19

29 5 2
                                    

───ෆ───

" aku taknak ikut plan kau tu "

kataku, muktamad. luna menggeleng laju kepalanya, sepertinya dia tidak setuju. what???

" ala jiyong, kau jangan lah macamni. kau kata kau nak crush kau suka kau balik. so kau kene lah amik langkah " balasnya, nak yakin aku.

" aku taknak. kau faham lah situasi aku weh "

" alaaa..... "

" luna kim. i said i don't want. kau tak faham ke? " tanya aku dingin. maaf lah aku sekarang memang takde mood gila. bukan sakit eh.

" yes, aku memang tak faham. ish kau ni, takkan lah nak biar je orang lain rampas crush kau. kau minat jacob dulu kan sebelum jina? so jacob tu kau punya lah! "

wah wah wah. yakinnya minah ni. sedangkan aku macam so-so je nak kata macamtu.

" kepala hotak kau. takdenya jacob tu aku punya. yakin je eh kau cakap. ouh yakin kau ni beli kat mana? shoppee? lazada? "

" rasanya dekat kedai besi aku beli. ck, dah lah. aku takde masa nak buat lawak. masalahnya hambar kau tau― "

" hahahaha, kedai besi pun boleh eh? lawak lawak "

luna ikut ketawa dengan aku. eh tadi kata hambar.

" ok back to the story. aku tak kira, kau kene ikut jugak plan aku! " terus hilang senyuman dekat muka aku lepas luna kata macamtu.

aku syak dia ni tak faham bahasa sebenarnya. or nak aku cakap bahasa sepanyol?

" aku taknak― "

" NOOOOOOO "

.....

masuk masuk kelas, aku letak beg dekat atas meja. and aku duduk ala ala slowmotion macam dalam kdrama tuu. suasana kelas masih normal sebab ada lagi pelajar tak masuk, so aku bersyukur.

buku teks bawah meja aku bawak keluar, nak amik buku untuk pelajaran kejap lagi. aku cari buku teks sains, tapi takde.

gelabah? semestinya. iya lah buku hilang. siapa je tak gelabah kan. padahal aku dah simpan elok elok kot bawah meja.

setelah pastikan buku sains ada ke tak dekat bawah meja, aku amik beg aku. nak check kat situ pulak. mana tau ada.

" takde... " kataku kemudian mengeluh. mataku melilau sekeliling, alahai macam mana ni? aku taktahu nak buat ape.

" nah. "

refleks, aku menoleh ke belakang. dimana suara tu berada. sedikit tergamam, bila nampak sosok lelaki yang paling aku rindu sekarang.

moon kevin  :)

" ambil. " sambungnya lagi. aku tengok dekat tangan dia, ada buku teks sains. mesti lah itu dia punya. takkan makcik dia punya. aku menundukkan kepala.

" takpe lah. aku pinjam dekat kelas sebelah je "

" itu pun kalau diorang ada subjek sains harini. kalau takde? "

okey. apa yang kevin cakap tu ada betul jugak. kalau kelas lain takde subjek sains harini macam mana? dalam tak sedar aku mengemam bibir, ragu ragu nak ambik buku teks tu.

" ambil je. "

gulp. kenape aku rasa kevin macam dalam mood serius sekarang. takde langsung senyuman menghiasi wajah dia. aku takut.

" kau macam mana? um kau pun perlukan buku ni jugak kan kejap lagi? " soalku pada kevin, dengan rasa gugup. for the first time, aku rasa gugup bila bercakap dengan kevin.

sebab sebelum ni, haa faham faham je lah yaa.

" aku kongsi dengan deskmate aku je. ambil cepat. penat aku pegang buku ni lama lama "

awalnya aku pandang kevin. tapi selepas tu, aku jadi terkejut sebab tindakan drastik dia. kevin pegang tangan aku, lepastu dia letak buku tu dekat telapak tangan aku.

" aku suruh ambil. bukan suruh kau pandang aku macamtu " ujar kevin, sambil tu dia geleng geleng kepala tengok aku.

" t-thankyou kevin... "

malangnya, aku boleh cakap macamtu masa kevin tengah bergerak ke tempat duduk  dia. aku? hanya mampu melihat dia dengan perasaan sedih. kenape tiba tiba aku rasa serba salah?

maaf kevin

our feelings , bae jacobWhere stories live. Discover now