chapter 10

162 9 1
                                    

hidup aku makin baik lepas luahkan semua benda dekat member dorm. walaupun aku jenis trust issue. tapi aku percaya dorang. tapi yang aku ghimas,mamat lagi 6 ekor tu ha. tak boleh rilek. padahal yang kena paksa kawen tu aku,bukan dorang. tasya pun takdelah bising ii macam dorang.

"wehhhh kau serious lah duh,"

"weh kawen bukan benda main ii tau,alya."

"kauni,diri sendiri pun tak reti nak jaga,ni pulak kena jaga suami nanti,"

"kau pikir baik ii,alya. apa pun keputusan kau aku sokong. walaupun mamat tu aku benci lepas apa yang dia buat kat kau."

ni suma salah tasya.aku kata jangan cerita,dia pergi cerita. kalau pasal kawen je aku biarkan je. ni sekali makian dan layanan akmal terhadap aku sekali dia ceritakan. aku tak suka benda ni dibesarkan walaupun dalam circle aku sendiri. rasa cam tak selesa and tak terjaga.

"aku pun tak tahulah,korang. sebab tu jugak aku nak tanya pendapat tadi. tapi dah kena bebel. aku dah lupa dah nak cakap apa," aku mengeluh penat pikir masalah.

lagipun class dah habis dah. kitorang lepak kat luar cafe kejap sebab dorang ajak gossip. haish aku pun keliru mana perempuan mana lelaki.

awis yang dari tadi senyap mengalahkan adam yang biasanya senyap tu mula berdiri. dia menuju ke arah tong sampah untuk buang air kotak milo nya. keras. macam marah. dia menoleh memandang aku.

"kau dengar sini eh," sambil menuding jari ke arahku.

"kau tu dah macam akak aku tau. semua kau tolong aku. aku sedih,takde confident,down and macam ii lagi lah. semua kau tolong. aku rasa bukan aku je. tapi tasya,paan,luqman,danish,man sekali dengan adam kau layan macam kakak kitorang. walaupun danish dengan adam lahir dulu dari kau. tapi kau tu betul ii jaga kitorang macam adik," awis berhenti sambil menekup mukanya. menangis ke do?

awis duduk sebelum menyambung "kalini kitorang nak kau bahagia and ada orang yang boleh jaga kau macam kau jaga kitorang baik ii. aku benci laki tu. walaupun aku rasa aku tak pernah jumpa dia. tapi aku benci dia.kitorang tak pernah terfikir nak sebut perkataan 'whore' tu depan kau. dia berani eh. takde otak ke?!" awis duduk. dia tepuk bahu danish suruh sambung.dah kena bebel lagi.

"sumpah tak tipu. apa awis kata tu betul. memang manusia boleh berubah,tapi dah kalau mulut centu,kawen dengan kau...aku takleh terima ah. walaupun aku sentiasa sokong apa keputusan kau. tapi pikir diri sendiri jugak,alya. jangan pikir kawan kau yang sakit tu je. takkan disebabkan dia,kau nak jugak kawen dengan laki pelik tu? bekas kawan baik sendiri kot," muka danish kemerahan. wajahnya yang dari awal kenal sentiasa putih itu dah macam buah epal merah.

"alya,," adam mula mengangkat mukanya.

"tak salah kalau kau tak tunaikan apa kawan baik kau minta tu.andaikata laki tu memang tak baik untuk kau? takkan nak cerai pulak? kawen kan bukan benda main ii. kau pun try bincang balik dengan family kau please. atau kau cari je orang lain untuk cakap dengan family kau dengan family laki tu,yang kau dah ada calon untuk jadikan suami. boleh ke? asalkan janganlah susahkan diri untuk sakit hati lagi bila dengan mamat tu. kau tu dahlah muda. takkan nak kawen tahun depan? umur 19?! sekarang pun dah bulan bape dah. nak dekat habis tahun dah," mamat ni pun boleh tahan membebel jugak.

aku pandang kaki aku je. tasya dari tadi peluk lengan aku sambil letak kepalanya di bahuku. walaupun kepalanya tak sampai betul ii kat bahu. rendah. HAHAHAHA.

tak suka kena bebel,aku tukar topik lain. Tapi kantoi tukar topik, kami semua sambung habiskan makanan sambil borak ii pasal rumah tangga yang bakal didirikan kalau perkara tu jadi betul.

.....................

Wanita separuh abad itu menayangkan riak muka kerisauan. dia tahu anaknya dah balik. Tapi dia lagi risau jika anaknya makin benci dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya suatu hari nanti. Dia bukan nak paksa anaknya untuk kahwin dengan lelaki tu. tapi perkara ni dah lama dibincangkan selepas keluarga dia, keluarga syara dan keluarga akmal tahu yang syara tu sakit. masing ii dah sangat setuju.biasalah,mula ii mestilah masing ii tak setuju dan anggap benda tu semua mengarut. tapi lama kelamaan semua fikir balik sampailah semua setuju. tapi dalam masa itu jugaklah anaknya dan akmal tak tahu yang syara tu sakit.

