4 ✎ Someone

1K 32 5
                                    

Enjoy reading ☕︎

Previously chapter 3 (care)


"Kalau camtu kitorang join la.. Saya boleh ajak kawan² saya yang free sekarang.. boleh kan?" tanya Mia sambil memberikan idea. "Ha baguslah kalau macam tu.. Tapi kawan Mia tu laki ke perempuan?" tanya aku. "2 laki kawan saya.. Yang lagi sorang tu saya tak kenal sebab tak sempat nak tanya nama tadi " jelas Mia.

"Kalau camtu jom lah panggil cepat" ajak Amir. Amir ni memang banyak cakap sikit. Setelah kami sampai aku ternampak 2 budak laki iaitu kawan Mia. Tapi ada lagi sorang laki yang aku tak berapa suka.


🏕️

"Eh awak cari saya ke Harith?" tanya Amran dengan teruja. Amran ni ex boyfriend aku. Aku sebenarnya da mula jadi 'gay' sejak aku masuk sekolah menengah. Amran ni ialah kekasih lelaki yang pertama dan terakhir aku.

"Kau boleh tak tolong guna 'kau' 'aku' je? Aku tak selesa lah, lagipun kita ni just kawan sekarang. Apa yang kau tak faham ni?!" tengking aku pada dia. "Okk jangan lah marah sa- a-aku mintak maaf!! Aku lupa." dia pejamkam mata. Takut mungkin?

"Weyh da la Ris.. orang lain semua pandang kita lah" Amirul cuba menenangkan aku. "Aduhhh korang ni tak kan la time nak berseronok pon ada masalah. Kalau korang nak gaduh, teruskanlah. Kitorang boleh buat tanpa korang. Jom Korang kita pergi tinggal kan dorang tu. bwekk" Amir menjelirkan lidahnya.

"Eh jap korang datang ke khemah kitorang ni ada apa sebenarnya?" tanya Faizal iaitu kawan Mia dan Shah. Yang lagi sorang pula bernama Adam. "Kitorang sebenarnya datang nk ajak korang join kitorang. Amirul cakap nak bla..bla..bla.." jelas Farisha pada mereka bertiga. "Kitorang sebenarnya da buat plan sendiri tapi boleh je kalau kitorang cancel plan kitorang dan ikut korang. Adam dengan Faizal pon ok je kan?" tanya Amran pada Adam dan Faizal. Adam dan Faizal hanya mengangguk tanda setuju.

"Ok kalau semua da setuju macam yang aku cakap tadi, kita akan mula pukul 10 so pukul 9:45 cam tu kita berkumpul" jelas Amirul pada semua dan semua buat kerja masing-masing dulu memandangkan jam baru je menunjukkan pukul 8. Aku dan Shah kembali semula ke khemah kitorang.

"Hmm Shah nak tanya sikit boleh tak?" Shah meminta izin untuk menanyakan soalan. "tanya lah" aku memberi izin untuk menanyakan soalan. "Shah nak tanya pasal yang abang kat khemah tadi tu. Tu kawan abang kan?" tanya Shah ingin mendapat kan kepastian. "Ye" jawab aku sepatah.

"Kenapa abang macam tak suka dia eh? Dia cakap dengan abang elok-elok tapi tiba-tiba abang marah dia. Ke abang tak suka orang guna 'saya' 'awak'?" Aku hanya mendiamkan diri. Aku sebenarnya tak berapa suka org tanya pasal ex aku tapi aku tengok Shah tu macam bersungguh-sungguh je nak tahu.

"Ermm kalau abang tak nak jawab takpe"

"Sape kata tak boleh? Kan abang da cakap untuk Shah semua boleh. Tapi.." aku berhenti daripada menyambung ayat aku dan melihat muka Shah yang terlalu teruja. "Tapi ape? Alahhh abang ni.. sambung terus ayat tu tak boleh ke? nak berhenti sesuka hati pulak" rungut Shah sambil memuncungkan bibirnya. "Tapi Shah kena cium abang dulu.. boleh?" aku menunjukkan ke arah pipi aku menggunakan jari telunjuk.

"Eh a-ape abang ni..mana boleh macam tu" rungutnya lagi. "Kalau Shah tak boleh buat abang pon tak nak lah jawab" aku acah merajuk. "Ishh ok la cepat le dekat kan muka tu kalau tak macam mana nak cium da le abang tu tinggi" marah Shah pada aku.

"Hehe.. ni abang da dekatkan.. cepat la cium" aku mendekatkan pipi aku dengan mukanya. Dia segera mencium pipi aku sekilas pastu blushing terus. Dia ni mmg cepat blushing eh? Geram je aku tengok.

