sepuluh

209 26 3
                                    


Satu lorong yang agak suram diperhatikan. Dia tiada pilihan. Saudara mara sudah tidak terima dirinya kerana berkahwin dengan pilihan hati sendiri. Jadi di sinilah dia dan Xander akan berteduh. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Xander sayang ayah kan?" satu pertanyaan diajukan kepada anaknya. "Cayang tangat" ujarnya sedikit pelat. Noah Azman tersenyum. "Kita duduk kat sini dulu ye sayang, ayah janji ayah akan jaga Xander selagi mampu. Xander jangan tinggalkan ayah. Ayah cuma ada Xander seorang sahaja dalam dunia ni" ujar Noah Azman separuh sebak. Seakan mengerti apa yang disampaikan oleh ayahnya sebentar tadi, anak kecil itu memeluk ayahnya dengan erat.

"Ayah..."
"Ayah..."
"Ayah..."

"Ayah bangunlah!" bentak Xander. Air matanya mulai jatuh dengan lebat. Tidak mungkin! Tidak! Ayahnya tidak boleh meninggalkan dirinya terkapai - kapai seorang diri. Dia tidak benarkan. "AYAHH!" jeritnya sekuat hati.

Sepasang suami isteri merapati Xander. "Adik kenapa ni?" tanya seorang perempuan dalam linkungan dua puluh enam tahun. "Ay-ayah saya dah takde ke?" tanya budak lelaki itu polos. Umur tiga tahun terlalu kecil untuk memahami liku-liku kehidupan.

Sepasang suami isteri itu membuat keputusan untuk menghantar ayah budak lelaki itu ke hospital. Selepas beberapa minit, doktor mengesahkan Noah Azman telahpun meninggal dunia sejak beberapa jam yang lepas.

Sepasang suami isteri itu terduduk. Tidak sanggup membiarkan budak lelaki itu meneruskan kehidupannya dalam keadaan sebegitu. Jadi mereka sebulat suara untuk menjaganya.

Tahun demi tahun berlalu, Xander membesar dengan jagaan  sepasang suami isteri itu. Lebih tepat lagi, umi dan abi kepada Nurfa. Nurfa dan Xander membesar dan belajar bersama-sama. Disebabkan itu, hubungan mereka menjadi sangat akrab. 

end flashback

"Eh kenapa ni princess?" tanya Xander risau. Adriana mengangkat mukanya. Basah lencun muka comel itu dek air matanya yang dari tadi tidak berhenti. Kalut Xander menenangkan si gadis.

"Kenapa ni?" tanya Xander lembut. "Story you sedih" ujar Adriana perlahan. Xander tersenyum. "Olololo comelnyaa princess aku ni, dah meh sini" ujar Xander lalu mengeluarkan sapu tangan kecil miliknya. Air mata gadis itu diseka perlahan.

"Ayokk Xander dah buat dia menangis..." meleret saja gadis bernama Ed berkata. Kebetulan dia mahu membersihkan meja di bahagian belakang, dia ternampak Xander kalut menyeka air mata si gadis itu. Xander yang malas mahu melayan gadis itu hanya menjegilkan matanya. Ed tersengih. Dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh dua minit yang lepas.

Tangan Xander dipegang lembut. "Sorry I tak tahu" ujar Adriana serba salah. Xander tersenyum senang. "It's okay feel free to share with you princess" ucapnya lembut. Rambut Adriana diusap perlahan. "Jom sambung buat kerja" ajaknya bersahaja. Adriana hanya membontoti langkah Xander yang semakin laju itu.










Read,vote and comment!

PSYCHOPATH [ C ]Where stories live. Discover now