Kelas Isnin pun berakhir sekitar 3 petang. Zique menguap kerana masih tak puas tidur.
Kalau hari ni hari lain selain Isnin, Zique boleh berlengah2 dan turun selewat 7.30. Tapi disebabkan setiap Isnin, Kolej Prasarjana Sri Medini mengadakan perhimpunan wajib, mahu tak mahu terpaksalah turun awal. Niat di hati memang nak makan dan terus naik hostel, tidur.
Dia melangkah ke kafe yang terletak antara blok A dan blok B untuk makan lunch. Nasi putih dicedok dari bekas nasi 10L. Bukan main harum lagi nasi yang ditanak panas2 dari periuk, dilengkapkan pula dengan sambal udang dan cendawan goreng.
Zique memilih untuk duduk bersama rakan sekelasnya, Ipan, Mijan, Zaimi dan Wanji. Sedang mereka makan, seorang lelaki berusia 40an menyertai meja itu. Berkaca mata, berbadan biasa tapi tegap dan nampak garang,typical muka warden dan guru disiplin.
"Abahsuu!!" Ipan dan Wanji berwajah ceria. Zique, Zaimi dan Mijan pula tertanya2. Ipan dan Wanji adalah penghuni blok B manakala Zique dan Mijan adalah penghuni blok A.
Lelaki itu menyahut panggilan mereka dengan ceria juga. "Ya saya. Makan, makan."
"Abahsu dah makan? Kalau belum saya pergi ambikkan" pelawa Wanji.
"Takpe. Kamu makan dulu. Taula saya nak makan nanti. " kata Abahsu lalu melabuhkan punggungnya.
Dia mula berbual dengan Ipan dan Wanji, tentang blok, tentang pelajaran dan adakalanya topik2 santai. Rupanya inilah Abahsu, warden yang disanjung ramai student lelaki.
Menurut khabar, Abahsu ni jenis tak berkira. Bila blok blackout, Abahsu akan naik dengan toolbox dan baiki eletrik. Bila budak2 lelaki request nak cat bilik, Abahsu akan bincang sama2, kumpul duit dan tolong beli cat. Jauh beza dengan warden blok A yang makan gaji buta. Jika disbanding dengan blok A, bagaikan ghetto lawan Putrajaya. Gitu.
Zique sedikit aneh. Seperti tiada langsung jurang usia di sini. Ipan dan Wanji pula melayan Abahsu dengan rancak dan manja, dah macam anak ikan pulak.
Tiba2 Abahsu bawak keluar phone-nya. Ditunjukkan gambar seorang student lelaki. Zique mengangkat keningnya. Dia kenal benar, mamat tu nama Petak, wakil hoki kolej.
Abahsu memulakan langkah bertanya mereka pendapat tentang student tu.
Ditanyanya "Ni, camna budak ni? Elok ka?"Zique perhatikan wajah 3 kawan2nya yang lain merah padam, tak tahu nak jawab apa. Pandai sungguh Abahsu guna ayat "elok".
Ayat "elok" dalam konotasi masyarakat 80-90an bawak maksud "perangai bagus", tetapi dalam konotasi generasi Zique yang lahir sekitar 90an (bagi yang berusia 18 ketika itu), "elok" atau "helok" adalah loanword golongan maknyah yang dinormalisasikan dalam masyarakat biasa, sama dengan "jambu" yang dahulunya hanya untuk " wanita", kini dijadikan ayat berkias untuk memuji lelaki hensem tanpa dituduh gay.
Hebat taktik Abahsu nak pasang gaydar untuk tau kalau2 ada student gay. Tak sangka naifnya mereka ketika itu.
"Err elok ja saya tengok. Kenapa Abahsu? Dia buat perangai ke? Ke Abahsu nak serap dia buat wakil Pop-robics?" Ipan bertanya.
