Kenalan

126 6 4
                                    

"Hello , Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam . Hai awak "
"Siapa ni ? "
"Kenalan awak lah ."

Hish ! Siapa pulak yang tepon aku malam-malam buta macam ni ? Bebel Damia keseorangan . Tanpa membuang masa , Damia menekan butang 'end call' pada telefon bimbit miliknya . Dia sememangnya malas ingin melayan orang-orang yang tak dikenalinya . Seakan ada sahaja orang yang ingin mempermainkannya . Apa diaorang ingat Damia ni anak patung ke ? Yang boleh dibuat main ?.

Damia terlelap dan tertidur di katil empuk di dalam biliknya . Dia ingin berehat kerana keletihan yang teramat pada hari tersebut . Banyak masalah yang dihadapinya yang dapat menganggu hidup dia . Dia seakan memiliki masalah setanding dengan Perdana-Perdana Menteri Negara .

***************

Seusai sahaja mandi dan menunaikan solat ,Damia bersiap sedia ingin menuju ke kolejnya . Semasa dia di dalam perjalanan ingin ke kolejnya , dia terserempak dengan jejaka skateboard yang pernah hampir sahaja melanggarnya pada ketika itu . Jejaka itu sedang membeli kuih di kedai yang berdekatan di situ sambil memegang skateboard kesayangannya lalu tersenyum kearah Damia . Damia membuat muka selamba sambil berkata seorang diri 'apa buang tabiat ke mamat ni senyum sorang2' . Damia turut sama membeli kuih di kedai yang sama .

"Makcik , saya nak beli lepat pisang dengan pulut bakar . Seringgit2 ye ?" Kata Damia
"Jap ye nak ?" Kata Makcik si penjual kuih itu sambil memberi plastik yang berisi kuih koci kepada jejaka sakateboard tersebut.
"Hai awak , beli kuih ke ? Saya belanja eh ?" Jejaka itu mengeluarkan suara.
"Eh ! Hai, awak cakap dengan saya ke ? " tanya Damia.
"Eh , Taklah . Makcik ni nak beli kuih , sy nak tolong belanja ."
"Ini ye nak ." Kata makcik si penjual kuih sambil menghulurkan plastik kepada Damia .
"Nah , dua ringgit " jejaka itu menghulurkan duit kepada makcik tersebut lalu berjalan seiringan dengan Damia .
"Eh , apa ni ? "
" apa apa ? "
"Nah ! Saya ganti duit awak " kata Damia sambil menghulurkan duit kepada jejaka tersebut.
"Eh , takpelah . Anggap je ni sebagai tanda perkenalan kita ."
"Ok . Takpela . Saya dah lewat ni nak ke kolej . Selamat tinggal"
"Selamat tingg..."
Belum sempat jejaka itu menghabiskan ayat , Damia terus berjalan dengan cepat sekali menuju ke kolej kerana takut dimarahi oleh pensyarahnya yang lama menunggu kehadiran Damia .

Sambil berjalan , Damia tersenyum mengingat kembali apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi . 'Tanda perkenalan?' Apakah ? . Haha . Jejaka itu seakan ingin berkenalan dengan Damia walaupun baru pertama kali Damia nampak dia berkeliaran di tepi jalan yang berdekatan dengan rumah-rumah tersergam indah , dan dipenuhi dengan kereta lalu-lalang yang juga mempunyai taman rekreasi tempat kanak-kanak bermain . "Mungkin dia baru di sini " ."Perwatakkan dia pun seakan orang yang baru lepas habis belajar , sangat pandai bergaya , macho dan yang penting baik tutur katanya " . Bisik Damia di dalam hati .


Cinta Di Tepi JalanWhere stories live. Discover now