✍🏼 Short review about kdrama that I've watched.
• Your body is honest. When you're in physical pain, you cry. But the heart is a liar. It stays quiet even when it's hurting.
[It's Okay to not be Okay]
• Everything in your life is a test. The more t...
Main Actors/ Cast: Song Kang, Lee Jin-Wook, Lee Si-Young, Lee Do-Hyun, Kim Nam-Hee, Go Min-Si, Park Gyu-Young, Ko Yoon-Jung, Kim Kap-Soo, Kim Sang-Ho.
My Opinion: Sweet Home diadaptasi daripada webtoon karya Kim Carnby & Hwang Young-Chan dibawah tajuk yang sama. Sejujurnya lepas dah habis tengok cerita ni, aku lebih sukakan versi asal iaitu versi webtoon.
Tapi bagi aku, cerita ini masih berada dalam kategori terbaik walaupun jalan ceritanya tidak seratus persen sama dengan versi asal.
Disebabkan aku dah pernah layan webtoon dia lebih dulu, jadi aku tak dapat lari daripada membuat perbandingan antara versi webtoon dengan versi live-action.
Versi webtoon; storyline dia agak panjang dan agak detail dari segi penjiwaan setiap watak. Sebab dia ada 139 episode tak termasuk prolog dan epilog.
Manakala versi live-action; storyline yang diubah sedikit (errr rasa macam banyak juga yang diubah) dengan penambahan watak baru dan beberapa watak yang dibuang menjadikan cerita ini bagai tergesa-gesa nak habis. Benda ni aku faham sebab biasalah platform yang digunakan pun berbeza.
Ok, cerita ni tentang manusia yang berusaha untuk bertahan hidup selepas kemunculan monster yang datang menyerang. Lebih kurang macam cerita ultraman lawan dengan raksasa tapi cerita ni takde super hero. Agitok.
Ok just kidding, tak sama pun dengan cerita ultraman. Dia cerita pasal manusia berubah jadi monster. Monster dia sumpah nampak real. Banyak juga babak yang membuatkan aku rasa tegang sepanjang menonton this drama.
Tapi ending dia tergantung. Mungkin akan ada season 2.
So, secara keseluruhan aku masih berpuas hati dengan live-action dia sebab dari segi vfx dan sound effects yang dipersembahkan tersangatlah daebak.
Ada dua scene yang buat aku menangis tengok live-action sama macam aku nangis time baca webtoon dia. Even scenes tu tak sama macam dalam webtoon, tapi yang mati tu watak sama yang aku suka so yeah maybe sebab tu kot.
**I'm fans Kim Carnby, so ada satu cerita dia kat webtoon yang aku suka gila. Tajuk dia Pigpen. Cerita tu sumpah mindfxxk duh. Best level apa aku pun taktau nak explain.
Recommendation: Tak rugi tengok. Kau kalau dah bosan dengan cerita cinta, better kau layan cerita ni. 😚
Ratings: 9/10
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.