Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kring... Kring...
'Halo?'
'... ...'
' Hah?! Kau serius?!'
'... ...'
' Aku kesana sekarang!'
Setelah panggilan itu ditamatkan dengan bergegas Renjun menyarung jaket dan mencapai kunci kereta dan menuju ke hospital setelah mendapat khabar bahwa Jaemin sedang dilarikan di wad ICU kerana penyakit Pneumonia miliknya kambuh dan keadaan Jaemin juga semakin kritikal.
Setelah sampai Renjun pun berlari di dalam hospital sambil mencari keberadaan Jeno.
' Jaemin tolong bertahan! Tuhan, selamatkan lah Jaemin! Aku mohon!'
" Jeno!!"
"Renjun!!"
" Bagaimana dengan keadaannya?!" tanya Renjun risau
" Dia sedang di operasi kerana dokter menyatakan bahwa kuman yang merebak di sekitar kawasan paru-paru semakin bertambah."
" Jaemin... Tolong bertahan..." lirih Renjun dengan air mata yang membasahi pipi lembutnya itu
Selama 1 jam Jeno, Renjun dan Puan Lee menunggu. Tetapi masih sahaja tiada seorang pun yang keluar dari ruang bedah membuatkan Renjun frustasi dan memukul - mukul dinding kerana marah.
Tap.. tap.. tap..
Suara tapak kasut yang baru sahaja keluar dari ruang bedah itu menarik perhatian Jeno, Renjun serta Puan Lee.
" Siapa keluarga Lee Jaemin?" tanya Dokter Lee Minhyung
" Kami keluarganya." terang Puan Lee
" Saya ingin meminta maaf pada puan dan yang lain kerana kami gagal menyelamatkan anak puan. Sewaktu pembedahan sedang berjalan, jantungnya tiba-tiba sahaja berhenti secara mendadak. Kami telah mencuba berbagai cara tetapi gagal. Sekali lagi saya minta maaf. Saya pergi dahulu. " kata dokter itu lalu berlalu pergi
Kini Jeno, Renjun dan Puan Lee memasuki ruang rawat Jaemin dengan perasaan sebak lalu memandang wajah Jaemin yang pucat itu sedang terbaring tenang di atas katil rawat.
" Jaemin.. kau telah pergi.. padahal aku bercadang ingin membelikan makanan kesukaan kau hari ini." lirih Renjun sambil memandang ke arah lantai kerana tidak sanggup untuk memandang wajah Jaemin yang diam kaku di katil rawat itu
" Renjun, aunty dengan Jeno keluar dahulu untuk mengisi borang. Kamu tinggal disini sebentar ya. " kata Puan Lee tapi tiada apa apa respon dari Renjun serta merta membuatkan Puan Lee sedih
Setelah Puan Lee dan Jeno telah pergi. Renjun memberanikan diri untuk melihat wajah Jaemin.
" Kau pucat sekali, Na. "
" Kenapa kau tidak memberitahu aku kalau penyakit kau kambuh lagi."
" Jaemin, kau jahat sekali. Meninggalkan aku begini."
Renjun perlahan lahan mendekati tubuh Jaemin lalu memeluknya dan berkata..
" Tidurlah dengan lena, wahai sang penyemangat. "
" Aku pasti akan merindukan sang bintang yang selalu menemani aku saat aku bahagia mahupun sedih. Kau telah berjuang terlalu lama, Jaemin. Kini waktunya kau berehat."
Setelah selesai meluahkan apa yang ingin Renjun luah, akhirnya dia pun melangkah pergi dari ruang itu kerana dia takut tidak dapat mengikhlaskan kepergian Jaemin jika berlama - lama di situ.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.