Cinta Malaya Part 3

2 0 0
                                    


Cinta Malaya
Part 3 (Tersentuh Hati)

Langkah demi langkah akan mendewasakan kita.. setiap langkah mempunyai matlamat.. hanya kita yang menentukan arah yang ingin kita tuju..

terbaik la Im persembahan battle of the band kau hari tu.. burger boleh diskaun tak..” kata Joe..

ini bukan kedai aku.. kau tanya kat Bob..” kata ku..

nope..” kata Bob..

adeiii.. lupa aku.. kantoi..” kata Joe..

tapi betul.. aku yang duduk bawah tengok kau dengan Daud dah macam artis.. boleh pergi jauh..” kata Mat Zain..

betul-betul.. itu baru tengok gua goreng sikit..” kata Daud..

banyak lu punya goreng.. aku tengok lu hampir tercirit ade la..” kata ku..

Tiba-tiba..

abg Imran.. nak burger daging 2..” kata Sofia..

Terkejut aku di buatnya bila Sofia datang ke gerai burger.. ini pertama kali Sofia datang beli burger dekat sini.. 

Im burger daging 2.. yang kau termenung tu kenapa..” kata Bob..

ohh..ok..ok..” kata ku..

Sofia tersenyum melihat gelagat aku.. malunya aku.. lalu aku bantu Bob siapkan burger milik Sofia..

tah Im nie.. macam kena panah je..” kata Mat Zain..

ehh kejap.. siap cikaro tu..” kata Daud..

bukan cikaro tapi bunga.. bunga harum mekar mewangi sedang kembang di taman..” kata Mat Zain..

Semua terkejut melihat kehadiran Sofia memandangkan mereka belum pernah melihat Sofia sebelum ini.. selepas menyiapkan burger lalu aku serahkan pada Sofia..

“tahniah abg Imran sebab naib juara Battle of the band..” kata Sofia..

emm tulah.. tak sangka.. kan.. ingat juara.. hahaha..” kata ku..

jadi berapa abg Imran..” tanya Sofia..

takpe kali nie Abg belanja..” kata ku..

terima kasih.. abg Imran..” kata Sofia..

---------------------------------------------------------
sofia

Berdegup jantung aku di buatnya.. nak pergi ke tak.. nak pergi ke tak.. adoiii.. beli burger je pun.. kenapa aku layan sangat perasaan nie.. betul.. aku nak beli burger je.. tak lebih dari itu.. kalau tak pergi bila masa aku boleh jumpa dia dengan lebih dekat.. bisik hati ku yang mula memberontak..

haa Sofia kamu nak ke mana pula tu..” tanya Ibu Sofia..

beli burger.. gerai dekat simpang.. lapa..” kata Sofia..

Terkejut aku bila ibu tegur aku.. hampir berterabur ayat aku..

emm.. beli untuk adik kamu sama..” kata Ibu Sofia..

ibu tak nak.. ayah..” tanya Sofia..

ibu dah kenyang makan tadi.. ayah kau pergi ke masjid lambat balik katanya..” kata Ibu Sofia..

Lalu aku keluar memulakan langkah yang penuh cabaran.. kenapa berat langkah aku nie tiba-tiba.. nak aku berpatah balik ke.. tak boleh.. kena teruskan juga.. kalau tak nanti tak dapat jumpa abg Imran.. ehh.. kau dah angau ke apa.. kata hati ku.. tiba-tiba aku sudah sampai dekat gerai burger.. aduhhh.. cepatnya.. susun ayat.. susun ayat.. kata hati Sofia..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 16, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta MalayaWhere stories live. Discover now