SEKALI lagi aku menilik wajahku di depan cermin yang besar gedabak ni. Solekan yang tak terlalu padat menghiasi muka lawa aku. Taklah satu muka aku penuh solekan, cukup setakat sedikit blusher di pipi, eyeshadow berwarna pink dicampurkan dengan warna ungu. Tidak lupa juga lipstick yang tercalit di bibirku.
Kau kena faham, budak menengah rendah macam aku tak boleh pakai makeup sangat, nanti kulit rosak. Aku pakai pun untuk performance je.
Aku bercekak pinggang, memusingkan badanku ke kiri dan ke kanan untuk melihat pakaian yang aku pakai. Puas hati dengan penelitian aku, aku menghadap cermin besar di depanku, lagi. Sempat aku membuat en pointe atau dalam bahasa yang ringkas berdiri menggunakan jari kaki.
Spontan aku tersenyum seraya kembali berdiri macam orang normal. Bodice pink dan lengan baju gaya puff warna pink yang tidak bercantum dengan bodice dipasangkan dengan tutu biru kehijauan tersarung kemas di badanku. Turut dihiasi dengan renda emas dan bunga hiasan.
Kalau hari-hari biasa pun aku lawa, apa lagi bila pakai costume untuk performance malam nanti, hohoho.
"[n/n]! Ah! Comelnya!" Satu suara bernada tinggi yang amat biasa aku dengar menjerit-jerit dari belakang aku. Aku memalingkan muka aku untuk menghadap tuan empunya badan yang masih terjerit-jerit.
Aduh, nasib baik tak banyak orang dalam bilik persalinan ni kalau tak buat malu je orang lain tengok. Nasib baik juga orang yang ada dalam bilik persalinan ni dah biasa dengan perangai suka berteriak member aku sorang ni.
"Ichigo, perlahan sikitlah suara tu," tegurku sambil memuncungkan mulut untuk cover segan. Malangnya kawan aku ni bukan tahu malu, makin terkinja-kinja pula dia. Pantas dia berlari ke arahku dengan tangannya didepakan, mendakapku penuh erat.
Miyabuki Ichigo, atau nama panggilan 'manja' Kentaro bagi dia Strawberi Masam. Anak kepada kawan aku, kitorang pun kenal sebab geng mak-mak kitoranglah. Ichigo ni classmate aku merangkap kawan baik aku, dunia dan akhirat.
"Weh, asal kau berseri-seri hari ni?" Ichigo memandang aku dari atas ke bawah sebaik saja dia melepaskan pelukannya. Aku pandang dia dengan kening berkerut. "Aku memang dari lahir lagi cantik jelita, sedap mata memandang." Tanganku diletakkan bawah dagu, jari digerak-gerakkan, meyakinkan Ichigo kata-kata aku ni fakta berdasarkan kenyataan.
Tiba-tiba ada suara tertawa yang semakin lama semakin mendekati kami membuatkan aku dengan Ichigo saling berpandangan sebelum memalingkan ke arah suara itu.
Automatik mata aku terarah kepada seorang perempuan dengan bodice, tutu dan lengan baju off shoulder dia yang serba putih. Dengan renda-renda sekali putih. Rambut chestnut-brown dia diikat sanggul rendah, tiara berwarna perak keputihan menghiasi kepalanya. Kedua tangannya berada di belakang dia.
Dia mengeluarkan kedua tangannya dari belakang dia apabila dia sudah dekat dengan aku dan Ichigo atau lebih tepat di depanku, mengeluarkan tiara perak. Manami-san meletakkan tiara itu di kepalaku sambil tersenyum.
"Dewdrop Fairy kita memang sentiasa cantik, Ichigo-chan." Manami-san memberitahu, senyumannya masih tidak lekang menghiasai wajahnya. Fuh, kembang terus hidung aku. Kau kena faham, bila orang lawa puji kau feeling dia macam nak terbang ke awang-awangan.
"Kalau Dewdrop Fairy pun dah cantik, apa lagi Sugar Plum Fairy ni." Gadis yang tua setahun dari kitorang itu mencuit hidung milik Ichigo, membuatkan aku tertawa melihat iris mata Ichigo membulat.
"Ala... kitorang mana boleh tanding Manami-san," balasku, membetulkan tiara di kepalaku. Ichigo di sebelah aku turut mengangguk-angguk sambil mengiyakan kata-kata aku.
YOU ARE READING
PERFECT FOUETTÉ ﹙i. hajime﹚
Fanfiction"Oh, kasut pink ni kau punya?" ──────────────────────── PERFECT FOUETTÉ. Pertemuan si ballerina dan si pemain bola tampar yang disebabkan kasut keras lagikan berkilat milik si ballerina. Macam kisah dongeng Cinderella! Bezanya kasut Cinderel...