23-

326 65 26
                                    

"Hyung tahu korang kat dalam tu. Keluar. Sekarang." Joshua mula bersuara garang. Habislah.

"H-Hyung jangan lah marah-marah nanti tak hensem- HUWAA SAKIT!" Telinga Seokmin ditarik oleh Jun. Kalau dibiarkan makin manja budak ni!

"Korang pun ikut sekali?!" Joshua terkejut. Bukan saja kembar tiga Hao, Gyu dan Seokmin disitu tapi Ochi, Wonu dan Uji juga turut serta. Enon pun ada disitu dia mampu berharap Chan tiada di sebalik semak.

"Kan bahaya biarkan budak-budak ketot kurang zat tinggi berjalan sendiri. Kitorang teman lah." Balas Uji.

"Nak cakap nanti terasa. Takpelah." Ujar Wonu, spontan saja kata-katanya keluar mengikut situasi.

"Kau dengan Ochi buat apa ikut sekali?" Tanya Jun pula.

"Kan tak baik biarkan budak-budak ketot kurang zat tinggi berjalan sendiri- YAH SAKITLAH! BETUL APA?!" Ochi mengusap kepalanya yang sakit diketuk Uji. Apalah salah dirinya yang cuma membicarakan fakta dan cuma mengulang kembali kata-kata adiknya namun dia diketuk pula!

Mark masih terpana. Sisa takut masih melekat pada dirinya walaupun sudah terang lagi bersuluh itu bukan lembaga macam yang disangka.

"Oi Kak Temah!" Sapa Donghyuk kepada Kak Temah. Sambil dia baru nak pulang kerumah bersama Jeonghan dan Jisung ternampak pula Kak Temah sedang berjalan wah ada teh ni.

"Opocot mak kau terbang! Ish terkejut aku kau ni pun!" Kak Temah menunjal kepala Donghyuk.

Inilah Kak Temah yang ada di awal chapter dia dah buat comeback. Mesti ada yang tertanya 'Eh pehal gile ada orang melayu dalam citer ni?' Tidak awak semua Kak Temah bukan orang melayu.

Nama sebenarnya Moon Taeil lagi mesra digelar Temah kerana katanya terbawa-bawa pengaruh Malaysia. Suaminya, Jhonny Suh atau Seo Youngho bekerja di Malaysia selama 8 tahun jadi mungkin dengan menggelar sang isteri dengan nama Melayu dapat mengubat rindu pada Malaysia.

"Kak Temah ni nak kemana?" Tanya Jisung.

"Nak pergi beli ikan kejap tadi si anak Jung tu apa nama dia? Ju On? Jumon? Jeyon? Ah pergi berambus lah keturunan punya nama susah nak sebut. Dia tengah buat sale ikan kembung seekor 50 sen. Aku nak pergi beli lah ni." Terang Kak Temah untuk pertanyaan Jisung.

"Macam menarik je sale tu aku nak pergi lah." Kata Jeonghan. Lagipun ikan dirumah dah habis anak-anak bawa jalan-jalan.

"Hah jom ikut aku. Korang berdua ni tak nak beri laki makan ke? Bukan selalu barang murah ni." Donghyuk mengangguk laju tanda mahu ikut. Fuh dia sayang betul pada suami dia takkan nak dibiarkan kebuluran kan? Manakala Jisung yang masih single hanya mengikut langkah mereka kekedai.

"Hai bang Jae." Tegur Mark apabila mereka lalu didepan gerai Jung Jaehyun yang menjual ikan. Dialah yang buat sale ikan kembung seekor 50 sen dan menghebohkan berita itu di group persatuan perumahan. Habis kecoh berselerak makcik-makcik datang.

"Hah kau datang nak beli kan ke?" Tanya Jaehyun malas.

"Eh tak kitorang lalu je lagipun buat apa beli ikan? Dahla 50 sen seekor baik beli chewing gum." Jujur Mark. Dia memang tak tahu betapa pentingnya harga ikan yang murah sebab masih belum berumah tangga.

"Tak nak beli ikan pergi main jauh-jauh. Menyibuk je aku nak niaga pun tak senang." Jaehyun memutarkan mata sambil menyusun stok-stok ikan.

