[28/3/2019]
"Abang nak pergi outstation berapa lama?" Soal Sara.
"Tak lama pun sayang, 5 hari je. Nanti abang balik, kita pergi dating dekat Langkawi, nak? Nanti abang belanja coklat banyak-banyak. Okay?"
"Ye ke tak lama? Kita baru je kahwin 2 minggu, takkan dah kena berjauhan." Sara mencebik.
"Alahai si comel saya ni." Arlan menyelit rambut Sara ke belakang telinga. "Dear my butterfly, jangan sedih-sedih, okay? Abang pergi kerja dekat London tu 5 hari je, lepastu abang balik. Abang tak boleh nak janji, sebab kita tak tahu lagi apa yang akan jadi." Arlan memujuk isterinya dengan lembut.
"Hm...tapi abang janji jangan cari isteri baru dekat sana!" Sara mengangkat jari kelengkingnya.
Arlan tertawa, "abang takkan cari orang lain. Abang janji." Arlan mencium dahi Sara.
"Abang pergi dulu ya? Jaga diri dekat rumah, kalau ada apa-apa call abang, ataupun minta tolong jiran. Jangan nakal-nakal ya! Jaga makan minum, jangan nangis malam-malam sebab rindu abang." Pesan Arlan sambil menghadiahkan senyuman kacak.
Sara mencebik apabila mendengar hujung ayat Arlan. Arlan tertawa melihat riaksi isterinya seperti itu.
"Kenapa riaksi macam tu?" soal Arlan sengaja.
"Rindu tu sakit hm...abang pergi kejap je kan?" soal Sara lagi.
"Buat apa pergi kejap kalau boleh pergi selamanya?" Sakat Arlan. Pantas Sara memukul dada Arlan kerana geram dengan gurauan suaminya.
"Tak baik tau cakap macam tu!" Marah Sara.
"Sayang! Abang gurau je...lagipun kitakan tak tahu apa akan jadi pada hari seterusnya, kan?" soal Arlan.
"Tapi abang tak payahlah cakap macam tu! Kita baru kahwin tau! Honeymoon pun tak sempat sebab abang busy." Omel Sara.
"Maafkan abang, sayang. Balik dari London kita pergi honeymoon okay, flower?" Arlan menggosok kepala Sara lembut.
"Yela...hm. Bye abang." Sara menyalami suaminya. Tangan Arlan dikucup lama.
"Sayang...awak ni macam tak nak saya pergi je. Berapa lama nak cium?" soal Arlan sambil tergelak kecil.
Sara mengangkat kepalanya dan tersenyum kecil. Dia melepaskan tangan Arlan walaupun terasa berat hati untuk melepaskan suaminya pergi.
"Abang pergi dulu. Take care cutie pie." Arlan masuk ke dalam kereta BMW nya dan terus bergerak pergi.
[1/3/2019]
"Assalamualaikum, sayang...abang minta maaf...abang tak boleh nak balik Malaysia sebab dekat sini lockdown." Suara Arlan dari dalam talian hanya didengar. Sara hanya menjawab salam di dalam hati.
Dia tak mampu bersuara kerana terlalu sedih selepas mendengar berita tentang virus yang merebak baru-baru ini. "Abang...abang janji nak balik..." suara tangisan Sara kedengaran.
"Flower, i'm so sorry darling. Abang tak boleh balik sana. Abang tak ingkari janji kita, tetapi situasi yang tak mengizinkan."
"Sara sunyi dekat sini..."
"Okay, apa kata kita stay oncall? Lagipun abang unlimited call, so sayang tak payah risau okay? Lagipun abang dah tak busy. Yelah, lockdown kan?"
"Betul ni?" Soal Sara.
"Betul...biar je call ni tutup sendiri, okay?"
"Ok."
"Dah, jangan sedih-sedih ya sayang? Abang tetap akan salurkan cinta walau dari rakaman suara."
Sara tersenyum gembira mendengarnya.
Butang rakaman suara ditekan.
{61021}
YOU ARE READING
You're my favourite voice ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e e m p a t b e l a s [ short-story ] "Buat apa pergi sementara kalau boleh pergi selamanya?" Pesanan : peka pada tarikh-tarikh dalam cerita ni. S T A R T || 4 Oktober 2021 E N D || 7 Oktober 2021 [ most impressive ranking ] ✈...