⠀003, protagonis manga shoujo

38 8 4
                                    

KAKI aku seakan-akan digam dengan tanah menggunakan gam gajah, tak boleh bergerak. Tekak aku terus rasa kering membuatkan aku menelan air liur secara spontan. Mata aku memandang tepat ke arah dua lelaki yang tidak jauh dari aku.

Cepatlah sia, tinggalkan pointe shoes aku dekat situ! Aku sudahlah awkward nak mampus, manalah tahu nak cakap apa dengan dia orang berdua. Takkan nak cakap, "Hai! Tu kasut saya, thanks tolong kutip!" lepas tu gelak kuat-kuat supaya tak rasa janggal?

Aku boleh je sebenarnya buat tapi memang taklah aku nak buat. Kerja gila.

Aku patut menyorok tak? Atau menangis? Ketawa pun rasanya boleh disenaraikan sebagai pilihan. Eh tak boleh, tak boleh. Nanti diorang ingat aku kurang dari segi mental pula.

"Yaho!" Mendengar suara itu, bahu aku terhinjut dengan sendirinya. Terus kepala aku rasa segar, macam bila kau refresh page dekat Chrome. Masalahnya, kepala aku masih tak boleh fikir apa yang aku patut buat.

Sekejap. Itu bukan masalah utama sekarang. Persoalan yang aku patut risaukan sekarang, siapa yang tiba-tiba bersuara tadi tu? Jangan-jangan kata-kata aku fasal vampire, ghoul, Isabella dengan demon tadi tu sudah termakbul. Yalah, kan kata-kata itu satu doa.

Perlahan-lahan aku memandang ke arah suara itu. Dua figura lelaki berbaju turquoise berdiri lebih kurang satu atau dua meter jauh dari aku. Iwa-chan, lelaki hot rambut durian dengan lengan bajunya disinsingkan sampai ke bahu, dan Shittykawa atau Bodohkawa yang ada iras Prince Charming.

Fuh, inikah rasa jadi protagonis manga shoujo? Jantung dup dap dup dap sebentar.

Otak [y/n], tolong jangan fikir benda tak logik sekarang ni. Rasanya diorang tengah panggil orang lain. Dasar otak ingkar arahan tuan empunya badan.

"Oi!" Sekali lagi ada suara kedengaran, namun pitch dia agak berlainan daripada suara yang tadi. "Perempuan yang pakai uniform Aoba Johsai, budak [hair style]!" Terperinci sungguh abang ni describe orang yang dia panggil tu.

Eh! Jangan-jangan...

Tangan aku automatik memegang kepala aku, nak pastikan orang yang dia panggil tu aku. Bila tangan aku tersentuh kepala aku yang digayakan dengan [hair style], aku terkakucho. Eh silap, terkaku. Oh najis, akulah orang yang dia panggil tu.

Spontan aku tersenyum paksa. Senyum kotak. Maksud aku, setakat tayang gigi je. "Ya, ada apa abang-abang hensem cari saya?" Dan pada masa itu jugalah, kawan-kawan, aku rasa nak tanam muka aku dalam tanah. Biar jadi macam burung unta.

Maka dengan rasmi, hancurlah reputasi aku sebagai pelajar di Sekolah Menegah Tinggi Persendirian Aoba Johsai.

Terus saja si Entah Apa Kawa tertawa terbahak-bahak manakala Iwa-chan di sebelahnya tersengih. "Taklah, ni abang hensem nak tanya adik manis kenapa tercegat dekat sini?" Si Kawa membuka mulut sebaik saja dia dapat kawal gelak dia. Itupun masih tersisa ketawa.

Aku boleh rasa suhu pipi aku meningkat. Bagus sangatlah [y/n], tadi berangan sangat nak jadi protagonis manga shoujo. Protagonis manga shoujo kan tak tahu malu, asal kau nak jadi macam diorang! Aku yang belum cuba mengorat pun dah rasa malu nak mampus.

"Eh... Aku..." Kosa kata aku terasa bagaikan kosa kata budak baru belajar dua tiga patah perkataan. Hancur. Kepala aku tak dapat nak susun ayat. Otak aku ni memang suka betul ingkar arahan tuan dia. Masa aku suruh dia berfikir, dia tak dapat fikir pula!

Belum sempat aku cakap apa-apa Iwa-chan sudah memitas aku. "Iwaizumi Hajime," ujarnya sambil meletakkan jari telunjuk dia di dada. Oh, Iwa-chan tu singkatan nama dia rupanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERFECT FOUETTÉ ﹙i. hajime﹚Where stories live. Discover now