sembilan

207 26 2
                                    


Pintu kafe dibuka perlahan, risau dia akan menganggu ketenteraman orang lain. Sebuah meja yang yang berada di bahagian belakang diperhatikan. Xander!

Langkah di aturkan ke sebuah meja yang menempatkan si jejaka kayangan, Xander. "Hye!" sergah Adriana ceria. "So ceritalah!" ujar Adriana gelojoh. Xander tergelak. "Amboi princess, kot ye pun tak sabar bagi laa aku tenangkan diri kejap" balas Xander panjang. Adriana tersengih. Nafas ditarik dalam.

"Okay cerita dia macam ni..."

flashback

Lorong yang gelap itu dipandang sepi. Dia mengeluh. Sampai bila dia ingin hidup seperti ini. Dia penat dicaci, dimaki dan dipandang rendah oleh orang yang lalu lalang di kawasan itu.

Dia memandang ke arah ayahnya yang sedang lena di atas kotak yang disusun cantik. Wajah tua ayahnya diusap.

'Walaupun keputusan ayah yang membawa kita ke sini, percayalah Xander takkan berdendam dengan ayah malah Xander akan tuntut hak kita bila Xander dah besar nanti' ucap Xander dalam hati kecilnya.

Noah Azman. Seorang lelaki yang budiman. Dia mempunyai beberapa buah syarikat yang ternama di Malaysia. Harta? Tak usah cerita. Empat belas keturunan pun belum tentu habis! Noah Azman adalah lelaki yang paling bahagia di samping isteri dan anaknya, Xander. Akan tetapi gaya hidupnya berubah sekelip mata selepas dia kehilangan isteri tercinta.

Noah Azman membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang perempuan kampung. Sopan dan lawa orangnya. Tapi sayang, sopan dan lawa itu hanyalah luaran semata - mata. Selepas beberapa bulan Noah Azman berkahwin, dia baru sedar akan sesuatu. Pemikiran nya salah, salah kerana apa yang di fikir tidak sama dengan apa yang dia inginkan. Silapnya, dia inginkan kebahagiaan. Tetapi setelah mengahwini wanita itu, dia hanyalah mendapat derita.

Satu hari, Noah Azman jatuh sakit. Wanita kampung yang bergelar isteri itu memaksa dia mewasiatkan semua harta yang Noah Azman miliki ke atas namanya. Dia mengugut Noah Azman untuk tidak meletakkan nama Xander dalam wasiat tersebut. Disebabkan sayang, Noah Azman ikutkan sahaja plan bodoh isterinya itu.

Sehinggalah dia jatuh miskin dan dihalau oleh isterinya. Sakit yang teramat sakit. Dihalau oleh sendiri. Sungguh dia tidak tahu kemana lagi harus dia tumpang berteduh. Noah Azman dan Xander membawa segala pakaian lalu beredar dari rumah banglonya. Segala - galanya musnah dalam sekelip mata. Penderitaan yang tiada kesudahan. Kesilapan yang paling teruk seeumur hidupnya.










Read, vote and comment!

PSYCHOPATH [ C ]Where stories live. Discover now