Sakit Hati

183 8 0
                                    

Laju saja tangan Damia menyumbatkan earphones,memasang volume iPod semaksima yang mampu ditahan telinganya. Suara-suara yang sejak dua jam tadi memenuhi ruang udara mula hilang , digantikan pula dengan suara Syamilah yang tidak tahu bahawa perasaan Damia pada ketika itu sangat marah .

Si Daus , lelaki yang sering bertikam lidah dengan Damia membuatkan Damia berasa sakit hati kerana perkataan yang terkeluar dari mulut Si Daus , ternyata membuatkan Damia berasa sangat marah . Mereka sering bergaduh jika terserempak atau terjumpa di mana-mana kerana mulut Si Daus yang tidak berinsurans itu sering membuatkan Damia panas baran dan kalau boleh , Damia mahu keluar dari kelas dan tidak ingin melihat lagi muka Si Daus .

"Kenapa kau selalu nak cari pasal haa ?"
"Sebab aku tak suka kau."
"So ? Apa kaitannya ? Kalau tak suka tak payah kacau ."
"Kau nak suruh aku kacau apa ? Kacau gulai ayam kat kantin tu ke ?hahaha ."
"Ehh . Lawaknye kau . Lawak hambar . Puihhh ."

Damia sememangnya malas ingin melayan kerenah Si Lelaki itu . Walaupun ramai yang ada hati dengan Si Daus , namun Damia tidak peduli kerana Damia memegang satu prinsip di dalam hidup dia "no couple , love , dovey , relationships , boy , girl , kahwin terus !"

Seusai sahaja Damia keluar dari kolej , Damia berjalan kaki menuju ke rumahnya yang terletak dua kilometer sahaja dari tempat dia menuntut ilmu. Sambil berjalan , dia melihat di sekeliling yang terdapat banyak kereta kerana pada waktu itu bandar memang terlalu sibuk . Lalu mata Damia tertumpu pada seorang lelaki yang bermain skateboard yang hampir sahaja ingin melanggar Damia membuatkan Damia terjatuh lalu baju baru yang dipakainya itu kotor kerana terkena tanah yang berwarna kecoklatan itu.
"Ohh mak kau , aku tergolek dia terjatuh . " jejaka itu melatah.
"Dasar lelaki buta ! Kau tak nampak ke orang ada kat depan mata kau ni ?" Teriak Damia . Dia semakin geram kerana pada hari itu , dia merasakan hari yang paling banyak tercetusnya perang dunia yang entah kali keberapa . Terasa ingin menumbuk-numbuk sahaja muka si jejaka yang tak dikenalinya itu .
"Ehh . Maaflah awak ! Saya tak sengaja . " ucap jejaka itu lembut , kerana tidak mahu mencetuskan perang .
"Apa maaf-maaf ? Habis baju saya kotor ."
"Err...awak !"

Tanpa menghiraukan jejaka itu , Damia berlalu pergi meninggalkannya sambil mengucapkan istighfar supaya hati menjadi lembut . Ya Allah , sungguh sakit hatiku pada hari ini , kau tenangkanlah jiwaku .

Sampai di rumah , Damia terus masuk ke bilik dan terus menunaikan solat . Dia tidak menghiraukan lagi kejadian yang menimpa dia pada hari tersebut . Apa yang difikirkan adalah amalannya kepada Allah . Dia ingin meningkatkan ibadah supaya dia sentiasa berada dalam keadaan tenang .


Cinta Di Tepi JalanWhere stories live. Discover now