HAPPY READING <8
Hai , aku hanya lah seorang budak kampung yang mempunyai kecerdasan di atas rata rata dan aku tinggal di kuantan. Aku mempunyai 3 orang adik beradik. Yang pertama adalah NOOR SYAHIRAH DAMIA BINTI SUDIN iaitu aku sendiri. Orang orang kampung memanggil aku dengan nama SYEERA. Aku tidak tahu kenapa orang orang kampung di sini lebih menyukai menggunakan nama bandar berbanding nama kampung. Bagi aku nama yang di beri oleh ayah dan ibu aku sudah pun menarik. Keluargaku memanggilku dengan panggilan 'ALONG'. Umur aku 18 tahun dan kini aku sedang mencari tempat bekerja di bandar. Kenapa aku tidak melanjutkan perngajian aku sedangkan keputusan SPM aku mendapat 9A+? Jawapannya ada kerana masalah kewangan dan aku tidak mau menyusahkan kedua ayah dan ibu aku. Ayah aku hanya la bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu aku hanya la seorang suri rumah. Sekarang aku akan memperkenalkan adik perempuan aku terlebih dahulu.
Adik perempuan aku bernama NOOR SYAKILAH DAMIA BINTI SUDIN. Dia hanya la seorang pelajar berumur 16 tahun dan dia juga seorang yang mempunyai kecerdasan di atas rata rata sama sperti aku. Orang orang kampung memanggilnya dengan panggilan QILA. Dan keluargaku memanggilnya dengan panggilan 'ANGAH'. Manakala adik lelaki aku pula bernama MOHD SYAFIQ DAUS BIN SUDIN. Dia juga hanya la seorang pelajar berumur 13 tahun dan kecerdasan dia bukan di bidang akedemik tetapi sukan. Walaupun dia seorang yang nakal tetapi aku sungguh menyanyanginya kerana disebabkannya, keluarga aku yang kecil ini menjadi meriah. Orang orang kampung memanggilnya dengan panggilan AFIQ. Tetapi tidak dengan keluargaku yang memanggilnya dengan panggilan 'ADIK'. Sepertinya sampai disini sahaja diary aku untuk hari ini.
"Along mana adik kamu ni tak balik balik lagi ni. Hari dah mula nak gelap ni" ibu aku sedikit meninggikan suaranya untuk memanggil aku yang duduk di atas katil sambil menulis diary. "Dia dekat luar lagi la tu ibu, tengah main bola dengan kawan kawan sekolah dia. Dia kata ada perlawan bola dekat taman kampung kita"
"Along tolong tengok dia jap ibu takut dia apa apa" ibu bercakap dengan antunasi khawatir kerana jarang adik pulang lambat tidak seperti selalu yang pulang sebelum pukul 6 petang. Aku yang tidak mau menyusahkan ibu pun terpaksa menutup diary aku dan menyimpannya di laci. Tidak lupa juga untuk dikunci kerana adik adik aku yang mempunyai sifat suka memasuki bilik aku seperti pencuri. Buat pengetahuan, ini adalah diary aku yang ketiga dan aku menamakannya 'BUKU DIARY KUNING' kerana warnanya berwarna kuning.
Tanpa menambahkan lagi kekhawatiran ibu , aku memakai tudung sarung berwarna hitam dan siap untuk pergi mencari adikku. "Ibu along pergi cari adik dulu" aku menyium tangan ibu aku untuk menunjukkan sifat kehormatan aku terhadap orang tua aku. "Baik long. Angah! mari tolong ibu masak cucur bawang, sekejap lagi ayah kamu pulang"
"ADIK! kau bergaduh lagi dengan kamal? nasib baik tak ada luka, kalau tak mesti ibu marah kau sampai besok pagi"
"Maaf along tapi kamal yang mula dulu, dia yang curi selipar adik"
"Dah dah tak apa, lain kali jangan gaduh gaduh selesaikan elok elok" walaupun adik aku seorang yang nakal tapi aku tetap membinbingnya supaya menjadi anak yang baik.
