"Rancak berbual."
Pintu bilik dikuak, kelihatan wajah lelaki yang aku sendiri tak tahu bagaimana mahu menatapnya. Aku segera melarikan pandangan daripada bertentang mata.
"Kacaulah Zach ni. Makngah keluar dulu." Ujar Ibu Yusma sebelum melangkah keluar meninggalkan aku berdua dengan 'suami'ku di dalam bilik. Suami? Berdua? Ya Allah. Jantungku berdegup sangat kencang. Aku gusar. Kenapa aku sangat susah hati.
'Suami'ku melabuhkan dirinya di sebelahku. Aku tak tahu harus bagaimana. Aku takut. Aku takut jika dia akan memarahiku kerana menerima pinangan ibunya. Aku takut jika dia mengapa-apakan aku. Aku tak boleh berbuat apa kerana dia suamiku. Apa yang perlu aku lakukan. Adakah aku perlu keluar dari bilik ini? Terasa seperti malaikat maut bila-bila masa sahaja bakal mencabut nyawaku.
"Berbual apa dengan Makngah?"
Aku tersentak. Suara kasarnya memecahkan ketegangan. Menghentikan lamunanku serta merta.
"Tak ada apa."
"Awak nak ikut saya balik KL tak?" Soal Zachry. Aku terkejut mendengar soalannya.
"Boleh ke kalau saya taknak ikut?" Soalku teruja. Wajahku tidak dapat menyorok betapa gembiranya aku mendengar soalan yang diajukannya."Mestilah tak boleh. Awak kan isteri saya. Nak taknak awak tetap kena ikut saya."
Ringan sahaja tanganku ingin menampar lengannya. Aku terus bangun dari kedudukanku. Malas ingin bertengkar. Betul-betul menyakitkan hati.
"Eh nak pergi mana? Saya dah habis cakap ke?" Soal Zachry kebingungan.
"Malas cakap dengan awak. Buat sakit hati je." Balasku lalu bergegas ke pintu bilik.Zachry mengejarku lalu menghalang badannya di pintu. Tubuh badannya yang tinggi lampai sekarang ni tak sampai satu inci pun di hadapanku. Aku sikit lagi nak terjatuh akibat terkejut.
"Awak dah kenapa?" Soalku dengan nada yang sedikit tinggi angkara terlalu terkejut akan tindakannya.
"Saya belum habis cakap lagi. Awak nak kemana?" Soal Zachry selamba.
"Apa lagi? Cakaplah cepat. Saya nak turun bawahlah! " Bentakku.
"Macamana pun awak tetap kena ikut saya. Tapi kalau harini awak taknak ikut lagi tak apa. Next time saya balik sini, awak kena ikut saya balik KL. Faham?"Satu jelingan maut aku berikan kepada Zachry. Seronok dia menyakat aku.
"Ok." Balasku pendek.
"Ha. Sekarang ni awak isteri saya kan?"
Aku terpempan mendengar soalannya. Apa yang dia mahukan dariku?
"Awak nak turun bawah kan? Sebelum tu awak kena buat something."
"Buat apa??" Soalku. Perasaan takut menyelubungi diri. Aku buntu.
"Tolong kemas baju saya jap. Petang ni saya nak balik. Esok kena kerja."