[28/10/2020]
Sara membuka rakaman suara Arlan sebelum dia keluar dari rumah untuk pergi membeli barang dapur. Suara bebelan manja Arlan itu membuatkan Sara sentiasa tersenyum.
Dia tertawa kecil mendengar gurauan Arlan. Sambil itu dia berjalan di dalam pasaraya untuk mencari barang yang perlu dibeli.
"My butterfly, jangan boros-boros ya?"
Sara tersenyum nipis sahaja.
"Okay, sekarang kita pergi cari sawi!"
Sara berjalan ke tempat sayur-sayuran dan mencari sayur sawi.
"Lepastu kita cari ikan salmon!"
Sara pergi pula ke bahagian ikan-ikan segar. Dia mendengar sahaja rakaman suara Arlan seolah-olah suaminya berada di sisinya.
"Lemon jangan lupa, awak kan suka letak lemon?"
Sara menahan senyum dan berjalan ke tempat buah-buahan lalu mengambil buah lemon yang sudah siap packing.
"Kalau ada saya sebelah awak ni, mesti awak ajak saya main tolak-tolak troli."
Sara terdiam. Air matanya ditahan dari mengalir. Malu jika ada orang perasan nanti. Setelah selesai membeli belah barang dapur. Sara pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah, Sara terus menuju ke dapur untuk memasak. Rakaman suara Arlan yang lain dibuka.
"Harini kita masak butter salmon!"
Sara menanggalkan iPod dan menguatkan volume sehingga suara rakaman Arlan memenuhi ruang dapur. Dia meletakkan telefonnya di atas kabinet dapur.
Ikan salmon itu dicuci sehingga bersih dan direbusnya. Kemudian Sara pergi memotong bahan-bahan yang perlu dimasak.
"Hati-hati, jangan careless bila memotong."
Sara tersengih mendengarnya.
"Nanti kalau nak letak garam atau perasa, jangan letak banyak-banyak!"
Pesanan Arlan itu membuatkan Sara tertawa kecil.
"Jangan masak banyak-banyak, okay sayang? Awak kena jaga badan."
Baru sahaja ingin tertawa lagi namun senyumannya mati setelah mendengarkan ini,
"Nanti abang balik sana, tengok sayang dah gemuk, lepastu abang dah tak kenal sayang macam mana?"
Nada gurau senda dan suara Arlan tertawa itu membuatkan Sara sebak. Dia mengukir sekuntum senyuman paksa supaya mampu mengatasi kesedihan.
Setelah selesai memasak, Sara menghidang makanan yang dia masak di meja makan. Telefon pintarnya yang dia letakkan di atas kabinet itu diambil lalu suara rakaman seterusnya dibuka.
"Sayang! Abang dah siap masak. Jom teman abang makan. Abang baca doa, okay?"
Sara menadah tangan. Suara garau Arlan yang sedang membaca doa itu membuatkan hati Sara berbunga.
Sara menjamu selera sambil mendengar Arlan membebel di dalam rakaman suara.
"Abang rindu nak kena suap dengan sayang."
Tangan Sara terhenti dari menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dia menggigit bibir bawahnya. Air mata yang sudah lama dia tahan akhirnya jatuh juga dari tubir matanya. Sara mengcengkam kuat bucu meja, dia mencari semula kekuatan dalam dirinya.
"Sayang! jangan nangis...nantikan abang balik juga. Nanti kita suap-suap, okay?"
Sara mengesat air matanya.
{61021}
YOU ARE READING
You're my favourite voice ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e e m p a t b e l a s [ short-story ] "Buat apa pergi sementara kalau boleh pergi selamanya?" Pesanan : peka pada tarikh-tarikh dalam cerita ni. S T A R T || 4 Oktober 2021 E N D || 7 Oktober 2021 [ most impressive ranking ] ✈...