09 | greatest feeling ever

13.2K 1K 243
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

Asyura ikat necktie Syahran, dan dia tepuk lembut dada itu usai kegiatannya selesai. "An balik pukul 11 kan?"soal Asyura entah buat kali yang keberapa. Dia mahukan kepastian.

"Hm,"sahut Syahran malas.

"Nanti saya call eh kalau dah selesai?"

"Hm,"Syahran setia menyahut.

Hari ini, Asyura ada reunion sekolah menengah di dewan yang mereka dah sewa. Pastinya dia akan datang dengan Syahran.

Jadi pulang pun pasti bersama juga.

"Jangan pergi mana-mana kalau dah selesai. Tunggu je aku datang, faham?"

Kali ini Asyura yang mengangguk faham. Dia ukir senyum manis dan dia tatap lama wajah suaminya.

"Nak apa?"soal Syahran malas. Muka-muka comel macam ni mesti ada yang dia nak.

"Nak duit."

Selamba badak dia je mintak duit gitu.

"Untuk...?"

Asyura juihkan bibirnya dan jarinya melukis-lukis pola random di dada bidang Syahran. "Saya nak pergi doktor kecantikan,"

"Untuk apa? Plastic surgery? No freaking way."

"Ish janganlah tuduh saya macam tu!"si manis membentak kesal. 

"Then for what kau jumpa doktor kecantikan?"

"Saya— Um.."Asyura rasa takut pula nak bagitahu niat dia kali ini. 

"Look at me when you're talking to me, Asyura."

Terus Asyura mendongak menatapnya dengan pipi yang dikembungkan. "Em.. Saya nak buat rawatan muka, and beli skincare."jujur Asyura.

Terus terangkat kening Syahran mendengarnya.

"No,"dia terus memberi keputusan tanpa berfikir dua tiga kali terlebih dahulu. 

Asyura diam. Air mata perlahan-lahan mengalir. Dia menangis dalam diam. Sesekali pipinya dikesat kasar.

"Saya penat,"

"Saya penat, An."

"Awak hensem, kaya. Mesti ada ramai perempuan cantik yang ada dalam lingkungan kawan-kawan awak."

"Dengan keadaan media yang tak tahu saya isteri awak,"

Air matanya laju je jatuh meluncur pipi mulusnya.

Syahran terus mendekati Asyura, pinggang si manis direngkuh perlahan. Dia benci melihat mutiara itu jatuh dari mata cantik milik isterinya.

Ciuman-ciuman ringkas dilayangkan di sekitar wajah manis itu.

Menghapus air mata yang tersisa.

"Jangan habiskan duit aku untuk merubah diri dan penampilan kau,"ucap Syahran lembut.

Rambut Asyura diusap lembut.

"Aku tak suka milik aku ditatap orang,"

"Just be you. Don't worry, i will never leave you,"

Oh my, butterflies~

"Promise me,"bisik Asyura perlahan dalam sendu tangisnya.

"Hm,"

Bahkan sebelum Asyura minta janji dikotakan pun, Syahran sudah berjanji dengan Tuhan untuk menjaga kesayangannya ini selamanya.

1 | He's Afraid To Lose Me [lengkap]Where stories live. Discover now