Sebenarnya dia cuma pura ii tak tahu tentang perkara itu di depan alya je.kadang dia rasa bersalah. sebab tak bagitau anaknya perkara sebenar. tapi nak buat macam mana? Benda dah jadi pun. tapi sekarang dia tak tahu nak terangkan perkara tu semua kepada alya amirah. suaminya hanya diam walaupun berfikir bersama. maklumlah,suaminya tu bukan jenis orang kuat membebel macam dia. Hanya mampu fikir,sabar dan diam .

Tengok afiq pun,dia takut. dia tahu anak lelakinya afiq itu paling sayang alya. dia dari kecik tak pernah kasi adiknya itu rasa sakit.walaupun banyak kali alya luka teruk,hampir patah kaki sewaktu bermain. tapi tu masa abangnya pergi sekolah. balik je,kena marah dek abang. dengan mak ii nya sekali kena marah.

"Abangg. Janganlah diam je. Fikir memanglah fikir,tapi saya tak sukalah awak diam je. nanti saya takut nak cakap apa kat alya nanti.," Puan Suria tepuk ii peha suaminya yang sedang membaca majalah. majalah sukan.

"Allahuakhbar. dah lama saya cakap kat awak supaya bagitahu anak kita pasal syara tu. awak tak nak. awak kata syara tu tak kasi. ha awak ikutkan sangat perangai budak ii tu. kan dah kena sekarang. Saya nak cakap,awak marah saya.so, sekarang saya tak salah. Walaupun saya tak salah,tapi saya tetap berfikir," tak bagi kerjasama betul.

Puan Suria mengeluh berat. risau dia semakin menjadi-jadi. Dia perlu bagitau afiq semuanya. senang nak bincang sama ii nanti. Bukan apa,barang kahwin pun ada dah dibeli oleh emaknya akmal tu. Lagilah berat untuk batalkan niat kahwinkan mereka.

...............

Tasya membelek novel yang dipinjamnya dari bilik sebelah. punggungnya rasa kebas sebab duduk lama sangat. tunggu alya habis sesi soal menyoal dengan lecturer. dia berdiri sebentar untuk hilangkan rasa kebas.

"Weh aku baru perasan kau serendah ni." tah toyol mana datang,tetiba hina ketinggian tasya ni.

"Wah kau. Sedap je mulut kau kan cakap aku macam ni. haish. aku pun tak tahu bila nak tinggi.tapi ni okaylah kan?" Tasya buat muka menyampah. penat kena macam tu. Danish buat muka selamber.

"Hehe. Tapi comel apa. rendah je. kalau kau peluk aku nanti,terus kat perut.HAHAHAHAH," tak senonoh dia berkata,danish terus amik tempat duduk disebelah tasya.

"Haah. Bukan setakat peluk. Aku cucuk kau pakai gunting ni pun senang je," tasya kembali duduk ditempatnya selepas rasa kebasnya hilang. tasya meletakkan penanda buku di mukasurat terakhir dia baca lalu tutup, kemudian simpan di dalam begnya.

"Ish dia ni.orang gurau je," gelak danish. Namun dibalas dengan jelingan oleh tasya si kecil. hehehe ><.

danish lupa sesuatu... :(

"Eh ha alyaaaa!!! Best do novel ni sumpah!" terkejut aku tetiba tasya menjerit panggil aku. nampak danish gelak je nengok tasya lari ii anak ke arah aku.

"Ye,kenapa dik.?" Aku meletakkan tangan di atas bahu tasya sambil berjalan kearah tempat duduk.

"Btw soalan tadi dah settle belum? sorry le aku lambat ikut kau tadiiiii," lengan ku dipeluk. aku tak tahu kenapa,sejak kebelakangan ni,aku tak kesah kalau tasya peluk lengan aku. sebab sebelum ni aku tak penah suka orang buat macam tu.

"takpe,nanti aku try explain kat kau dalam bilik. kau jangan tido pulak. Kau tu kecik,aku hempap kau kang baru tahu. " Saja ugut manjahh.

"ishhh yelah betul janji!" tangan kanan kecik diangkat tanda 'janji'.

....

part ni pendek ked tauuu :(

sumpah thank youuuuu gilaaa untuk yang sudi baca even baru sampai sini 😭. Yang sudi add dalam library tu en sumpah hangpa memang cool gila! Bersemangat do nak sambung . yang selalu comment tu pun comel eeee rasa nak gigit >< .

- 1273 -

Aku Terima Dia [ OG ] :3Where stories live. Discover now