Intro

15.5K 168 15
                                    

Pada abad ke 25, telah wujud sebuah negara baru yang terletak di Asia Tenggara iaitu negara Technoraya. Negara Technoraya dikatakan sebuah negara yang sangat maju di Asia Tenggara bahkan kemajuan mereka masyhur dalam dunia. Negara Technoraya juga mempunyai penduduk majoriti Melayu hanya beberapa orang sahaja berbangsa Cina dan India.

Technoraya dari sudut pemerintahannya berbeza sedikit dengan Malaysia. Malaysia mempunyai lebih dari 3 parti namun di Technoraya menjadi ketetapan perlembagaan negara hanya 2 parti besar sahaja yang perlu ada di dalam negara ini. 2 parti tersebut terdiri daripada Kerajaan dan juga Pembangkang. Namun begitu, negara ini tidak menghalang sekiranya dua parti itu ingin mewujudkan persatuan kecil di bawah mereka, namun apabila berlaku pilihan raya, hanya dibenarkan menggunakan atas dua nama parti besar sahaja. Kerajaan Technoraya kini dipimpin oleh parti Ikatan Harmoni Technoraya manakala di pihak pembangkang diterajui oleh Kesatuan Muslim Technoraya. Ikatan Harmoni ada beberapa anak parti yang lain namun akan diceritakan di kisah yang lain sekiranya ada rezeki manakala Kesatuan Muslim Technoraya mempunyai 4 anak parti.

4 Anak Parti KMT :

1. Gerakan Muslimah Technoraya

2. Gerakan Pemuda Technoraya

3. Gerakan Mahasiswa Technoraya (Gerakan di peringkat IPT)

Pada kisah kali ini, kita akan lebih tertumpu kepada Gerakan Muslimah Technoraya.

Pemerintahan Technoraya dalam keadaan tenat apabila dipimpin oleh parti yang terlibat dengan pelbagai skandal dan korupsi iaitu parti Ikatan Harmoni Technoraya atau singkatannya IHT. IHT pada mulanya memimpin negara dengan baik dan saling bekerjasama dengan pihak pembangkang iaitu KMT namun sejak berlakunya peralihan Presiden yang baru, IHT sudah mula lari dari niat suci mereka untuk mengharmonikan negara serta menjaga kebajikan masyarakat, sebaliknya mereka lebih memilih untuk memenuhi poket mereka. IHT kini dipimpin oleh YB Sahak berumur 50 tahun. YB Sahak juga terkenal dengan pelbagai skandal, namun apabila sampai ke mahkamah, belum apa2 sudah digugurkan kes. Bukan YB Sahak sahaja, ada juga dikalangan pemimpin wanita IHT yang sanggup menggadaikan maruah mereka demi mengukuhkan kedudukan dan juga harta. Itu baru sedikit, masih ada lagi kegiatan IHT yang berjaya dirahsiakan hasil daripada rasuah.

Beberapa bulan lagi pilihan raya akan bermula. Maka, KMT telah sebulat suara ingin menukar formasi bagi memastikan kebajikan rakyat terbela dan seterusnya menyelamatkan Technoraya dari terus binasa.

Ketika Muktamar KMT,

YB Tuan Idris berumur 60 tahun telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai Presiden KMT bagi merealisasikan formasi baru KMT. Ahli KMT juga telah bersetuju untuk melantik Tuan Idris sebagai penasihat KMT. Setelah mendapat keputusan sepakat daripada ahli KMT, presiden yang baru dipilih dari kalangan pemuda memandangkan pada era ini, idea pemuda dan juga teknologi yang semakin maju ini memerlukan khidmat golongan muda untuk terajui bahtera. Maka, presiden GMT yang baru telah dipilih iaitu Anas Ahmad yang berumur 30 tahun. Tuan Idris yakin, dengan perlantikan baru ini, visi dan misi KMT yang terkini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Anas Ahmad sebelum ini memegang jawatan Presiden Gerakan Pemuda Technoraya.

Bagi Gerakan Muslimah Technoraya pula, presiden baru juga telah diplih iaitu Bazlin Syamimi yang berusia 28 tahun. Bazlin Syamimi atau lebih dikenali sebagai Lin merupakan isteri kepada Presiden KMT yang baharu iaitu Anas. Setelah pelantikan baharu dibuat, mereka meneruskan agenda mereka dengan membincangkan apakah langkah yang perlu diambil untuk pilihan raya akan datang, kebajikan rakyat dan isu-isu berbangkit.

Di rumah Anas dan Lin,

Anas dan Lin baru pulang dari Muktamar KMT. Anas duduk berehat di sofa bagi merehatkan tubuh badan.

Lin : Abang...abang nak air apa?

Anas : Eh...tak yah la susah2 sayang...marilah berehat dengan abang sini...

Gerakan Muslimah TechnorayaWhere stories live. Discover now