13

408 80 12
                                    

Suatu hari di waktu petang, keluarga Choi berjalan-jalan di taman permainan.

Pada mereka, itu bukanlah tempat permainan biasa tapi sebagai habitat abadi.

"Hyung, Kwan nak naik gelongsor!" Seungkwan merentap lengan Joshua.

"Kau naik je lah guna gelongsor tu pakai bontot kau ke bontot Shua hyung?" Uji seperti biasa dengan mulut seveg namatinya itu bersuara.

"Ada nampak Kwan mintak pinjam bontot Shua hyung ke? Kwan nak minta tolong dukungkan lah mana sampai! Gelongsor ni jauh lagi tinggi dari Uji hyung, tahu?"

Jun dan Hoshi memegang dada dengan muka penuh syahdu. Deep bro, deep.

"Ceh kau tu gemok pendek pulak tu. Aku pendek tapi tak gemok macam kau. Sian eh beban keluarga beli beras banyak-banyak nak bagi kau makan."

Uji yang tak mahu mengalah terus mendeepkan adiknya sendiri.

"Ha pekik lah lagi sampai anjing bertelur." Seungcheol yang tidak tahan dengan ayat-ayat pedas anaknya bersuara. Bising-bising dekat rumah ini tempat awam.

Uji menjeling lalu pergi dari situ. Seungkwan pula terus menarik Joshua untuk bantuan menaiki tangga.

Anda mempunyai masalah naik gelongsor? Hubungi Joshua untuk pertolongan di talian 999.

"Jun hyung." Hoshi yang duduk makan aiskrim disebelah Jun bersuara.

"Apa?"

"Hyung tak rasa ke kita ni dah terlalu lama single? Kepam hati Hoshi yang kian tersendu."

"Hoshi kau tak takut dosa? Kepam diri dilamun maksiat." Jun menyambung menjilat aisrkirm strawberi miliknya.

"Aku sula jugak kau pakai batang aiskrim ni nanti hyung biar susah kau berak."

•••

"Appa Hao nak kencing!" Hao kelihatan cemas dengan tangannya dikepit dicelah kangkang bagi menahan urin dari keluar sewenang-wenangnya.

"Ish kau ni. Jom pergi toilet." Uji mengheret Hao pergi ke tandas awam berhampiran.

Walaupun Uji kelihatan bengis dan bermulut laser, tapi dia juga sebenarnya seorang yang berhati perut.

Walaupun dulu dia pernah menukarkan ubat gigi colgate Mingyu kepada sabun Dettol berperisa Oren.

"Uji hyung tu taklah sejahat yang kita sangka." Kata Seokmin kepada Jun.

"Hurm masa dia dapat tahu kau kembar tiga dengan si katak dengan si minyak tu dia pernah cakap nak racun salah seorang." Balas Jun selamba.

"Kita tarik balik kata-kata kita tadi." Seokmin memuncungkan bibir. Fake hope katanya.

Mingyu berjalan-jalan di sekeliling taman. Bosan tak tahu nak main apa. Ah, Wonu sedang duduk di jongkang jongket sambil main ps4.

"Hai Wonu hyung!" Sapa Mingyu ceria.

Wonu memandang sekilas lalu sambung main gamenya semula.

"Wonu hyung jom kita main jongkang jongket sama-sama!" Mingyu kini berada di depan Wonu. Bersedialah untuk terbang ke angkasa.

"Gyu, kau goyang benda ni aku bunu-- MINGYU LAJU SANGAT NI WOI KAU NAK BUNUH AKU SEBELUM AKU BUNUH KAU KE?" Kini jongkang jongket tersebut betul-betul kelihatan ingin berangkat ke angkasa lepas.

"Ahahaha! Seronoknya!" Mingyu langsung tidak menghiraukan jeritan nyaring abangnya malah dilajukan lagi rentak gerakan jongkang jongket tersebut.

Buk!

Akhirnya Wonu jatuh ke tanah seperti nangka busuk. Jatuhnya bukanlah jatuh biasa tapi kepalanya terhentak ke atas batu.

"Hiks APPAAA!! HUWAAA!!" Wonu mencampak ps4nya lalu menghentak-hentakkan kakinya ke tanah sambil mengamuk dan meraung.

Jeonghan mendengar tangisan salah seorang dari anaknya dari jauh. Kejap, TANGISAN DARI ANAKNYA?

Bagaikan ultraman sakit perut dia terus memecut untuk melihat apa yang terjadi. Nampaknya Wonu masih mengamuk di atas tanah.

"Kenapa ni?! Explain now!" Jeonghan menjerit kemarahan disitu. Pantang nampak anaknya menangis.

"Tadi Gyu main jongkang jongket dengan Wonu hyung lepastu Wonu hyung jatuh sebab Gyu main laju-laju!"  Seokmin menerangkan sambil jarinya ditujukan ke arah Mingyu.

Mata Jeonghan sudah dipenuhi api memandang ke arah Mingyu.

"Oh tidak habislah kita. Hiks."

Itulah kata-kata terakhir dari Mingyu sebelum 'dikerjakan' oleh emaknya, Jeonghan.





[OG] Seungcheol Family || SEVENTEENWhere stories live. Discover now