"Shua bangun!" Seungcheol mengejut anak sulungnya dari tidur dalam keadaan tergesa-gesa.
"Joshua!"
Masih tak berjawapan. Tidur mati nampaknya.
"Joshua tu mak Temah jiran yang hawt sangat tu pergh dia tengah pakai kain batik Terengganu pergh cantiknya!"
"Ha? Mana? Mana? Mak Temah! Tunggu Shua jangan pergi!" Joshua lantas terjun dari katilnya takut mak Temah kesayangan hilang dari mata.
"Ha bangun pun! Appa kena pergi hospital sekarang, pastikan adik-adik yang lain tak menangis ok? Dah dah bye!" Seungcheol berlari keluar menuruni anak tangga.
"Gosh kenapa Appa berlari macam zirafah nak beranak dekat kandang badak?" Joshua menggaru kepalanya.
Dia menoleh kearah jam. 3.30 pagi. Kenapa Appa nak cepat sangat ni?
°•°•°
"Awak tak boleh drive laju lagi ke?!" Marah sang isteri.
"Sayang jangan macam ni abang dah pecut laju habis ni! Terbang nanti kereta fly pergi kerajaan ayah pink tak pasal-pasal stay 2 hari 1 malam." Balas sang suami dalam nafas tercungak.
Ya, merekalah Seungcheol dan Jeonghan.
"Tak kelakar! Awak tak rasa apa saya rasa sekarang! Arghh." Jeonghan semakin hilang arah.
Dia sebenarnya nak beranak sangat jadi perut dia sakit.
"Iya, iya sayang sekejap! Anak Appa jangan lah excited sangat nak keluar setakat muka hyung-hyung kat rumah tu apa lah sangat nak dihadap-- argh!! Sakit! Lepas syaiton!!" Jeonghan kini menarik keras rambut Seungcheol.
"Kalau awak lambat sangat bagi saya drive!" Jeonghan melepaskan tangan Seungcheol dari stereng kereta lalu dia menekan kaki Seungcheol agar menekan minyak sehabisnya.
"TIDAKK!! OMMA! CHEOL MINTAK MAAF!! CHEOL SAYANG OMMA!! HUWAAA!!"
Nampaknya Seungcheol begitu terseksa.
Bukan terseksa kerana kereta yang kini 'dipandu' Jeonghan semakin melaju tapi kerana kakinya yang dipijak semakin kuat.
Sakitnya hanya dia yang tahu kerana Jeonghan memakai hills 5 inci walaupun tak sedar diri mengandung 9 bulan.
°•°•°
"Shua hyung, mana Appa dengan Omma?" Tanya Jun yang baru bangun dari tidur tapi dia terperasan yang bilik Omma dan Appanya kosong.
"I don't know lah. Pukul 3.30 pagi tadi Appa kejut aku dengan pelawaan mak Temah pakai kain batik Terengganu. Appa tipu aku huh."
"3.30 pagi? Nak pergi mana? Entah-entah Omma dengan Appa dah tinggalkan kita semua! Aku tak nak basuh berak Vernon hari-hari aku tak rela dengan pencemaran ini!" Jun mula panik dan hampir pengsan.
"Jun, calm down. Fikir lah positif sikit. Aku pun tak pasti kenapa. Nanti kejap aku call Appa."
Joshua melangkah keluar dari biliknya untuk mendapatkan telefon bagi menelefon Appa nya.
"Ouh, dan basuh berak Vernon tu memang tugas hakiki kau sampai tua. Keyh."
Joshua terus menyambung perjalanan mendapatkan telefon setelah berkata kepada Jun.
"AKU TAK NAKK!! TANGAN KIRI AKU DAH TAK SUCI!"
°•°•°
Suasana di dalam bilik wad hospital itu begitu sunyi sepi.
Seungcheol menunduk di sebelah katil Jeonghan.
"Sebab awak lah anak saya lahir dalam kereta." Kata Jeonghan tegas.
Sebenarnya tadi dah sampai betul-betul depan pintu hospital atas jasa panduan Jeonghan.
Tapi sayang belum sempat keluar anak mereka selamat dilahirkan dalam kereta sit depan.
"S-Sayang jangan marah abang.. Bukan sala--"
Kata-kata Seungcheol mati apabila mata Jeonghan kini memandang dengan penuh amarah.
Adakah Seungcheol bakal dijadikan nasi arab unta?