✍🏼 Short review about kdrama that I've watched.
• Your body is honest. When you're in physical pain, you cry. But the heart is a liar. It stays quiet even when it's hurting.
[It's Okay to not be Okay]
• Everything in your life is a test. The more t...
Main Actors/ Cast: Yoon Shi-Yoon, Kyung Soo-Jin, Shin So-Yul, Lee Hang-Na.
Plot: From start to the end; just wow. Plotline yang super duper daebak. Fast-paced and make me hooked kat setiap episode even ada banyak juga scene yang aku boleh predict dengan tepat.
My Opinion: Train ni underrated tapi sumpah best naharom weh jalan cerita dia. Bukan jalan cerita je yang best, lakonan setiap watak, CGI, cinematography, editing, OST termasuklah BGM dia; everything is really good.
Sejujurnya, dalam Train tak banyak plot twist (ada tu ada tapi sikit je la) dan aku punya prediction almost semuanya betul, tapi serius weh aura cerita ni memang lain dari yang lain.
First thing first dia tak meleret. 12 episode tu rasa tak puas tengok, eh tetiba dah habis? Agitok.
Train menggunakan konsep parallel universe. Kalau kau pernah tengok The King: Eternal Monarch haaa lebih kurang macam cerita tu la konsep cerita ni. Tapi... hahaha ada tapi ye...
Tapi Train ni jauh lebih baik garapannya berbanding cerita the king tu. Sebab, element parallel universe dalam cerita ni lebih terarah pada sci-fi and more acceptable. Kalau the king, dia more to fantasy semata-mata. Nanti la bila-bila rajin aku review cerita Lee Min-Ho tu.
So, Train ni mengisahkan tentang seorang detective yang menyiasat beberapa kes pembunuhan bersiri. Awek dia kot or crush dia or insan kesayangan dia la senang cakap kalau tak silap aku dibunuh dan dia tak jumpa siapa pembunuhnya.
And then, satu malam tu; tanpa sedar dia telah pun merentasi satu dunia berbeza. Bila dia masuk dalam dunia tu, dia jumpa orang yang dah mati kat dunia dia tapi tiba-tiba boleh hidup semula kat dunia yang dia masuk tu.
Ibaratnya, ada satu dunia lain yang mempunyai dimensi berbeza dengan dunia yang kita huni sekarang. Korang pun faham kan parallel universe ni macam mana. Aku nak explain lebih-lebih kang terbagi spoiler pula. Huhu. So kalau nak tahu lebih lanjut, sila la tengok cerita ni. Ok? Hshshs.
Dan cerita ni, dia punya vibe romance still terasa even tak ada langsung kissing scene. Typical kdrama akan ada kissing scene, tapi ada je kdrama yang takde scene macam tu. And yes, Train adalah salah satu kdrama yang bebas daripada sebarang babak ciuman. 😘
Recommendation: Highly recommended! Kalau kau rasa tak best... sorry la, tapi bagi aku cerita ni memang best gila. Cuma dia underrated.
Ratings: 10/10
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.