BAB 25

4.4K 219 11
                                    

Arissa hanya mendiamkan diri, dibiarnya sahaja mulut Ezly Merquez yang tidak henti-henti membebel.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Hemm."Jawab Arissa acuh tak acuh, dia masih lagi marah dengan Ezly Merquez, ada ke patut kacau orang tengah tengok drama, terbatal semua angan-angannya untuk menguasai laptop Hanis.

"Jawab tu biarlah ikhlas, kalau jawab hem hem je buat apa, bagus lagi tak ada mulut, ada mulut pun bukannya pandai guna dengan betul."

"Saya tak ada mood ni? Sekarang ni saya lapar."Perkatan saya lapar ditekan.

"Sekarang dah jam 12, semua kedai dah tutup, kalau kau lapar tunggu sampai besok."

"Tadi saya ada nampak keropok kat seat belakang, saya ambil boleh."Wajah dicomelkan.

"Emm, kalau aku tak bagi kau ambil juga kan."Sinis Ezly Merquez.

"Mestilah, orang tua tua kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari."Ezly Merquez sekadar angkat bahu.

Tanpa menunggu lama, makan yang berada di seat belakang diambil.

Arissa menelan liur, tidak sabar dia ingin menghabiskan semuanya itu.

"Awak kalau saya habiskan boleh, lagipun saya tengah lapar ni."

"Habiskan jelah, aku bukannya makan pun."Arissa tersenyum suka, keropok super ring dibuka.

........

Selesai sahaja melawat tapak, Ezly Merquez dan Arissa menuju ke restoran untuk mengisi perut.

Arissa meletakkan semula sudunya, wajah Ezly Merquez dipandang, Ezly Merquez yang sedar akan pandangan Arissa terus sahaja mengangkat wajah memandang ke arah gadis itu.

"Kau kenapa tenung aku macam tu?"Arissa
mengaru kepalanya yang masih berlapik dengan tudung.

"Err awak bi..."

"Sekarang masih waktu berkerja, panggil aku tuan."Ezly Merquez membetulkan panggilan itu, Arissa sudah mencebik.

Ehh mamat ni kerek betullah, bunuh kang.Omel hati Arissa, memang taklah nak cakap depan depan, kang dapat buku lima padan muka.

"Yelah, tuan."Panggilan tuan ditekan. "Bila nak balik rumah umi, umi dah tanya tanya tu."

"Besok kita balik rumah umi, lusa pula balik rumah mama."Arissa tersenyum lebar.

"Yes."

"Er Tuan lepas ni kita dah tak pergi mana-mana kan?"Ezly Merquez sekadar mengangguk.

"Kalau saya nak keluar dengan Hanis boleh?"

"Tak boleh."Wajah yang ceria tadi sudah bertukar menjadi wajah cemberut.

"Kenapa pula tak boleh? Kalau awak nak keluar dengan Natria saya tak halang pun."

"Siapa suami sebenarnya ni, aku ke kau?"Arissa berdecit geram, dah keluar dah kuasa veto sebagai suami, huh, menyampah.

"Yelah, huh bila nak balik ni saya dah mengantuk."

"Eleh dasar pemalas, baru jam 1 petang kau dah mengantuk, kau ni manusia ke burung hantu? Malam tak nak tidur, sebab tengok drama korea, pagi pula sepatutnya kerja tapi nak tidur, huh dasar perempuan.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now