16

56 5 2
                                    

HAPPY READING <8

"Kita kat mana ni?"

"Kata nak jumpa sumayyah"

"Tapi kenapa kita dekat tanah perkuburan?" Betapa terkejutnya syeera apabila danial menghentikan kendeeraan kemudian mengambil dua yassin yang telah dia sediakan lalu memegang tangan syeera untuk memasuki persekitaran perkuburan

"Abang cakap laa kenapa kita kat sini?!" Syeera menghempaskan tangan nya dari genggaman danial lalu menatap danial sinis seperti meminta penjelasan daripada danial.

"Shh trust me. Okay?" Danial melepaskan cermin mata hitamnya dan menatap mata syeera seolah meminta syeera untuk kembali menggengam tangannya dan percaya kepada dirinya.

Tanpa menjawab danial. Syeera kembali menggengam tangan danial. Apahal si cicak kobeng ni pakai cermin mata malam malam ni? Dekat tanah perkuburan pun still nak tunjuk macho ke? Begitu la batin syeera. Author pun tktahu apahal tapi hensem ar hshshshs

Setelah sampai di tempat yang ditujui , danial mendudukkan dirinya dan menarik satu lagi kerusi untuk beri kepada syeera "duduk la" sambil menepuk nepuk kerusi tersebut untuk menyuruh syeera duduk.

Syeera memandang batu nisan yang tertera nama "Nur Sumayyah binti Hasbullah". Syeera mengerutkan dahinya lalu baru dia faham bahawa sumayyah yang selalu disebutkan oleh danial ternyata sudah pergi meninggalkan dunia. Syeera melihat tubuh badan danial yang bergetar segera menepuk bahu danial "mari kita baca yassin"

Setelah pulang dari perkuburan tiada percakapan antara suami isteri tersebut. Syeera merasa diri nya bodoh kerana telah cemburu dengan orang yang telah pergi tapi dia ingin tahu apa hubungan sumayyah dengan danial? Mungkin nanti dia akan bertanya kepada datin mariposa.

Syeera keluar dari bilik air dan melihat danial yang terbaring diatas katil sepertinya danial sudah tidur (?). "Maafkan aku, Danial". Yep tiada respond dari danial , syeera nenggantungkan tuala lalu mengambil selimut dan tidur diatas sofa. Entah la , syeera takut besok pagi danial akan memarahinya kerana tidur sekatil dengan dia.

Azan subuh berkumadang dan syeera telah selesai dengan solat subuhnya. Syeera melihat gumpalan selimut di atas katil menandakan Danial masih belum bangun dari tidurnya. Dengan perlahan Syeera menggoyangkan badan danial tetapi danial seperti tidak terganggu dengan gerakan tersebut. Syeera menarik selimut dan betapa terkejutnya dia saat merasa seluruh tubuh badan danial yang terasa sangat panas !

Syeera keluar dari bilik dan mengambil tuala serta besen yang berisi air. Syeera bertanya kepada mamanya (pembantu rumah) "mama , ada ubat demam tak? atau panadol ke?"

"Alamak syeera , kat rumah ni memang tak disediakan ubat demam ke apa. Sebabnya dalam rumah ni jarang ada yang sakit"

"Ouh tak apa la kalau mcm tu"

"Eh syeera tanya ni kenapa? Syeera sakit ke?"

"Eh takdelah , danial yang sakit"

Mama berfikir lalu membisikkan sesuatu dekat telinga syeera. Betapa terkejut nya syeera apabila mamanya cakap bahawa danial kalau sakit pasti keluar mode manja dia. "Kalau datin tak ikut perintah danial , mesti danial aku meraung untuk ditemani". Syeera gelak dengan awkward nya lalu meminta izin kepada mama untuk kembali ke bilik danial.

Sambil menaiki tangga , fikiran syeera hanya berharap bahawa mama hanya tipu tentang hal itu. Syeera meyakinkan dirinya untuk membuka pintu bilik danial dan apa yang dilihat syeera sungguh tidak akan syeera lupa ! Macam mana syeera nak lupa kalau di depan dia sekarang ni , danial tengah merengek memanggil mommynya.

"mommy?" danial menoleh ke arah pintu dengan beharap bahawa sosok yang dia harap datang itu , merawat dia. Setelah melihat siapa yang berada di pintu , danial mengelap air mata yang mengalir di pipinya lalu kembali diam dan menukarkan posisi tidurnya mengahadap ke arah yang berlawanan dengan syeera.

