Part 3: Basir

7.2K 74 10
                                    

Zique merebahkan dirinya di atas katil. Terasa malas betul dirinya hari ini.

Kelibat Shadan, roommate yang juga classmate masih belum kelihatan. Barangkali tengah lepak dengan cikgu Fizik bertanyakan soalan2 tertentu. Atau mungkin tengah lepak dengan budak2 kelasnya seperti Mijan, Ipan, Wanji dan Zaimi.

Kelas harini habis lebih awal. Zique mau segera tidur petang.

"Pupp", pintu yang hampir nak relai itu dibuka kuat sehingga mengenai dinding. Basir memasuki bilik itu dengan muka yang blur dan mintak gaduh.

"Bukak pintu tu pelan2 takleh ke setan? Nak pintu tu jahanam ke? maki Zique yang  tidurnya terganggu.

" Takpe, dia ciptaan. Kita buat dia bukan dia buat kita. "Basir dah mula merepek. Ni antara salah satu sebab Zique cukup tak suka dengan Basir. Dia mula menyelubungkan dirinya dengan selimut.

Apa punya malanglah nasib Zique dapat bilik dengan budak yang dipalau satu batch. Basir membuka nasi goreng yang ditapawnya pagi tadi dan diperam dalam beg. Bau nasi goreng berminyak memenuhi bilik.

Busuk!

Zique rasa tak dapat bernafas. Dia lari ke katil Shadan yang bersebelahan. Bilik di kolej ini mempunyai 4 katil. 4 loker disusun di tengah, seakan2 menjadi dinding membahagikan bilik menjadi 2. Di satu bahagian , sebuah katil berada di tepi tingkap dan katil lagi satu di dinding sebelah pintu. Meja belajar disusun di antara katil.

Zique bernasib baik Basir duduk di bahagian sana berseorangan. Dia duduk di katil Shadan, membuka tingkap seluas2nya untuk bagi bau tu keluar.  Sudahla cahaya terang benderang di luar. Nak tidur pun tak senang!

Tengah2 nak tidur, tiba2 ada ketukan yang kuat bagai paluan gendang. Lepas tu terus je pulas, takde mintak izin bagai.

"Bang Bacer! Bang Bacer! Nanti an kite main bola eh" dua orang budak kecik masuk ke dalam bilik, bercakap dengan Basir.

Belum sempat Basir memberi jawapan, Zique menengking "Woiii! Sapa bagi korang naik, hah?! Nak aku report kat warden, bapak2 korang ke?!"

Budak2 tu terdiam mendengar tengkingan Zique. Lalu mereka pun berpaling ke Basir.

"Nanti turun tau" kata salah seorang dari mereka. Kemudiannya mereka tutup pintu sambil berlari keluar turun ke tangga sambil gelak2 kecik macam baru lepas tengok kartun lawak. Panas hati Zique melihatnya. Boleh kena darah tinggi woo.

"Kau pun sama bangang! Kang kalau ada barang hilang, budak2 tu jugak kena tuduh. Apa2 jadi kat budak2 tu, kot terjatuh ke ada orang bawak masuk bilik ke, budak2 blok ni jugak kena tanggung!" Zique memaki Basir lagi.

"Hmm, takpe nanti aku tanggung. Ni semua hal Melayu je" sekali lagi Basir merepek. Naik pening Zique dibuatnya. Dia menyembamkan dirinya pada bantal Shadan, sambil mengiring membelakangkan tingkap. Lama-kelamaan, dia tertidur sendiri.

---------------------------------------------------------

"Uit sedap tidur, boh!" Shadan menegur Zique.

Zique yang masih mamai terpinga2. "Haa apa? Apa?"

"Kau tidur katil aku ni, mesti sebab mamat tu buat hal, kan?" duga Shadan.

"Yelah, tu pak menakan mu tu la. Aku dahla mengantuk petang tadi," balas Zique. Masih tersisa rasa geram dalam hatinya.

Shadan gelak2 sambil meletakkan begnya di atas meja belajar.

"Rilek, boh. Ni ha Poji ajak turun study malam ni, lepas Isyak. Ada Shiro dengan Najihah sekali. Nak join tak? " tanya Shadan.

