Special Chapter (3) END

14.9K 970 791
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Suara lembut itu sayup-sayup kedengaran menyapa gegendang telinga Medina. Suaranya sangat merdu mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Bacaannya asyik didengari dan sangat menyejukkan hati.

Perlahan-lahan kelopak mata Medina dibuka. Bibirnya tersenyum senang melihat ciptaan indah Yang Maha Esa.

Medina tersedar dari lena dek kerana suara merdu itu. Dia tidak mengeluarkan suara untuk menyapa sebaliknya dia hanya memerhati gerak-geri Aathif.

Aathif sedang duduk bersila sambil membaca al-Quran. Setiap ayat al-Quran yang dibaca sangat menyentuh hati Medina.

Matanya mengerling jam di dinding sekilas. Baru pukul jam 2 pagi dan suaminya pula sudah bangun seawal ini. Ingatkan dah subuh.

Fokusnya kembali semula memandang Aathif. Surah yang dibaca pula surah Al-Mulk. Satu surah yang banyak manfaatnya.

Antaranya ialah kita akan terhindar dari azab kubur, mengampunkan dosa pembaca dan kita akan disayangi orang sekeliling. Jadi, amalkan membaca surah al-Mulk dalam kehidupan seharian kita.

"Sadaqallahulazim..."

Lamunan Medina tersentak bila ada tangan menyentuh dahinya.

"Sayang... kenapa bangun? Abang kacau sayang tidur ke?"

Medina menurunkan tangan Aathif dan dia genggam erat tangan itu. Lama dia berdiam diri. Dia menyandarkan dirinya di kepala katil.

Aathif perhati saja tingkah laku isterinya. Menunggu soalannya dijawab tapi tak ada satu suara pun keluar dari mulut isterinya.

"Sayang.. kenapa ni hmm? Sakit pinggang? Tak selesa ke? Nak pergi tandas? Nak abang ambilkan--" soalan Aathif terus terhenti bila dengar esakan dari Medina.

"Ya Allah. Aura Medina kenapa ni?" Lembut saja Aathif bertanya. Dia memeluk isterinya dan mengusap lembut belakang Medina.

Lama soalan Aathif dibiar tak berjawab. Setelah Medina berhenti menangis, barulah dia bersuara.

"Sayang tersentuh hati tengok abang. Baru hari ini Allah sedarkan sayang tengok abang macam ni. Sejak bila abang start semua ni?" Tanya Medina dengan suara serak basahnya.

Aathif tersenyum nipis. Dia cium ubun-ubun isterinya.

"Lama dah. Abang nak jadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ini. Abang nak jadi seorang suami yang bertanggungjawab memimpin isteri dan anak-anaknya ke syurga. Abang nak jadi seorang ayah yang penyayang buat Aaryan dan bakal baby baru ni.

Abang nak yang terbaik untuk keluarga abang. Abang tahu selama ni terlalu banyak khilaf abang pada sayang dengan anak kita. I'm so sorry. Abang akan sentiasa buat yang terbaik untuk kita semua" tuturnya dengan sebak. Matanya redup memandang tepat anak mata isterinya. Sayu saja pandangannya.

Terlalu banyak perubahan yang Aathif lakukan. Semuanya demi Medina dan anak-anaknya. Ya Allah untung betul dapat suami sebaik Aathif Naufal.

"Alaaa abang ni.. suka sangat buat Medina menangis huwaaa" rengeknya selepas dengar kata-kata syahdu daripada suaminya.

Suka sangat bagi ayat-ayat deep. Tak suka betul kita dengan suami kita ni.

"Eee dia ni. Janganlah nangis. Abang cakap benda betul dia pula sensitif pagi-pagi buta macam ni. Dah sambung tidur. Abang ada kerja sikit nak buat ni. Tidur yaaa sayang" pujuk Aathif seraya mengusap kepala Medina. Dia tolong Medina baring semula. Bantal dibetulkan supaya isterinya dapat tidur dengan selesa.

Mrs. Aathif Naufal (EBOOK)Where stories live. Discover now