Part 11: Fahri

1.3K 23 3
                                    

Dup... Dap... Dup... Dap

"Aku.... Mintak maaf...." kata Mijan.

Nazim mengeluarkan kepala dari selimutnya.

Suasana menjadi hening seketika, sekali-sekala sayup2 suara ketawa Hafiz berbual dengan Yana.

Hanya cahaya lampu dari blok bersebelahan yang memasuki bilik mereka.

---------------------------------------------------------

Bilik 1.10, Blok Ibnu Nafis

"Eh, Basir. Study, Basir?" Shadan tegur2 ayam (tegur2 ayam?!) kepada Basir yang sedang menelaah buku Maths. Dibacanya satu buku Maths tu ibarat sebuah novel.

"Ermm, haah,"jawab Basir.

" Ni ada kopi lebih tadi. Kau ambik la," Zique meletakkan kopi tin di atas meja Basir.

" Nanti aku minum, "jawab Basir. Dia leka membaca chapter Integration yang biasanya dipanggil 'Taugeh' dalam kalangan pelajar.

Zique dan Shadan pula meletakkan beg masing2. Mereka merebahkan diri di atas katil sambil membawa keluar smartphone masing2.

Ketika itu, smartphone baru sahaja menerjah masuk ke dalam pasaran telefon bimbit Malaysia. Telefon butang masih boleh didapati ketika itu dalam jumlah yang banyak memandangkan smartphone masih lagi sesuatu yang baru dan mahal.

Basir membuka penutup tin. Terdengar bunyi prak ketika dia membukanya. Dia pun meneguk kopi yang sudah suam itu.

Tak berapa lama kemudian, Petak dan Pok Yie tiba di bilik itu. Seperti biasa, Zique akan berbual2 dengan mereka dalam dialek Bunutso untuk membuatkan Basir merasa jengkel.

Basir yang tidak dapat lagi menumpukan perhatian, mula bergerak keluar dari bilik, meninggalkan buku dan kopinya di atas meja.

Zique yang terperasan akan perkara itu, mula mempunyai idea jahat.

"Dan, kau ada lagi tak corong tu?" Zique tiba2 bertanya.

"Apasal? Kau nak isi air ke?" tanya Shadan.

Corong itu selalunya memang digunakan untuk mengisi air ke dalam botol yang lebih kecil. Waktu bulan puasa, memang function lah, sebab boleh simpan air tembikai susu sejuk2 dalam botol.

"Hehehe, aku nak function sikit mamat si Basir tu," kata Zique tersengih sambil menjeling ke arah tin kopi yang terbukak.

Pok Yi, Petok dan Shadan turut memerhati ke tin yang sama.

*****

Basir kembali memasuki bilik. Zique, Shadan, Petok dan Pok Yie dilihatnya masih berbual2 seperti tadi.

" Sir, lama betul keluar. Pergi mana?" tanya Shadan.

"Oh tak pergi mana2 pun. Pergi bilik air, lupa pulak nak cuci tangan sebelum minum," jawab Basir selamba.

Zique dah rasa nak tergelak dengar ayat itu keluar dari mulut Basir namun cuba dikawalnya.

Who the hell cuci tangan sebelum minum air tin? Lainlah kalau cuci tin sebab takut ada kencing tikus ke apa...

Basir kembali duduk di atas mejanya. Zique masih meneruskan perbualan sambil sekali-sekala anak matanya melirik ke arah Basir. Basir menggaru2 kepalanya memikirkan formula2 Matematik yang tidak difahami. Seraya itu, kopi tin itu dicapai lalu dihirup perlahan.

"Ptuiffff," Basir tersembur sedikit kopi dari mulutnya. Matanya terbeliak dan pipinya mengembung menyimpan air di dalam mulutnya. Dia cepat2 berlari keluar.

Kisah Gelap Kolej (ADAPTASI KISAH BENAR) Where stories live. Discover now