"Entahlah, bagi aku kawan mungkin lebih baik" V terus menunduk kepalanya.
"Kalau aku tengok dia dengan lelaki yang lain. Aku cemburu. Tapi, aku yang minta berkawan dengan dia dulu"
Dua sahabat Alex Vance Kim, Jeremias Will Park dan Judson Zavier Jeon menghayati kisah percintaan masa silam Alex Vance Kim.
"Siapa perempuan tu?" soal Judson Zavier Jeon
"Kau nampak perempuan yang main guitar diatas pentas tu. Dialah perempuan tu" V menunjuk perempuan yang berada diatas sambil menyanyikan lagu yang bertajuk Your Name.
"Aku suka suara dia"
"Aku faham perasaan kau V. Aku punya pun ada kat sini dan sedang bercakap dengan boyfriend dia. Aku dengan dia pun dah lama berkawan tapi.....dia tidak pernah tahu perasaan aku terhadap dia" terang Jeremias sambil melihat perempuan yang berambut panjang sedang bersembang dengan lelaki yang berambut perang.
Jeremian merenung kembali sahabatnya.
"Tapi, masalahnya aku tak berani nak luah dengan dia"
"Kami faham Jeremias" Kata V dan Judson.
"Terima kasih" jawab Jeremias.
"Tapi, aku punya pun ada kat sini." V dan Jeremias terus melihat Judson.
"Dia tidak boleh lupakan bekas teman lelakinya dan sanggup tunggu lelaki tu. Aku pula dia tak sedar, masa dia sedih atau gembira aku selalu disisi dia. Tapi dia masih tak tahu aku suka sangat dengan dia." Jeremias mendengar itu terus mengeluh.
"Sedihkan cinta tak dipandang langsung."
"Tidak apa Judson. Satu hari nanti dia akan sedar juga kalau kau tidak ada disisi dia nanti. Dah berapa tahun kau tunggu dia ?" jelas V
"3 tahun dah aku tunggu dia" V hanya mengiyakan jawapan Judson.
"kau pula Jeremias dah berapa tahun tunggu dia ?" soal V kepada Jeremias.
"Lebih satu je dengan Judson ni. Aku tunggu Audrey Kinsley Kim tu dah 4 tahun"
"Awal lagi korang berdua ni"
"Kau berapa tahun dah tunggu dia ?" soal Jeremias
"10 tahun" balas V dengan selamba.
"Apa !!"
"10 tahun kau tunggu dia ?" Judson tanya V kerena tidak percaya V sanggup menunggu perempuan itu selama 10 tahun.
V terus melihat wanita diatas pentas itu pun
"Bukan setakat menunggu sahaja"
.
.
.
"Paboya !!" Sopie terus membaling jaket itu kearah dinding hampir terkena V. "Kau tau tak V, dah bertahun-tahun kami couple, akhirnya dia tinggalkan aku" luah Sujeong sambil mengemas barang-barang yang diberi oleh boyfriendnya. Maaf bekas boyfriend.
V hanya diam kerana tidak tahu apa ingin membalas penjelasan Sopie tadi. Melihat Sopie mengemas barang-barang. V terus mengambil selimut doremon dan memasuk kedalam bakul yang penuh dengan pelbagai barangan.
"Itu bukan selimut dia, simpan balik!. Kau ni kawan aku ke tak ?" Marah Sopie kepada V sambil menarik selimut itu kembali.
"Manalah aku tahu, kalau aku tidur dengan kau mungkin aku tahulah barang dia mana satu" balas V dengan terselit gurauan.
"Gatal juga kan kau ni V, siapa nak tidur dengan kau?"
"Kaulah siapa lagi?"
"Perasan. Dahlah kau duduk dulu biar aku bersihkan semua ni" Sopie terus pergi ke dapur.
V terus duduk sofa berwarna putih. V mengambil guitar Sopie dan memainkan lagu kegemaran Sopie yang bertajuk "Your Name". Sujeong pun menghampiri dan mendengar suara nyanyian V yang memenuhi ruangan itu. Selesai V menyanyikan lagu kegemaran Sopie. Sopie terus menutup muka V menggunakan selimut yang dibalingnya tadi.
"Thank you Sopie""Sopie, esok kita jogging ya"
"Okay" jawab Sopie
..
.
"V, lepas ni memang aku taknak bercinta lagi lepas ni"
"Ha, kau yakin tak akan bercinta lagi ?"
"Kau jangan tengok aku macam tu" jeling Sopie. "Kenapa ? Kau berpihak dengan Ex-bf aku tu" Sopie terus berhenti dihadapan V. "Bukan aku tak nak bercinta langsung lepas ni. Aku masih percaya lagi ada orang baik untuk aku"
V terus melihatkan smile box kepada Sopie.
.
.
.
"Pandai juga dia berkata-kata manis" kata Judson
V terus ketawa mendengar kata Judson.
"Tapi dia tidak bermaksud sangat kata dia tu" muka V terus berubah marah.
YOU ARE READING
Finally I Like You
Fanfiction"Alex Vance Kim!" Jeremias dan Judson terus menghalang V agar tidak melihat seorang wanita yang memanggil namanya. "Dengar kata aku ni V. Jangan sesekali kau pusing belakang" bisik Jeremias kepada V "Sofia !" V ingin melihat belakangnya tapi dihalan...