[20/6/2020]
Hampir seminggu Sara tidak mendapat khabar berita tentang Arlan dan tiba-tiba hari ini dia mendapat panggilan. Seperti biasa, butang rakaman suara itu ditekan selepas menjawab panggilan.
"Sayang...abang dah tak larat...dada abang sakit..." secara tiba-tiba Arlan berkata seperti itu dengan nada suara yang seperti tidak bermaya.
"Abang! Abang tolong bertahan...Sara yakin Allah akan permudahkan segalanya, Sara yakin Allah akan makbulkan doa kita! Abang tolong...tolong ingat janji abang..." Sara menahan diri dari menangis, dia tak mahu Arlan rasa lemah kerananya menangis.
"Sayang...d-doakan abang. Abang nak balik jumpa sayang. Abang dah janji ngan sayang nak bawak sayang honeymoon..." kata Arlan dengan suara yang agak perlahan.
"Abang, setiap hari dan setiap waktu Sara tak pernah lupa untuk doakan abang. Abang please lawan sakit tu...Sara tak kuat kalau takde abang."
"Sara Kamalia...terima kasih untuk segalanya...abang rasa-"
"Abang! Tolonglah jangan tinggalkan Sara!"
"S-sayang...ni mungkin panggilan terakhir dari abang..."
"Bukan! Ni bukan panggilan terakhir! Abang tolong jangan cakap macam tu!" Rayu Sara.
Arlan tidak mengendahkan rayuan itu malah berkata seperti ini,
"Tolong cari pengganti yang lain."
Seluruh raga Sara menjadi lemah, lututnya seakan tidak berfungsi untuk dia berdiri lalu dia terduduk lemah.
"Kenapa abang cakap macam tu? Abang tahu kan bertapa setianya Sara dekat abang? Kalau abang sendiri cakap hati abang hanya untuk Sara, bermakna hati Sara pun hanya untuk abang. Hanya untuk Arlan Zulhayri."
"Tapi sayang...abang dah tak la-"
"Abang! Cukup! Sara yakin abang akan sembuh sepenuhnya. Abang tolong percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Sara dah berdoa supaya abang akan sembuh!"
"Sayang. Istighfar, bawa mengucap. Kalau itulah takdirnya, terimalah dengan hati terbuka. Jangan seksa diri awak. Saya sayang awak."
Sara mendiamkan diri, dia tersedar bahawa dia sudah melampau dan hampir melawan takdir.
Sara terdengar suara seorang doktor memanggil nama Arlan untuk dibawa ke rawatan seterusnya.
"Sayang, abang tutup panggilan dulu. Kata-kata Sara tadi abang simpan dalam hati, teruskan berdoa untuk abang dan semoga Allah makbulkan semua doa sayang. Assalamualaikum...rama-rama."
Talian terputus. Sara meletakkan telefonnya ke tepi dan memeluk lututnya erat. Dia menghamburkan segala tangisan yang ditahan.
Dan sejak dari hari itu, tiada lagi panggilan dari Arlan. Tetapi Sara masih lagi berfikir bahawa Arlan masih hidup. Dia yakin Arlan akan pulang nanti.
Dia sangat yakin.
Dan sejak dari itu juga, suara rakaman Arlan sahaja menjadi temannya apabila dia terasa kesepian.
End flashback.
[3/9/2021]
9 bulan telah berlalu, kehidupan seharian Sara masih lagi seperti biasa yang hanya bertemankan suara rakaman Arlan.
Dia tidak mampu untuk berhenti mendengarkan suara Arlan kerana itu sudah seperti rutin hariannya. Melupakan seseorang yang sangat dicintainya itu bukanlah perkara yang mudah. Sara masih lagi berharap akan kepulangan Arlan. Dia yakin Arlan akan pulang lusa atau nanti.
Dia semakin yakin selepas mendapat berita tentang pelepasan merentas negara diluluskan. Tiba-tiba notificationnya berbunyi menandakan bahawa ada mesej masuk. Sara tersenyum lebar melihatnya.
Ingin sahaja dia melompat gembira. Siapa sahaja tidak gembira apabila mendapat mesej dari orang yang selalu dia nantikan.
My bee 🐝💛
Assalamualaikum, jumpa dekat airport, esok.
Tidak lekang bibirnya dari tersenyum. Sara mengucapkan syukur berkali-kali.
{71021}
YOU ARE READING
You're my favourite voice ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e e m p a t b e l a s [ short-story ] "Buat apa pergi sementara kalau boleh pergi selamanya?" Pesanan : peka pada tarikh-tarikh dalam cerita ni. S T A R T || 4 Oktober 2021 E N D || 7 Oktober 2021 [ most impressive ranking ] ✈...