haseul mengeliat. dia menepuk ruangan disebelah. dia sangkakan dongheon akan ada disebelah. rupanya lelaki itu sudah bangun awal.
haseul pergi kearah dapur. dengar bunyi macam ada orang tengah masak. siapa lagi kalau bukan dongheon yang ada di dapur?
"rajinnya awak masak dongheon" puji haseul. dia berdiri disebelah dongheon. lelaki itu hanya tersenyum.
dia membalikkan pancake tersebut. "nak saya tolong tak?" haseul menawarkan diri, namun dongheon hanya menggeleng kepala.
dia tak mahu haseul buat kerja sangat. dengan keadaannya yang tak sihat. "takpe, pergilah duduk. dah nak siap dah pun"
haseul menurut. dia pergi kearah meja makan. dongheon menghiasi pancake itu supaya nampak berselera.
siap menghias, dia membawa pinggan itu ke meja makan. haseul nampak teruja. dia sudah bersedia mahu rasa masakan dongheon.
"makanlah" pelawa dongheon. dia mahu lihat dulu reaksi haseul sebelum dia makan. "terima kasih untuk makanan ni"
haseul memotong pancake itu, bahagian yang paling kecil dimasuk kedalam mulut. dongheon mengetap bibir.
dia taruk saja apa yang disuruh oleh kotak pancake itu. bibir haseul mengukir senyuman. "em, sedap!"
ibu jari haseul naik keatas. lega hati dongheon mendengarnya. "rasa lah dongheon" lelaki itu mengangguk.
dia mula makan apa yang dimasaknya tadi. bukan setengah jam membuatnya, tapi sejam lebih. demi nak jamu isteri.
"oh haseul, aku mintak maaf tau. semalam kau pengsan. aku rasa baik kau duduk rumah dululah. nanti kalau dah lega, kau jumpalah kawan kau"
haseul mengangguk kepala. dia pun tak sangka yang dia akan pengsan tengahari semalam.
"terima kasih tau" ucap haseul. "kenapa pulak?" kening dongheon berkerut. haseul tersenyum nipis.
"sebab jaga saya. saya hargai sangat. terima kasih" dongheon balas dengan senyuman. "memang tu tanggungjawab aku"
"awak tak kerja ke?" dongheon menggeleng mendengar soalan haseul. "aku amik cuti semingguㅡ
ㅡmemandangkan aku masih ada masa, nak tak kita keluar mana mana? kau mesti boring kalau asyik duduk dalam rumah je"
"betul jugak tu. erm, kalau saya nak request boleh?" dongheon mengangguk. dia pun nak tahu juga apa yang haseul inginkan.
"saya teringin nak pergi rumah ibulah. boleh kita pergi sana nanti?" pinta haseul. dongheon terdiam. tak lama itu, dia mengangguk dengan senyuman.
YOU ARE READING
reboot
Fanfictionㅡ verivery, lee dongheon fanfic 「 let's re-boot our memory, together 」 ↳start : 26092021 sunday end : 28092021 tuesday