Sekarang aku dan keluarga aku tengah memakan cucur bawang yang sungguh lazat sambil menikmati angin dan ombak laut. Ya , rumah kami terletak di tepi laut dan sebab itu la ayah aku menggunakan kesempatan yang ada untuk menjadi nelayan. Petang itu depenuhi dengan gelak tawa yang tentunya dibuat oleh badut keluarga iaitu adik bongsu.
TING
Tiba tiba telefon aku menunjukkan bahawa adanya pesan masuk. Tanpa membuang waktu aku membuka aplikasi SMS dan membaca isi pesan tersebut. "IBU AYAH ! ALONG DAPAT TAWARAN KERJA DEKAT KUALA LUMPUR" aku menjerit dengan kuat menandakan aku sangat bahagia.
"WAH! Ayah dah agak anak ayah mesti dapat kerja yang hebat" ayah menunjukkan ekspresi yang gembira begitu juga dengan ibu dan adik adik ku.
"Along dapat kerja apa?" semua mata memandang aku tanpa mengelip mata langsung. "hanya sebagai pekerja di butik" aku sedikit memerlahankan kalimat butik kerana aku tahu kerja yang aku dapat bukanlah kerja yang gajinya banyak "Tak apa long, yang penting dapat tolong sikit keluarga kita. Tambah tambah bulan depan nak masuk musim kemarau dah dan usia ayah pun dah nak sampai pengakhirannya"
"Ish ayah ni , jangan la cakap macam tu. Ayah lama lagi hidup dan ayah akan tengok anak anak ayah berjaya suatu hari nanti".
"betul tu!" angah dan adik bercakap dengan serentak. dan kami meghabiskan petang itu dengan pelukan hangat sekeluarga.
Sekarang menunjukkan pukul 11 malam dan aku masih dengan kegiatan menyimpan barang dan baju baju aku di dalam bag "Along nak angah dan adik tolong?" aku memikirkan sekejap "boleh jugak" aku bukan nak menyusahkan dia tapi aku nak meluangkan masa lebih lama lagi dengan adik adik aku memandangkan esok aku dah mula nak berangkat ke kuala lumpur.
"Along nanti jangan lupakan kitaorang dekat kampung ni tau" aku memadang angah dan adik secara bergantian dan aku mengangguk "Ye along takkan lupakan adik adik along niii" aku yang nampak angah dan adik hendak mengeluarkan air mata , terus aku membuka lebar kedua tangan aku untuk membawa mereka ke dalam pelukan. "along sayang sangat adik adik along nii"
Setelah 5 minit berpelukan tanpa bersuara , aku melepaskan pelukan tersebut dan memandang kedua adikku "Nanti bila along dah takde , along nak korang jaga ayah , jaga ibu dan sekolah la dengan baik. Untuk angah... kalau angah nak beli buku sekolah ke , alat tulis ke apa ke. Angah mintak je along. inshaallah kalau along dah dapat gaji nanti along belikan untuk angah. Dan untuk adik pulak, along tak nak lagi adik lawan cakap mak lepastu along tak nak adik buat masalah dekat sekolah ataupun gaduh dengan kamal dan kawan kawan adik. Akhir sekali along nak korang berdua hormat ibu dan ayah , orang tua , jiran dan siapa siapa pun lah. Biar kita miskin janji kita ada adab. boleh faham?"
"baik long , kitaorang janji kitaorang akan dengar apa yang along cakap"
"mari sini, along sayang sangatttt dekat adik adik along yang cantik dan hensem ni" aku memeluk mereka dengan sangat erat seakan tiada hari esok. Aku mengakhiri pelukan tersebut dengan ciuman dia kepala adik adik aku. "Dah , sekarang korang pergi la tido. Besok sekolah kan?"
"haah" angah dan adik cakap dengan serentak. "Ha tunggu apa lagi , pergi la keluar along nak siapkan sikit lagi ni"
"BAIK ! SELAMAT MALAM ALONG"
TBC
HUHUHU MAAF KALAU CERITA NI TAK BEST. OUH DAN CERITA NI TAK ADA GAMBAR TAU JADI KORANG IMAGINE JE LA SENDIRI
YOU ARE READING
CONTRACT OF LOVE (NA JAEMIN)
Fanfictionkisah seorang perempuan kampung yang mendapat tawaran berkerja di sebuah butik di Kuala Lumpur