Pop-robics adalah nama sukan yang dicipta kolej kami, yang sebenarnya lebih kepada aktiviti senamrobik yang berasas tarian pantas berlatarbelakangkan lagu pop terkenal waktu tu.....
..... macam Eenie Minnie-Justin Bieber, Glad You Came-The Wanted atau Moves Like Jagger- Maroon 5. Kalau lagu tempatan biasanya lagu pop rock dan pop rancak akan diambil seperti lagu2 Bunkface dan Stacy.
"Eh takdelah. Abahsu cuma nak survey. Kamu tau pasal kes curi phone baru2 ni?" Abahsu bertanya.
Mereka semua mengangguk.
"Sebelum ni heboh kes mencuri phone kat blok lelaki. Lepas tu, blok perempuan pulak kecoh. Ada lelaki pakai purdah masuk blok katanya. Diorang ramai2 bagitau warden,Puan Nita. Tapi laki tu pandai, berdesup dia lari sampai Cendawan. Tau2 hilang", cerita Abahsu panjang lebar.
Cendawan adalah gelaran untuk tangki air di kolej itu yang berbentuk seperti menara berbentuk lebar seperti gasing di atasnya. Ada berbagai kisah misteri kononnya tentang Cendawan.
Ipan mula berasa seram sejuk.
"Tapi apa kaitan dengan Petak pulak, cikgu?" Zique menanya, memecah kesunyian. Yang lain tertoleh, tertarik dengan soalan itu. Abahsu mengurut misainya.
"Sebenarnya Warden2 tengah track pencuri tu. Budak2 perempuan yang jadi saksi kata badannya bahu petak macam ni. Buat masa ni kami cuba cari lelaki2 yang berbahu petak lurus macam ni" Abahsu menjelaskan.
"Lagipun, bukan kawan kamu saja, Zique. Ni banyak lagi di sini,"kata Abahsu sambil skrol gambar yang menampilkan banyak lagi gambar student lelaki lain. Dia siap buka WhatsApp dan skrol laju2 tanda dia tidak berbohong."
Yang lain mengangguk faham. Zique hanya diam.
"Tapi ini masih belum fasa akhir. Kita tak boleh nak harap pada pengakuan saksi je. Boleh jadi dia buat bahu dia sengaja lebar camtu.
Saksi pun tak nampak bahu dia betul2, hanya di dalam purdah. Jadi kami akan siasat lagi dan cuba cari maklumat. Kalau kamu jumpa apa2 maklumat, jangan takut untuk adu kepada saya. Mudah2an telefon yang kena curi tu kita boleh dapatkan balik, "terang Abahsu panjang lebar.
" Baik, Abahsu, "kata Ipan dan Wanji, hampir serentak.
" Baik, baik. Saya nak balik dulu solat Zohor. Asar nanti jangan lupa turun musolla, kita ada baca Mathurat sikit, "pesan Abahsu.
Zique hanya melihat Abahsu yang menuju perlahan ke rumah warden yang mengharap kafeteria. Dia memang betul2 pasti, gambar ya ada terselit di salah satu gambar di simpan Abahsu. Walaupun diskrol laju, sesiapapun boleh mengecam wajah sendiri.
" Abahsu ugut aku ke?", fikir Zique di dalam hati.
Bab 2 sudah pun siap. Betulkah Abahsu cuba mengugut Zique? Dan untuk apa Abahsu nak tunjukkan muka Petak kalau Abahsu sendiri tak sure dalang sebenar? Siapa mastermind dalam kes kecurian phone di Kolej Sri Medini? Nantikan episode akan datang...
YOU ARE READING
Kisah Gelap Kolej (ADAPTASI KISAH BENAR)
Ficção GeralIni adalah salah satu kisah benar yang aku dengar di kolej aku ketika mana aku masih 18 tahun. Sesetengah nama diubah untuk jaga aib. Skandal seks yang pernah mengejutkan dunia institusi kolej di mata Malaysia.