tiga

17 12 6
                                    

"boleh awak bagitau saya, apa benda terakhir yang awak ingat haseul?" tanya doktor yang ada dihadapan haseul, shim jaeyoung namanya.

"erm, saya cuma ingat yang saya ada dekat sekolah. lepastu saya pengsan sebab terkena bola. itu je" jawab haseul ringkas.

dongheon yang ada diluar sudah memejamkan mata. dia rasa sedih melihat haseul yang sudah hilang separuh ingatannya.

"semua ni salah aku. aku lah penyebab haseul accident. aku jugak yang buat dia benci dekat aku. semua salah aku, bodoh betul"

dongheon menyerabutkan rambutnya. sungguh dia terasa seperti mahu menjerit saja. namun niat itu dilupakan.

dia berfikir sejenak. dia sendiri yang perlu baiki rumah tangga mereka berdua. biarlah egonya terlepas sekejap. janji haseul bahagia.

jaeyoung keluar daripada wad haseul. dia memandang rakannya yang masih setia menunggu. "dongheon" panggilnya.

seraya dengan itu, dongheon terus mengangkat kepala. "dia cakap apa?" tanya dongheon, risau. jaeyoung duduk disebelah.

"aku tau kau terdengar sikit tadi, so aku bagitau mana part yang kau tak dengar eh?" dongheon hanya mengangguk.

"aku tanya, dia ingat kau tak? dia kata, dia ingat tapi dia ingat kau waktu zaman sekolah je. dia tak ingat langsung yang kau tu suami diaㅡ"

"ㅡbuat sementara waktu ni, kau cubalah berbaik dengan dia. selagi dia tak tau cerita betul, dia akan percayakan kau. sebab.."

dongheon memandang jaeyoung, pelik. tiba tiba je berhenti bercakap. "sebab apa?" jaeyoung memandang dongheon sekilas.

"sebab.. dia kan suka kau dari zaman sekolah. jadi, mesti dia lebih happy kalau kau layan dia dengan baik. kau ingat dulu?ㅡ

ㅡkau selalu palau dia dekat sekolah. sekarang ni, aku nak kau buat yang terbaik supaya adik angkat aku happy macam dulu, ok?"

dongheon mengangguk. "dahlah. aku pegi dulu. jaga dia elok elok. kalau ada emergency, panggil aku" seraya dengan itu, jaeyoung berlalu pergi.

dongheon menggeleng kepala. dari dulu lagi jaeyoung suka panggil haseul sebagai adik angkatnya walaupun adik sebenar haseul ialah gyehyeon.

rebootWhere stories live. Discover now