E P I L O G

577 101 55
                                    

[4/9/2021]

Bertahun tidak berjumpa dan harini dia sudah tidak sabar lagi untuk menanti ketibaan suaminya yang tercinta.

Sara menarik nafas dalam untuk tenangkan dirinya yang terlalu excited. Tiba-tiba dirinya di sapa dari belakang. Sara tersenyum lebar dan berpusing menghadap belakang.

"Maaf, ini Cik Sara Kamalia ke?" soal seorang lelaki muda yang lengkap berpakaian seperti CEO.

"Ya saya? Awak siapa?"

"Saya kawan sekerja Arlan yang pergi sekali ke London. Saya datang nak pulangkan-"

"Mana suami saya?" Senyuman Sara memudar dengan cepat.

"Arlan meni-"

"Tipu."

"Sabar cik Sara, Arlan meninggal tahun lepas semasa menjalani rawatannya yang terakhir, virus merebak ke dadanya dan semua doktor kat situ dah tak boleh buat apa."

Sara terdiam membatu.

"Saya nak pulangkan telefon Arwah dekat Cik Sara, maafkan saya sebab tak bagitahu."

"Maaf? Kau sesuka hati je buka WhatsApp lepastu chat aku tanpa bagitahu aku yang kau sebenarnya nak pulangkan fon."

"Saya minta maaf, saya takut kalau cik tak datang dan-" Sara merampas telefon Arlan dari tangan lelaki itu dan terus membuka langkah untuk pergi.

"Sabar Cik Sara! Ada satu lagi saya nak berikan dekat Cik. Ini pemberian arwah. Dia ada kata ni adalah hadiah perkahwinan korang."

Sara mengemam bibirnya. Perlahan-lahan dia menoleh dan mengambil hadiah itu dari tangan lelaki itu. "Terima kasih." Sara terus melangkah pergi.

"Lagi satu! Arlan suruh sampaikan ni dekat Cik Sara, dia kata dia cintakan Cik Sara." Sara tidak menoleh dan melajukan langkahnya.

"Tak perlu sampaikan pun aku dah tahu." Katanya perlahan.

Sara memandu keretanya sambil menangis. Dia berhenti di tepi highway dan meletakkan kepalanya di atas stereng. Dia meraung sekuatnya sehingga dia tersedu sedan dan tak mampu mengeluarkan suara lagi.

Dia bersandar dan mengambil kotak hadiah disebelah tempat pemandu itu lalu dibukanya. Satu set barang kemas itu hanya dipandang kosong. Dia menutup semula kotak itu dan meletakkan di tepi. Semua itu tidak lagi berharga baginya kecuali jika Arlan sendiri yang memberikan kepadanya.

"Abang...selama ni Sara menanti seseorang yang dah tiada. Sara tak sempat ucapkan selamat tinggal. Sara tak dapat pelukan terakhir abang. Abang tinggalkan Sara sebelum kita ada cahaya mata. Sara menyesal tak peluk abang dengan lama sebelum abang pergi ke London.

Sara menyesal lepaskan tangan abang haritu, kalau Sara tahu semua ni terjadi...Sara takkan lepaskan abang pergi. Kita baru je kahwin. Honeymoon pun kita tak sempat tau." Sara tertawa hambar.

"Rama-rama? Sara rindu panggilan tu, abang. Kenapa perjalanan cinta kita seperti rama-rama ya? Indah tapi sementara."

Sara memejamkan mata dan menenangkan diri. Dia beristighfar dan cuba memaksa diri untuk menerima takdir.

Dia baru terfikir untuk membuka telefon Arlan. Galeri di dalam telefon itu dibuka. Entah kenapa dia ingin mebuka fail rakaman suara di dalam telefon Arlan. Sara membuka setiap fail satu persatu. Dan itu semuanya suara rakaman Sara sehinggalah fail terakhir. Sara membukanya dan suara lemah Arlan kedengaran.

"Sayang, harini abang akan jalani rawatan terakhir. Abang bukan tak nak call sayang, abang cuma tak nak ganggu emosi sayang. Abang tak tahu apa yang akan jadi lepasni, tapi abang dah tak kuat lagi. Sekarang ni pun abang tengah tahan sakit sebab nak record suara ni untuk sayang."

" Abang nak pesan, jangan terlalu ikutkan perasaan. Terima segala takdir yang telah ditentukan. Allah maha mengetahui segalanya yang akan berlaku di masa hadapan."

"Tolong jangan paksa diri untuk terus setia, Sara masih muda. Sara kena bina keluarga baru dan berbahagia. Lupakan abang dan kisah kita. Maafkan abang kalau kata-kata abang melukakan hati Sara. Tapi abang merayu. Tolong ikhlaskan segalanya."

"I love you but I'm so sorry. Goodbye, butterfly."

Sara menahan diri dari meraung sekali lagi. Baginya melupakan seseorang yang dia cinta itu tidak mudah.
"i will try but...your voice...your voice always in my head. I can't forget your voice."

"And i maybe never forget it because you're my favourite voice."

{T A M A T}

{7/10/2021}

You're my favourite voice ✔︎Where stories live. Discover now