ENTAH dah berapa lama aku pusing sekolah ni. Sempat aku pandang sekeliling. Aku rasa aku dah lalu kat sini tadi, takkan aku berjalan dalam bulatan kot? Macam watak kartun yang berpusing-pusing mengelilingi pokok sebab nak kejar tupai.
Aku mengangkat tangan aku sedikit untuk check dah jam berapa tapi baru aku teringat jam aku tertinggal di rumah. Terus aku pandang pointe shoes warna pink di tangan aku. Mesti korang hairan kenapa pointe shoes aku bukan dalam beg kasut kan?
Ini semua angkara spot check mengejut tadi. Orang yang check beg aku tadi bukan main lagi tabur semua barang aku atas meja. Sampaikan beg kasut aku di dalam laci pun dia buka, keluarkan pointe shoes aku. Nasib saja orang tu tak kutuk kasut aku kalau tak ada juga yang arwah aku kerjakan.
Sudahlah orang yang check beg aku tadi bongkar habis beg aku, tak fasal-fasal aku perlu masukkan barang aku satu persatu. Aku sebenarnya nak sumbat saja barang-barang aku tadi tapi bila difikirkan balik, baik aku susun baik-baik supaya ada ruang untuk makanan.
Haih, macam manalah aku boleh terlupa masukkan balik kasut ni dalam beg kasut selepas spot check tadi?
Kentaro pun satu, tinggalkan aku sorang-sorang. Dah tahu aku ni bukan jenis boleh nak ingat jalan dengan cepat, selalunya ambil masa dua tiga hari juga baru aku terbiasa.
Rasa menyesal pula tolak pelawaan Yahaba-san nak temankan aku pergi gate sekolah tadi. Rasa menyesal juga sebab tak join classmates aku yang lain tadi. Yalah, aku yakin sangat Kentaro tunggu aku. Mahu saja aku tendang 'bawah' dia bila diingatkan balik.
Tapi... Menyesal sekarang pun dah tak ada guna. Nasi sudah menjadi bubur.
Nampaknya aku kena cari inisiatif lah ni untuk cari jalan ke gate sekolah. Terasa macam aku dalam maze pula rasanya.
Terpaksalah aku ponteng kelas tarian hari ni. Lantaklah, aku bukannya rajin sangat nak buat latihan basic. Bukan aku tak tahu Madam Suzuki tu suka sangat suruh aku buat latihan basic untuk kuatkan dan melenturkan otot aku. Padahal...
Aku menghela nafas panjang. Sekali lagi aku memerhati persekitaran aku. Kosong tanpa murid atau cikgu mahupun kakitangan sekolah yang lain lalu-lalang. Spontan aku bergegar seketika. Bukan kerana sejuk tapi kalau nak fikirkan, pelik sangat ni kalau tak ada orang di kawasan sekolah.
Kitorang pun baru saja habis kelas tadi. Takkan sekolah dah kosong kot?
Sudahlah sunyi sangat sampaikan bunyi cengkerik dari semak-samun di tepi pagar tu pun aku boleh dengar. Eh, masa petang-petang macam ni pun ada cengkerik nak menyanyi? Tak ada kerjakah?
Cepat-cepat aku melangkah jauh dari tempat itu. Dia punya kosong tu sampai tulang rusuk aku bergetar padahal tiada angin yang bertiup, cuma ada pancaran matahari yang boleh membutakan.
Sedang aku berjalan dengan langkah yang tergesa-gesa, tiba-tiba kaki kanan aku rasa seperti terapung. Terapung? Satu saja benda yang setahu aku tak ada kesan terhadap graviti. Makhluk halus.
Eh, kejap. Maksudnya aku ni makhluk halus kah? Takkanlah baru tujuh belas tahun aku hidup, baru aku tau aku ni bukan manusia?
Buk!
Dengan sekelip mata, aku terhempas di tanah. Kaki kanan aku 'terdampar' sedikit ke tepi manakala kaki kiri aku masih dalam lubang tak berapa nak dalam tu. Hampeh, kaki kanan aku termasuk dalam lubang. Ceh, patutlah sebelah kaki je yang terapung.
Klisé betullah ada lubang tengah jalan ni! Aku tahulah hidup aku ni bosan tapi tak perlulah nak remind hidup aku ni plain nak mampus guna cara klisé macam ni.
YOU ARE READING
PERFECT FOUETTÉ ﹙i. hajime﹚
Fanfiction"Oh, kasut pink ni kau punya?" ──────────────────────── PERFECT FOUETTÉ. Pertemuan si ballerina dan si pemain bola tampar yang disebabkan kasut keras lagikan berkilat milik si ballerina. Macam kisah dongeng Cinderella! Bezanya kasut Cinderel...