PROLOG

13 1 0
                                    

22 tahun yang lepas,

Seorang lelaki berusia 45 tahun sedang melangkah dengan wajah yang bengis. Ketika dia masuk ke dalam rumah, dia melihat anaknya yang berusia 3 tahun sedang bermain dengan mainannya manakala si isteri sedang menyiapkan makanan tengah hari buat keluarga kecilnya.

Tanpa menghiraukan anaknya,dia melangkah kearah isterinya seraya berkata, "Haura, aku nak duit sikit.."  Isterinya yang mendengar itu terus menoleh kearahnya,

 " Eh awak dah balik? meh makan."  Kata Haura Medina sambil tersenyum kearah suaminya. Haura menuju kearah anaknya dan membawa anaknya ke meja makan.

"Aku x nak makan, Aku cakap aku nak duit. Faham?" Kata Aakiff kepada isterinya dengan nada yang kasar. Terkejut isterinya mendengar kata kasar itu. Suaminya tidak pernah memarahinya atau bercakap dengan kasar terhadapnya.

"Awak kenapa ni? Ada masalah eh dekat tempat kerja? dan kenapa awak minta saya duit? Saya mana ada duit. Duit yang saya ada sekarang ni pon cukup cukup saja untuk keperluaan Eidan." Kata isterinya dengan nada yang lembut. Isterinya turut hairan dengan sikap suaminya sejak akhir ini. Selalu minta duit darinya, pulang lewat malam, kadang-kadang dia tiada masa untuk bersama suaminya.Duit yang dia ada sekarang ini pun hasil dari dia bekerja di sebuah butik kepunyaan sahabatnya, Naura Amalina.

" Alahh kau ni, banyak tanya laa.. bagi sudah la yang mana kau ada..xpayah nak tanya aku dengan soalan ii yang aku malas nak jawab tu.. Alah setakat barang budak ni, kau nak kecoh apa? aku xkisah pon laa kalau budak ni mati sekalipon. Menyusahkan aku ja nak habiskan duit beli barang dia.."  Marah Aakiff tanpa memikirkan perasaan isterinya yang jelas terkesan dengan apa yang dikatanya. Dia terus berjalan kearah isterinya yang sedang meriba anaknya di meja makan. Isterinya hanya menunduk sambil menahan air mata yang ingin mengalir tetapi dia hanya diam dan menyuap anaknya makan. 

'jadi selamani awak hanya pura pura layan anak kita dan sayangkan dia?kenapa awak berubah sampai macamni sekali? bisik hati Haura Medina dengan perasaan sedih . 

" Aku cakap last ja ni,kau xbagitau kau siap.. BAGI AKU SEMUA DUIT YANG KAU ADA SEKARANG!!" kata Aakiff dengan suara yang tertahan tahan sambil mencengkam rambut isterinya dengan sedikit kuat. 

"Awak ni kenapa? kan saya dah cakap saya xdak duit maknanya xdak laaa!!! kenapa awak boleh berubah sampai macam ni sekali. Saya percayakan awak, Aakiff . Ini kah balasan awak pada saya setelah saya berkorban segalanya pada awak?!!" Ujar Haura Medina dengan tangisan. Dia sudah tidak dapat menahannya lagi.. Sejak akhir ini, dia sudah banyak makan hati dengan suaminya tapi ditahan kerana rasa hormatnya pada suami..

Aakiff yang mendengar isterinya berkata begitu padanya sudah berang. Selama ini isterinya itu tidak pernah meninggikan suara kepadanya. " Berani kau tinggikan suara kau pada aku ya?!! Kau dah lupa sapa aku?!! Aku suami dan aku berhak buat semua tu dan kau xperlu nak nak masuk campur dalam hal aku. Kau hebat sangatkan sini kauuu!!!" Marah Aakiff lantas mengheret isterinya turun dari kerusi. 

" Awak xnak awak.. Sa- sakit.." kata Haura yang sudah mengalirkan air matanya kerana tidak tahan sakit akibat cengkaman dikepalanya dan suaminya memperlakukannya seperti dia bukan manusia!! Nasib baik dia sempat meletakkan anaknya, Eidan di atas kerusi.. Anak yang berusia 3 tahun itu hanya tahu menangis dan menangis apabila melihat ibunya diperlakukan begitu.     

Dengan kekuatan yang ada, Haura menggigit tangan suaminya yang sedang memukulnya itu.Sedang suami menahan kesakitan akibat gigitannya itu, dia berjaya melarikan diri dan mengambil anaknya yang sedang menangis itu dan keluar dari rumah mengikut pintu belakang..Dia tidak mahu anaknya pula menjadi mangsa suaminya sebab itu dia membawa anaknya keluar lepas mendapat tahu bahawa suaminya tidak pernah menerima anaknya kerana sebelum ini jirannya pernah mengatakan padanya mereka pernah mndengar suaminya memarahi anaknya akibat anaknya menangis inginkan susu tapi suaminya tidak mempedulikan bahkan suaminya hanya memarahi anaknya.. 

Sungguh dia tidak percaya bahawa orang paling dia sayang dan berharap akan melakukan begini padanya..Dia tidak tahu dimana salahnya sampai suaminya sanggup berubah seperti ini.

Sedang dia berlari, saat dia menoleh kebelakang dan dia melihat suaminya sedang mengejarnya dengan membawa__ Parang? Melihat tu dia memperlajukan lagi lariannya.. Dia tahu dia tidak mampu untuk melarikan diri dengan berlari dengan laju kerana dia sedang mengandungkan anaknya yang kedua.. Usia kandungannya sudah mencecah hampir 5 bulan tapi dia tidak akan sekali kali mengalah dan membiarkan anaknya disakiti..

Dari kejauhan dia ternampak seseorang di hentian bas. Apabila ia semakin mendekat, dia dapat melihat dan mengecam wajah itu. Ya, itu sahabatnya Naura Amalina. Tanpa berlengah lagi, dia mempercepatkan lagi lariannya dan menjerit memanggil sahabatnya itu.. Apabila sudah sampai di hadapan sahabatnya, dia lantas berkata,

"Naura, aku percayakan kau. Tolong jagakan anak aku.. aku minta maaf sebab dah menyushkan kau tapi tolong aku." kata Haura dengan nafas yang tidak teratur. Dia kembali melihat kearah suaminya dan dia melihat suaminya semakin hampir dan itu membuatkan dia semakin takut. Dia pantas mencium dahi anaknya lama dan terus memberikan anaknya kepada Naura yang kelihatan bingung dengan keadaan itu tapi dia hanya mendiamkan diri.. 

"Kau nak pergi mana, Haura dengan tergesa -gesa ni?" tanya Naura tapi Haura tidak membalas pertanyaan itu dan berkata,

" Ingatkan anak aku, dia anak yang soleh.. Dan aku pasti kau tahu macam mana nak jaga anak aku dan barang penting dia ada dirumah. Bila kau boleh ambil kau ambil , aku pergi dulu." kata Haura senafas dan terus berlari tanpa menghiraukan suara yang menjerit memanggil namanya dan apabila sedang berlari, ada sebuah van yang membawa dengan laju lalu,

BAM!!!

HAURAAA!!!!!



____________________________________________________

*maaf kalau ada yang salah. sya baru belajar..

𝓘𝓷 𝓶𝔂 𝓭𝓻𝓮𝓪𝓶𝓼🖤 ( on going )Where stories live. Discover now