Cinta Malaya Part 1

9 1 0
                                    


Cinta Malaya
Part 1 (mengusik kenangan)

Kisah ini mengisahkan sebuah kisah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu dalam era penghujung tahun 80an.. Kisah ini berlaku di sekitar bandar Kuala Lumpur.. peradaban pada waktu itu sangat terkenal dengan zaman kegemilangan muzik rock.. anak-anak muda terpengaruh dengan budaya rock yang di bawa dari luar.. artis-artis rock mula menjadi trend ikutan anak-anak muda dari segi pemakaian dan pertuturan.. pada waktu itu kumpulan Wings, Search dan Ella and the boys berada di ambang kegemilangan.. Komplek Pertama kuala lumpur menjadi antara medan berkumpulnya anak-anak muda.. rambut panjang, seluar jeans ketat antara trade mark seorang rockers.. dalam masa yang sama pertembungan unsur heavy metal pengaruhi muzik underground pada waktu itu..

Imran atau nama sebenar Muhammad Imran bin Muhammad Borhan atau nama manja Im merupakan seorang peniaga pasar malam yang mengikut jejak ayahnya memandangkan result spm miliknya kurang membanggakan.. Imran mempunyai dua orang adik iaitu Hanim berumur 16 tahun dan Atan berumur 9 tahun.. ibu Imran di kenali sebagai Mak Engku dan mereka tinggal dalam kawasan setinggan dekat kampung baru.. di waktu lapang Imran akan membantu temannya iaitu Bob meniaga burger sambil mengisi masa lapang jika tidak berniaga dekat pasar malam.. selain Bob turut menjadi teman rapat mereka ialah Daud dan Mat Zain yang merupakan teman sekolahnya..

"Im.. burger benjo satu.. ikat tepi.." jerit Mat Zain..

Geleng kepala Imran di buatnya melihat telatah rakannya.. itu lah perangai Mat Zain agak gila-gila sedikit otaknya dari zaman bangku sekolah lagi.. selepas selesai siapkan burger untuk Mat Zain kelihatan kelibat Daud datang ke gerai Bob membawa gitar kapok miliknya..

"Bob burger satu.." pinta Daud..

"kau nie asyik minta burger saje.. bayarnya bila.." kata Bob..

"alaa.. tunggu gua jadi artis la dulu brother.. nanti gua setelkan lah hutang piutang gua tu.. lu bukan tak tahu gua sekarang sedang tunggu panggilan studio rakaman.." kata Daud..

"kau punya sembang Daud.. satu aku tak percaya.. kau tengok Mat.. walaupun perangai terencat tapi sekurang kurangnya dia bayar.." kata Bob..

"cashh brother.. cash.. aii ape yang terencat nie.. lu cakap baik sikit.. burger gua.. gua bayar ok.." kata Mat Zain..

"kalau aku dapat 10 pelanggan lagi macam kau Daud.. alamat tutup kedai aku di buatnya.." mengeluh Bob..

"tah Daud nie.." kata Mat Zain..

"yelah.. akan aku usahakan dan buktikan nanti.. lu apa hal brother.. wa tengok lu jauh sangat fikir tu Im.." tegur Daud..

"emm.. takde apa-apa.." jawab Imran..

"gua tau lu punya kes berat.. bunga sudah di petik orang.. cinta dua darjat.. payah Im.. Lisa dah jadi milik orang.. benda dah pergi jangan di kenang.." tegur Daud..

Ada benar kata Daud.. sebelum ini aku bercinta dengan Lisa.. dari zaman sekolah lagi kami bercinta.. tapi apa kan daya keluarga Lisa tidak merestui hubungan kami lalu Lisa di kahwinkan dengan pilihan keluarganya..

Pengemis Cinta

"Demi cinta ku padamu..
ku korban kan jiwa dan raga..
biar pun harus ku telan..
lautan baraaa..
buuuu..." Daud..

Cinta MalayaWhere stories live. Discover now