1

3 0 0
                                    

"Aku terima nikahnya Vivianna Nur Adelyia Binti Zahrul Azam"

Pada tanggal 27/8 aku sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Zachry Lutfi. Lelaki yang tidak pernah terlintas di benak fikiranku bahwa dia bakal menjadi imamku suatu hari nanti. Namun di matanya aku hanya seorang pekerja yang menerima punca rezeki daripada perusahaan milik ibunya yang kini adalah ibu mertuaku, Puan Hanum. Situasi yang amat janggal pada diriku ketika ini. Wajah-wajah yang dahulunya hanyalah majikan sekelip mata berubah menjadi ahli keluarga. Aku sendiri belum cukup hadam dengan apa yang terjadi padaku ketika ini. Apa yang aku telah lakukan. Mengapa aku bersetuju menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak pernah aku tegur. Sudah hilang akalkah aku?

"Anna. Menung apa?"
"Ibu Yusma." Tegurku.

Ibu Yusma adalah pengurus butik dimana tempat aku bekerja, yang juga merupakan adik kepada Puan Hanum. Aku sangat akrab dengan Ibu Yusma. Ibu Yusma adalah seorang wanita yang sangat lemah lembut. Semua pekerja di butik selesa bersama Ibu Yusma oleh kerana sifat keibu-ibuan beliau.

Namun begitu, hubungan Ibu Yusma dan anak-anaknya tidaklah seperti yang disangkakan. Meskipun selalu melihat Ibu Yusma bersama anak-anaknya tetapi masih kelihatan jelas jurang hubungan antara mereka. Mungkin itu adalah satu punca mengapa Ibu Yusma sangat mengambil berat dan sayangkan pekerjanya.

"Anna. Ibu tanya ni."
"Maaf Ibu. Ibu tanya apa tadi?"
"Ibu tanya Anna dah bersedia ke nak ikut Zach balik KL?"
"Anna ada pilihan ke Ibu?" Soalku.
"Anna boleh minta izin pada Zach untuk menyusul kemudian. Zach mesti faham."
Fikiranku kembali melayang. Aku taktahu apa yang sedang aku fikirkan.

Ibu Yusma mengelus lembut tanganku.

"Anna. Anna jangan risau. Ibu ada dengan Anna. Ibu sekarang dah jadi Makngah Anna. Anna dah jadi anak sedara Ibu. Jadi ada apa-apa Anna jangan simpan. Bagitahu Ibu." Pesan Ibu Yusma. Tubuh wanita itu kurangkul.

Aku Bukan PilihanWhere stories live. Discover now