Dewasa

1 1 0
                                    

Hidup di dunia tipu-tipu seakan fantasi itu sukar. Air mata, keringat, darah, kesakitan dan kelelahan sering aku rasa . Aku menulis untuk mezahirkan perasaan yang kian berkecamuk dek terbungkam sekian lama. Dunia fana', kelahiran, perkahwinan, pergaduhan, penceraian, kemiskinan, kekayaan dan kematian semuanya hanyalah sementara. Sesuai dengan istilah "Dunia Fana' "

Namun, apakan daya? Manusia mengejar "Dunia Fana" yang sementara ini seolah tiada kematian, tiada kesedihan, tiada kekecewaan, tiada pergaduhan, tiada penceraiaan, tiada perpisahan yang akan berlaku. Hidup dianggap seolah-olah selamanya, sepanjang tahun, seribu tahun lagi akan hidup di dunia. Perkataan 'Mati' langsung tiada di dalam kamus hidup para manusia. 

Tiba-tiba kawan mati, saudara mati baru tersedar betapa hinanya diri yang bongkak bersarang di dalam jiwa manusia yang merupakan ketua bagi segala tindakan hidup. Hati. Tempat menyimpam segala perasaan. Seketul daging yang akan menentukan baik atau jahat seseorang manusia itu. 


Hari ini, aku dimarahi lagi dek kerana aku marahkan sikap anak lelaki kesayangan seirang itu. "Sabar, sabar, sabar, maafkan" Puas menjadi tasbihku berzikir mengatur bacaan istighfar di bibir. Penat, Lelah, terlalu penat dan lelah. Terasa ingin hidup menyendiri di suatu tempat. Diperhambakan masak, basuh baju, sidai baju, menjaga adik-adik, kadangkala terpaksa basuh pinggan dan melipat baju. Tidak sekelumit pon di hatiku lelah dengan baju yang sedikit. Banyak dan banyak, malah semakin bertambah. Jujur aku penat. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Menikhlaskan dan memaafkan itu memang mudah bahkan tidak sukar sana sekali. Sedikit pun tidak.


 Namun, jika hati ini sering kali disakiti, tidak dihargai oleh sang ibu, diperhambakan berkali-kali, membuatku fikir seratus kali. Aku perlu kaya. Aku perlu kahwin. Namun dilemma menghantui diri. Sayang akan ibu dan adik beradik, jika menggaji bibik, adik beradikku pula yang akan besenang-lenang. Diminta bayar akan ada sahaja mulut yang berkata belakang. Lebih baik sedekahkan dan mengikhlaskan seorang bibik. Sesungguhnya memanglah benar insan yang bertahan dan sentiasa bersabar itu lebih sakit berbanding dengan insan yang berlalu pergi. Tepat dan sesuai dengan ganjaran orang yang sentiasa bersabar, Allah akan sentiasa bersamanya menghdapi rintangan hidupan yang kecil ini. InshAllah, Alhamdulillah, Terima Kasih Allah. Segala puji dan segala kesyukuran ke atas-Mu. Sekian

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sedih.Where stories live. Discover now