sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih
++
Asyura bergegas masuk ke dalam rumah dan terus dia menggelupur keluarkan ayam yang dia terlupa keluarkan sebelum dia ke kedai runcit tadi.
Ingat nak keluar sekejap je. Sekali hujan lebat pulak! Habis dia terkandas depan kedai runcit itu dan terpaksa menunggu sampai hujan reda.
"Apa An nak makan nanti? Ayam tak keluar lagi! Argh!"dia mengomel sendirian dan terus dia letak plastik ayam itu di dalam mangkuk.
Lalu diisi dengan air panas. Cara cepat lembutkan ayam mengikut hukum memasak bunda.
Si manis terus ambil periuk nasi, dan mula masak nasi. Aduh, jam dah nak pukul 6, dia belum masak lagi!
Argh!
Nasi ditanak sebelum dia letak di periuknya dan punat on ditekan. Kemudian dia berjalan ke arah ruang tamu semula, dan stokin ditanggalkan.
Klak!
Si manis terus menoleh saat mendengar bunyi pintu apartment dibuka. Syahran masuk ke dalam rumah dengan keadaan rambut yang sedikit berantakan dan terdapat manik-manik air di blazernya.
"An!"si manis memekik risau. Dia terus mengambil alih beg Syahran dan blazer ditanggalkan, "An pergi mandi okay? Jangan biar lama-lama nanti demam,"
"Kau keluar ke tadi?"soal Syahran datar. Matanya memerhati Asyura lama. Dia perasan rambut Asyura sedikit basah dengan keadaan selipar jepun milik isterinya itu yang turut basah.
Asyura mengangguk kecil. Kakunya soalan dia. Ugh, suami Asyura memang kaku gitu.
"Haah. Beli barang dapur sikit. Lupa nak inform An sebab telefon habis bateri,"
Si manis tanggalkan necktie Syahran, dan dia mendongak menatap suaminya. "Saya tak sempat masak lagi, An. An lapar dah ke?"soalnya risau.
Syahran menggeleng kecil dan dahi Asyura dikucup lembut. "Tak apa. Mandi, kita makan luar hari ni,"
Terus Asyura bertepuk tangan gembira. "Boleh makan steak ke An?!"soalnya teruja. Bukan nada rendah, sebaliknya nada tinggi yang dia gunakan.
Nyaring.
"Ah kau,"dahi si manis ditunjal, dan Syahran berjalan ke arah bilik mereka, meninggalkan Asyura sendirian.
Si manis masih bertepuk tangan gembira. "Saya nak makan stik tau, An! Lamb chop!"
"Jangan harap!"jerit Syahran dari dalam bilik.
"Nak jugakkk!"jerit Asyura pula.
Merasa dia sudah menang perbalahan dengan Syahran, terus si manis bersorak gembira. Yeay! Makan luar!
Dia menari-nari gembira,
Tak sedar Syahran memerhatinya sekilas pandang dengan senyuman di bibir. Dan tangan yang ligat menanggalkan butang baju.
"Cute,"
YOU ARE READING
1 | He's Afraid To Lose Me [lengkap]
Short Story*ੈ✩‧₊˚ Dumb&Dumber Universe "𝗧𝗮𝗹𝗸 𝗰𝗵𝗲𝗮𝗽, 𝗜'𝗺 𝗺𝗼𝗿𝗲 𝘁𝗼 𝗮𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻𝘀," ❝Aku tak mudah dibuat jatuh cinta. Maka percayalah, kau sangat luar biasa saat melakukannya,❞ [Tipikal cold outside, soft inside] ִֶָ𓏲࣪ 𓍼 ˖Ꮺ࣭۪ Soulmate [n] ; s...