah okay tak?". Terkejut aku mendengar suara adikku. "Leya, pergilah dekat kelas leya. Jangan datang sini! Nanti cikgu kelas leya marah ecah pula." Aku meninjau-ninju guru kelas Aleya yang sibuk membuat aksi senamrobik di hadapan anak muridnya. "Takpelah, leya nak teman ecah. Ecah kan tengah semput. Leya teman kan tau. Biar je cikgu busuk tu! Dia bukannya nampak pon leya kat sini. Leya datang sini senyap-senyap tau. Leya taknak masuk kelas! Leya nak duduk sini teman ecah je tau!." 

Aku hanya mampu berdiam dan masih menahan sakit yang menusuk dadaku. Loceng pun berbunyi tanda telah berakhirnya waktu sekolah. Van sekolah datang menjemput kami berdua dan aku hanya mampu termenung takdir aku pada malam ini.

 Van sekolah datang menjemput kami berdua dan aku hanya mampu termenung takdir aku pada malam ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sedih.Where stories live. Discover now