"Boleh, boleh. Duduk bilik pun buat sakit hati jah," kata Zique sambil mengambil tuala dan baldi kecil mandi. Dia bergerak ke arah bilik mandi dengan berboxer sahaja.

Waktu2 sebelum Maghrib macam tu, dah tentulah ramai budak2 lelaki lain berpusu2 hendak mandi. Sambil2 beratur, Zique sesekali mengintai melalui pantulan air di bawah pintu. Kemudiannya dia memandang reflector lampu kalimantang pulak.

"Orang2 sini jenis mandi telanjang," fikir Zique, melihat bayang objek terjuntai di kubikel iti.

Setelah keluar budak yang mandi sebelum itu, Zique pula yang masuk. Ironinya dia juga menanggalkan boxer dan mandi bogel. "Senang, boleh pakai sampai malam ni. Takyah tukar boxer dah," fikirnya.

---------------------------------------------------------

Musolla Kolej Sri Medini, 9 malam

Selesai sudah solat Isyak. Poji, Shadan dan Zique dah setting meja Jepun di bahagian luar Musolla. Shiro dan Najihah datang menggalas beg belajar ke arah mereka.

"Hai korang, sori lambat datang,"kata Jiha sambil melambai. Lengan bajunya agak panjang hingga menutupi sebahagian tapak tangannya. Shiro pun turut melambai dan datang menyertai Zique, Poji dan Shadan.

Shiro sebenarnya Syahirah, perempuan Melayu juga, tapi entah kenapa dia suruh orang panggil dia nama tu. Rakan sekelasnya layan saja. Mungkin perempuan suka nama2 manja macam tu. Dengar kata budak bilik dia semua ada nama Jepun masing2 macam Mio dan Ume.

Shadan membentangkan buku Fiziknya dan lecture notes. Segala soalan contoh di dalam buku itu yang dijadikan assignments dibincangkan dan dijawab mereka bersama2. Mijan menyusul kemudian dengan nota2nya.

Suasana berbincang di ruang legar musolla itu sangat meriah. Malah non-Muslim pun belajar bersama2 geng Melayu Di musolla ini. Sememangnya aktiviti belajar selepas Isyak dah menjadi budaya tidak bertulis di Kolej Prasarjana, bukannya diwarisi senior, bukannya disuruh guru atau warden macam kelas prep.

*****

Perbincangan selesai!

Mijan beransur dahulu. Katanya mahu sambung di bilik belajar bawah blok. Shiro dan Jiha mula mengemas buku2 mereka kerana pak guard dah mula jerit2 halau budak perempuan balik blok. Pukul 10 adalah waktu curfew bagi pelajar perempuan.

Tinggal Zique dan Shadan saja di surau itu.

"Malasnya nak balik. Nak kena hadap budak sewel tu lagi," rungut Zique.

Shadan tertawa.

"Aku ingat nanti aku nak pindah bilik Pok Yie la, Dan." katanya lagi. Pok Yie adalah gelaran untuk kawan Zique bernama Yusri.

"Aik, sembang gedebe , takkan dengan Basir pun nak ngalah," kata Shadan mengusik. Selepas sebulan bersama Zique, sedikit sebanyak anak kelahiran negeri Tratas itu boleh berbahasa Bunutso.

"Nok gedebe nak pukul dia pun, tak boleh. Dia anak emas Abahsu," luah Zique.

"Benda boleh setel. Dengar ni, kenapa kau kena mengalah kat dia kalau kau boleh buat dia mengalah kat kau?" kata Shadan, cuba meracun Zique.

"Setel macam mana?" Zique berminat.

Shadan tersengih. Dia menceritakan pelannya dengan panjang lebar. Zique tersenyum.

Bersambung....

---------------------------------------------------------

Perangai buruk Basir telahpun ditunjuk. Apakah yang dirancang Shadan untuk mengenakan Basir? Dan adakah pelan itu akan mengubah sesuatu di Kolej Prasarjana? Nantikan dalam episode seterusnya...

Kisah Gelap Kolej (ADAPTASI KISAH BENAR) Where stories live. Discover now