"Ha ce-cepat le bagitahu" dia menundukkan kepala memandang bawah. "Dia tu ex abang" jawab aku. Shah terus mengangkat kepalanya memandang aku yang lebih tinggi daripadanya sambil menunjukkan reaksi mukanya yang seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku beritahu.

"Dia tu ex abang? Abang ni gay ke? Macam mane abang boleh jadi gay? Da berapa lama abang jadi gay? Kenapa abang tak suka perempuan? Banyak lagi perempuan yang cantik and baik tapi kenapa abang pilih lelaki?" bertubi-tubi soalan yang diajukan pada aku. "Eh dia ni banyak tanya pulak.. kalau nak abang jawab kiss kat sini dulu" aku memuncungkan bibir menyuruhnya untuk cium di situ.

"Ermmm mana boleh macam tu asyik Shah je kena ikut ckp abang. Tak boleh ke bagitau terus??" rungutnya sambil memuncung kan bibir. Suka nau dia muncungkan bibir dia tu, dah macam mulut itik nasib comel. "Alahhh boleh la Shah.. abang janji yang ni yang last pastu abang da tak de suruh Shah buat apa-apa dah. janji" aku memujuknya. "Ishh abang ni.. ye lah.. sini cepat" arah dia.

Cupp

Dia mencium bibir aku sekilas kemudian dia terus menundukkan kepalanya kebawah. Blushing teruk dah muka dia tu. "Shah pandang abang jap boleh?"Dia mengangkat kepalanya memandang aku.

Aku tersenyum melihat muka dia yang kemerahan tu dan terus mencium bibirnya yang mungil itu. Dia dengan cepat menolak badan aku tapi badannya yang kecil itu tak cukup kuat nak menolak badan aku yang besar ni. Selepas beberapa minit kami melepaskan ciuman untuk mengambil nafas.

"Jom la kita solat Shah, dah pukul 8 lebih dah ni" ajak aku. Dia hanya mengangguk dan pergi ke masjid meninggalkan aku yang seorang kat dalam khemah tu. Manis bibir dia. Sebenarnya aku dah suka dia dari masa first aku nampak dia.

🏕️

Selesai solat Isyak berjemaah di masjid aku dan Shah kembali ke khemah kami. Dia hanya diam membuat kerjanya sendiri. Tah kerja ape yang dia buat aku pon tak tahu.

"Shah" Dia pandang muka aku sambil mengangkat keningnya. "Tadi kan abang dah janji kalau Shah cium abang nanti abang cerita pada Shah yang pasal abg gay and ex abang tu kan, Shah nak dengar ke tak ni?" tanya aku yang ingin memberitahu pada dia tentang perkara yang dia ingin tahu. Dia mengangguk kepala laju dan datang dekat dengan aku.

"Ok ceritanya macam ni. Sejak abang Form 1 abang rasa tertarik pada laki. Tak tau la kenapa abang tak rasa minat pada perempuan. Abang yang kat khemah tu nama dia Amran tapi abang panggil dia 'Am' je, dia tu memang baik.. Abang dengan dia kenal dari abang masuk sekolah menengah and makin lama makin rapat sampai 1 hari abang confess kat dia. Abang fikir dia nak marah tapi lain yang jadi, lepas abang luahkan perasaan abang dia terus senyum dan peluk abang. Sejak tulah kami mula couple masa akhir bulan 6 time tu abang form 2. Tapi abang putuskan hubungan kitorang 2 bulan lepas sebab family dia dapat tahu yang dia jadi gay sebab abang. Abang tak nak hubungan dia dengan family dia jadi buruk disebabkan abang so abang buat keputusan untuk break up lepas fikir masak-masak" Shah yang dengar dengan tekun dari tadi hanya meng'ooo'kan saje.

"Habistu sekarang ni abg da move on la ye?" tanya Shah. "Abang da lama dah move on. Abang hari² cuba jauhkan diri abang daripada dia supaya perasaan sayang pada dia tak datang balik" terang aku. "Ouh baguslah kalau macam tu. Habistu sekarang ni abang ada suka sesiapa ke lepas break ngan dia?"

"Ada" jawab aku sepatah. "Laki ke perempuan?" tanya Shah lagi. "Laki. Shah nak tau dia kat mane sekarang?"

"Kat mana?"

"Kat depan abang ni" jawab aku sambil tersenyum.

Tbc ☁︎

𝕎𝚎𝚒𝚛𝚍 ℂ𝚊𝚖𝚙𝚒𝚗𝚐 [s1] Where stories live. Discover now