14

13.8K 1.3K 131
                                    

"DAH lama aku tak pergi pantai." Melissa memeluk tubuh menahan kesejukan angin pantai di waktu malam ini. Sunyi saja kawasan di sini, hanya hempasan ombak menjadi saapan halwa telinga. Udara segar ini dihirup lama. Tenang.

Mata Khairul tertumpu pada bentangan keindahan alam ini. Sedikit sebanyak beban di bahu menyurut. Terlalu sibuk dengan hal pejabat sampaikan terlupa ingin memberi waktu rehat yang selayaknya pada diri sendiri.

Lama mereka diam membiarkan keheningan memenuhi ruang. Masing-masing sedang sibuk melayan perasaan dan menikmati ketenangan yang jarang dirasai dek kerana masalah yang mendewasakan diri. Khairul menoleh memandang Melissa. Tanpa sedar terukir sebuah senyuman di pipinya. Setelah sekian lama, akhirnya hati terasa lapang buat seketika. Siapa sangka wajah tenang ini sebenarnya menyimpan seribu satu kisah duka?

"Kenapa kau ajak aku datang sini?" soal Melissa seraya berpaling ke arah Khairul. Terus lelaki itu kembali menghalakan pandangan ke hadapan.

"Memandangkan kau tak nak cerita masalah kau, why not aku cerita masalah aku?" Khairul menarik nafas dalam, cuba mengurangkan rasa gundah gulana di hati ini. Lengan baju kemejanya dilipat sehingga ke siku, menunjukkan bekas-bekas luka yang masih segar di lengannya. Mata Melissa terbeliak dan lidahnya kelu seketika.

"Ya Allah, kenapa tangan kau berbirat macam ni?" Air mukanya berubah keruh. Risau. Namun Khairul kekal tenang seperti tidak ada apa-apa.

"Kau nak tahu sesuatu tak, Mel? Hidup aku tak seindah yang kau sangkakan."

Melissa diam. Kelu. Jeda.

"Orang nampak hidup aku bahagia, hidup mewah, keluarga sanjung. Tapi kau tahu harga yang aku kena bayar untuk dapat semua tu?" Nadanya bergetar. Pertama kali membuka kisah mengenai hidupnya pada seseorang. Mungkin ini saatnya untuk melepaskan segala yang terpendam. Biarlah. Sudah penat berlakon kuat di hadapan semua orang.

"Ayah aku pentingkan kesempurnaan. Dulu dia buang arwah mak aku sebab arwah mak aku tak sempurna. Mak aku kena langgar lari, then lumpuh. She died knowing my dad will hated her." Khairul menunduk. Jari jemari dimainkan. Mata terasa berbahang, bakal menitiskan air mata.

"Pointer aku rendah sikit, dia pukul aku. Dia dera aku. Sampaikan satu tahap aku serik, aku ikut cara hidup dia. Aku bagi apa yang dia nak. Dia nak kesempurnaan, aku bagi. Dia nak 4 flat setiap semester, aku bagi. Dia nak aku uruskan syarikat, aku buat. Salah sikit, ada bayaran yang aku kena bayar." Khairul tersenyum pahit. Benarlah, bukan semua orang mempunyai hidup yang indah. Pasti ada episod sedih dalam hidup kita untuk sampai ke bahagian bahagia.

"Adik tiri aku, Adam, nasib dia lagi teruk. Mungkin sebab dia tak pernah cuba beri kesempurnaan tu pada ayah aku, apa yang dia kena lagi teruk dari apa yang aku pernah kena."

Melissa mengetap bibirnya. Sedaya upaya nafas diaturkan supaya tidak menitiskan air mata di hadapan Khairul. Selama ini dia sangkakan hidup lelaki itu tersangat bahagia, sehinggakan dia sendiri cemburu dengan kebahagiaan yang Khairul ada. Tetapi dalam tak sedar, wajah itu jugalah yang menyembunyikan seribu satu kenangan pahit yang pasti sukar mahu dilupuskan dari ingatan.

"Satu hari, aku jatuh cinta. Nama dia Hawa. Apa dia nak, semua aku bagi. Aku sayang dia macam nyawa aku sebab aku fikir dia sayang aku bukan atas kesempurnaan yang aku ada.Tapi dia masih pilih Adam. Dia nak Adam. Sebab aku tak mampu nak bagi apa yang dia nak. Pertama kali dalam seumur hidup, aku kalah dengan Adam." Hampir berkali-kali dia melamar Hawa untuk dijadikan isteri, namun semua lamarannya ditolak. Kata Hawa, dia mahu berseronok terlebih dahulu dan perkahwinan tidak pernah terlintas di fikirannya. Tak nak kahwin, tapi nak peluk-peluk macam orang kahwin. Kirim salamlah!

"Aku tak boleh tolong Adam, sebab dia tak nak tolong diri dia sendiri. Kadang kala aku rasa diri ni macam pecundang. Hari dia kena pukul dengan ayah aku, aku tak boleh buat apa. Apa yang aku mampu buat hanyalah tengok, tengok dan tengok." Khairul berpaling memandang Melissa. Redup. Lembut. Dia mahu bantu gadis itu kali ini. Buat kesekian kali, dia mahu lakukan sesuatu untuk seseorang.

C | mimpi indahWhere stories live. Discover now