Syeera yang melihat itu hanya faham bahawa danial masih tidak memaafkan nya kerana hal semalam yang dia cemburu dengan sosok sumayyah yang telah pergi. Jujur danial sudah lama tidak menziarah kubur sumayyah. Sebelum dia pergi ke belanda , danial menziarah kubur sumayyah dan itu kali terakhirnya. Bukan sebab sibuk atau apa tapi alasan dia sambung belajar dekat belanda adalah kerana danial nak mulakan hidup baru dan melupakan kisah silam dia bersama sumayyah.

Syeera pelik , bukan ke dia yang patut marah dekat danial sekarang? Sebab danial memanggil dia perempuan kotor ! Tapi nak buat macam mana ? Syeera taknak menjadi isteri durhaka. Jadi disini la dia , berdiri disebelah danial.

"Maafkan aku , danial"

"Hmm" hanya itu yang dibalas danial. Syeera membalikkan tubuh danial dan meletakkan tuala yang sebelumnya syeera telah perah di atas dahi danial. Danial hanya diam dan tidak bercakap satu patah kata pun. Dia hanya memejamkan matanya kerana dia bersyukur ada isteri yang perihatin dengan dia. Dah lama dia tak rasa diberi perhatian sebab sepanjang dia belajar di belanda. Kalau dia sakit , dia akan baring seharian dekat katil apartment dia.

Setelah selesai , syeera berniat untuk pergi turun ke bawah dan membantu mama untuk menyiapkan sarapan pagi serta meninggalkan danial kerana syeera fikir danial memerlukan rehat yang secukupnya. Baru selangkah syeera jalan , tangannya dihalang oleh danial. "teman aku dekat sini". eh dia ni tak panggil abang dah? ke semalam dia tersasul je? Syeera bermonolog.

Danial menepuk katil untuk bagi isyarat dekat syeera supaya syeera baring dekat sebelah dia. Sebenarnya syeera nak membantah tapi dia ingat mama kata kalau tak ikut apa yang danial nak , danial akan meraung. Jadi syeera taknak benda tu berlaku , dia membaringkan dirinya disebelah danial. Tapi syeera teringat sesuatu !

"Danial , kau belum solat subuh"

"Nanti la , kan aku sakit ni"

"Takde takde , kau pergi ambil wudhuk sekarang"

Danial dengan perlahan membangunkan dirinya , lalu masuk kedalam bilik air. Setelah selesai solat subuh , Danial berjalan menuju katil. Dan baru je danial nak baring , danial menoleh ke arah syeera dan yep syeera tertidur. Danial melihat dengan teliti muka syeera "cantik". Hanya itu sahaja kata yang mampu mendescribe muka syeera.

CUP

Danial mencium bibir syeera , dan memeluk erat badan syeera seolah tidak mahu syeera pergi meninggalkannya.

Setelah 1 jam tidur , syeera membuka matanya dan langsung merasakan ribuan kupu kupu dalam perutnya. Bagaimana tidak ? sekarang ni tubuh syeera dan danial sangat dekat bahkan syeera dapat merasakan deruan nafas danial yang panas. "Masih demam rupanya cicak kobeng ni"

Syeera melepaskan paksa pelukan danial , dan pergi membantu mama serta meninggalkan danial yang sepertinya sudah mulai terjaga dan mencari keberadaan syeera.



TBC

HELLO GUYS ! HAHAHAHH SORRY WEY LAMA TAK UPDATE 🥲 SETAHUN LEBIH JUGAK EN? TAPI SEKARANG AKU RASA NAK MULA UPDATE BALIK SEBAB AKU DH HABIS SPM HEHEHE 😋 ASTU TAKDE BUAT APA APA EN , BOLEH LA AKU SAMBUNG NOVEL YANG DH BERHABUK DALAM LIBRARY AKU NI HAHHHAHA

BTW KORANG MCM MANA?! SIHAT SIHAT KE? KEEP ON SUPPORTING ME OKAY !! JANGAN LUPA VOTE DENGAN KOMEN 😼😼

HABIS DAH CONFLICT SUMAYYAH. MESTI KORANG DH BOLEH AGAK EN 🥹🙏🏻 HAHAHAHHA NEXT CONFLICT AKU NAK BUAT BESAR SIKIT. TAKNAK AR SOFT SOFT JE CITER NI 😈 CITER NI PANJANG LAGI TAU 😭 TAPI AKU AKAN CUBA HABISKAN CERITA NI SEBELUM AKU MASUK UNI 🥳🥳

CONTRACT OF LOVE (NA JAEMIN)Where stories live. Discover now