Damia dan Iyas berjalan seiringan menuju ke kantin , tempat di mana Syamilah menunggu kehadiran mereka kerana ingin belajar bersama-sama .
"Korang pergi mana hah ? Berjanggut aku tunggu ." Marah syamilah sambil ditambah sedikit unsur lawak .
"Maaflah weh ! Kau pun tahu kan , Prof.Mamat tu kalau tak bagi tazkirah 30minit , tak sah ! " balas Damia .
"Hah ! Memang padanlah muka korang kena tazkirah ! Tak reti nak hargai masa . "
"Eh2 budak ni . Dah minta maaf kan ? " kata Iyas.
"Masa ni kan , diibaratkan emas . Ianya sangat berharga . Jadi , kita sebagai manusia kenalah hargai masa tambah-tambah dengan keadaan sekarang yang sememangnya kena pandai susun atur masa . " bertazkirahlah si Syamilah .
"Haha . Dah laa weh ! Stop it ! Tak payah nak bagitahu , aku dah tahu dah . Kalau kau tambah lagi tazkirah tu , memang padanlah kau dengan Prof.Mamat . Nanti aku tolong masuk meminang eh !?" Selamba sahaja Damia berkata .
Serentak dengan itu ,Damia dan Iyas ketawa manakala Syamilah sememangnya menyampah dengan mereka berdua yang seolah-olah bersekutu untuk menghenyak dirinya tetapi mereka sering begitu dan tidak pernah ambik hati sedikit pun ."Takpe ah kau Mia , dua orang . Aku sorang je . Mana larat nak bertikam lidah dengan kau . " kata Syamilah .
"Alah ! Rileks lah Mylah , kita main-main je kan . Hahaha. "
"Eh ! Bila nak start belajar ? To be continued .... "Kata Iyas yang sejak tadi menonton drama yang dilakonkan oleh dua orang gadis yang merupakan sahabat karibnya . Tahulah boleh pegang2 bagai . Mentang-mentang aku ni lelaki , ada batas juga . Nasib baik aku pandai jaga batas pergaulan .
"Ehh ! Dipersilakan duduk wahai Encik Muhammad Iyas Amin . " kata Damia yang Mempersilakan Iyas duduk dan dia mengambil tempat duduk di sebelah Syamilah yang berhadapan dengan Iyas Amin .Setelah mengeluarkan laptop , buku rujukan serta alat-alat yang diperlukan untuk belajar , mereka pun mulalah belajar dengan tenang dan damai sekali sebagai persediaan untuk menghadapi ujian sem satu .
Di kantin itu juga , terdapat seorang lelaki yang memerhati gerak-geri tubuh Damia yang sedang belajar . Lelaki itu mendengus kecil kerana cemburu melihat Iyas Amin yang mula rapat dengan Damia . "Kau belum kenal siapa aku , tunggu dan lihat ."
******************
Setelah Damia dan sahabat karibnya itu sudah habis mengulang kaji di kantin , mereka mengatur langkah menuju ke rumah masing-masing.
Sememangnya Damia dan Iyas selalu berjalan bersama . Mereka bagaikan belangkas kerana pergi ke mana-mana sahaja sering bersama sehinggakan ingin pulang ke rumah pun memandangkan mereka hidup berjiran .******************
Lelaki itu mengekori belakang Damia dan Iyas . Dia memendam perasaan dendam terhadap Iyas Amin .
YOU ARE READING
Cinta Di Tepi Jalan
Short StoryDaus Anaqi , seorang yang suka mencari nahas dengan Damia Asmadiman kerana sebenarnya dia ada hati dengan gadis tersebut . Itulah taktik bagi mendekati dirinya dengan Damia Asmadiman . Datang jejaka skateboard , Iyas Amin yang juga ada hati dengan g...