Vernon mencucuk mata ikan kembung disitu. Sebenarnya dia tertarik dengan tekstur mata ikan yang lembik seperti jeli. Biasalah budak-budak semua nak disentuh.

"Oi habis buta mata ikan aku woi!" Jaehyun berteriak. Ternyata Vernon bukan cucuk biasa-biasa tapi sampai hilang bola mata ikan disitu. Kejam.

"Kenapa mata ikan soft?" Tanya Vernon, lembut.

"Sebab kalau keras nanti jadi guli." Balas Jaehyun selamba sambil masih lagi menyusun ikan disitu dengan tekun. Dia sibuk harini jadi tak dapat nak melayan soalan-soalan cerdik dari kanak-kanak seperti selalu.

"Jangan buat ajaran sesat lah gila." Taeyong yang entah dari mana munculnya tiba-tiba saja di gerai itu menyepak pinggang rakannya hingga jatuh seperti nangka busuk.

"Sakit ba- BAYAM!" Jaehyun mengerang kesakitan bagaikan disepak menggunakan terompah sedangkan hanya selipar Adidas yang disarung pada kaki Taeyong. Dramatik sungguh.

"Acik buat apa kat sini?" Tanya Ochi.

"Kau semua lah keluar senyap-senyap ikut orang pergi kedai. Dah bapak kau macam ayam berak kapur meroyan kat rumah menjerit macam kena sampuk sebab risau aku juga yang kena carikan." Taeyong mendengus di hujung kata. Benci betul ada abang ipar yang tak reti chill ni.

Mereka yang mengintip mengikut ke kedai tadi hanya tersengih. Padahal mereka dah pesan pada Seungkwan kalau Seungcheol cari dimana keberadaan mereka, mereka ke kedai. Ada bau-bau pecah amanah ni.

"Hey buat apa kat sini??" Mata Jeonghan terbuntang. Baru je dia sampai di kedai ikan Jaehyun bersama sahabat tercinta tapi hampir seluruh isi rumahnya juga turut disitu.

"Panjang ceritanya Omma." Kata Wonu.

"Pendekkan." Balas Jeonghan.

"Earlier, Shua, Jun and Mark hyung went to the store but we followed  quietly hehe..." Vernon mewakili abang-abangnya membuka kata dalam bahasa inggeris.

"Enon kenapa bau ikan ni sayang?" Jeonghan lantas mendukung Enon tapi bau Enon sedikit aneh. Setahu Jeonghan dia memandikan Enon dengan sabun carry junior bukan ikan.

"Huh dia butakan ikan-ikan aku padan muka badan dah serupa bau ikan." Jaehyun yang masih tak berpuas hati atas bala yang menimpa ikan-ikannya merengus geram.

"Bising lah nyah sorang ni. Kau dari sekolah sampai tua bangka sama je tak reti nak redha. Muka hensem perangai cam khinzir." Taeyong selamba mengata di depan Jaehyun dan Jaehyun terkesima.

Muka hensem macam ni dia kata perangai khinzir? Hello encik anda bercakap dengan Jung Jaehyun tahu!

"Oh jadinya kau mengaku lah aku ni hensem?" Jaehyun mengangkat angkat kedua keningnya untuk menganjing.

"Tak, tadi tu aku puji diri sendiri je." Balas Taeyong lagi.

"Ouh tadi kau kata muka hensem tapi perangai macam khinzir. Betullah memang kau pun." Jaehyun bangga. Bangga kali ini dia mampu balas dendam pada Taeyong hingga Taeyong terdiam. Tahu pun sentap.

"Hensem perangai cam khinzir pastu jual ikan tapi ayah professor lepastu single. Dahla tak kelakar. Sedih hidup kau ni, Jae." Taeyong menepuk bahu Jaehyun.

"Eih aku jual ikan tolong nenek aku lah! Nenek ni pun kenapa banyak-banyak benda nenek nak jual ikan?" Jaehyun menghentak kaki pula dan sekarang menyalahkan neneknya.

"Dasar cucu tak guna. Suka hati aku lah nak jual ikan ni semua asalkan aku hidup bahagia." Nenek Jaehyun yang baru muncul tapi dah kena umpat mula memprotes.

Semua yang ada disitu hanya menggeleng kepala. Petang-petang lagi dah dapat tengok drama percuma.

[OG] Seungcheol Family || SEVENTEENWhere stories live. Discover now