3

1 0 0
                                    

Setelah hampir 30minit mengemas bagasi dan pakaian Zachry, akhirnya selesai tugasan pertama Vivianna sebagai seorang isteri. Entah apa yang dibawa Zachry pun taktau. Padahal duduk di kampung tak sampai 3 hari pun. Betul-betul tujuan Zachry pulang ke kampung untuk majlis akad nikahnya dan kemudian pulang semula ke ibu kota. Tambahan pula, mereka tidak membuat majlis besar-besaran. Cukup majlis akad nikah yang dihadiri keluarga dekat kedua-dua pihak.

"Zach. Mana Anna? Tak selesai solat lagi ke?" Soal Puan Hanum.
Setahunya menantu barunya itu meminta diri sebentar untuk mendirikan solat Zuhur. Entah mengapa sudah hampir masuk waktu Asar wajah Vivianna masih belum muncul.
"Dekat bilik Ma. Zach minta tolong dia kemas baju Zach sekejap. Malam ni gerak balik Kl." balas Zachry.

Vivianna melihat Ibu Yusma sedang membungkus makanan di hujung khemas sebaik sahaja dia keluar dari rumah. Baru sahaja kakinya ingin melangkah menuju ke arah Ibu Yusma, kelihatan anak kedua Ibu Yusma meluru ke arah wanita itu. Terhenti langkahnya.

"Anna!"

Kedengaran satu suara kasar memanggil namanya. Vivianna beralih lalu berjalan menuju ke arah suara tersebut.

"Sorry Anna lambat sikit." ujar Vivianna.
"Mama faham. Kalau dapat buka luggage Zach memang boleh sesat. Sakit hati! Boleh naik darah tinggi Mama tengok barang dalam beg dia tu. Entah apa dibawanya pun taktau." Bebel Puan Hanum. Vivianna hanya mampu tersenyum kelat. Zachry langsung tidak mengendahkan bebelan ibunya.

"Ma, harini Anna tak ikut Zach lagi. Nanti Zach balik next week ke bila ke baru Zach bawa Anna balik." Jelas Zachry sambil membetul kedudukannya yang baru sahaja diubah ke sebelah Vivianna.
"Kenapa?" soal Puan Hanum kebingungan. "Sebab maybe Anna belum ready nak ikut Zach ke Kl lagi ataupun dia tk ready nak tinggal parents dia lagi." balas Zachry. "Ke kau ada sorok apa-apa?" sampuk Amelia, kakak sulung kepada Zachry. "Tak ada. Kalau Anna nak ikut aku balik, malam ni jugak aku boleh bawak dia balik. Satu masalah pun tak ada." balas Zachry. "Habistu apa yang liat sangat kau nk bawak balik dia?" Amelia masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diajukan adiknya.

"Aku nak balik rushing. Siang ni baru jadi bini aku, malam aku dah nak angkut dia pergi dari mak bapak dia. Kau nak kalau nanti laki kau buat kat kau macamtu? Kau tak payah sibuklah. Ikut suka hati aku lah aku nak buat macamana pun. Anna ok je. Yang kau kecoh lebih kenapa? Anna ok kan? Ke awak nak ikut saya balik Kl malamni?" Serang Zachry. Vivianna terpinga-pinga mahu menjawab soalan itu. Apa yang harus di jawab?

"Ya, Anna ok je kak Amy. Lagipun Anna satu baju apa pun tak kemas lagi. Takkan Anna nak pergi sehelai sepinggang ke sana. Takkan pula Zach nak kena tunggu Anna mengemas. Lambat pulak nanti nak sampai ke Kl. Esok dia dah nk kerja." Terdiam Amelia seribu bahasa. Zachry tersenyum sinis mendengar jawapan isterinya. Dia juga tahu Vivianna mempunyai pemikiran yang sama sepertinya. Tiada apa yang disoroknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Bukan PilihanWhere stories live. Discover now