31

22 6 17
                                    

───ෆ───

" jiyong-ah. kenapa ni? muka kau pucat gila. kau sakit ke? " soalan luna aku tak jawab. mataku hanya merenung lantai bilik.

luna membetulkan(?) rambut aku yang agak serabai. jujur, aku dah macam orang tak terurus sekarang.

" jiyong. awak okey tak? " jacob memandangku dengan wajah risaunya. aku masih lagi diam, tak berniat langsung untuk jawab.

senyuman nipis aku lemparkan, mahu menunjukkan yang aku baik baik saja.

" korang... " kini semua menatap ke arah aku. untuk kesekian lamanya, aku kembali bersuara.

" yaa? "

" korang nak tahu sesuatu tak? tentang kevin " kataku.

" hah?? " serentak luna, yoojun dan jacob bersuara. ini memang dah rancang ke apa ni.

" aku dapat tahu yang kevin pindah rumah, pindah sekolah " sambungku lagi, kalini dengan wajah tanpa senyuman.

" kevin? jap kevin yang kawan baik kau tu ke? dia pindah? mwo? serius lah? " luna labuhkan punggung sebelahku. lambat lambat aku mengangguk.

" dan aku jugak dapat tahu yang... jacob sunbae dah lama rahsiakan semua benda ni. betul tak sunbae? " aku mendongak, memandang ke arah mereka bertiga― tak. lebih tepatnya ke arah jacob.

wajahnya yang agak muram itu aku tenung. dia takut ke kalau aku marah dia?

.....

bibir digigit, kemudian aku menghembus nafas gelisah. lepas jacob ceritakan semuanya, apa sebab kevin pergi... aku jadi tak tentu arah.

aku baru tahu selama ni kevin simpan perasaan suka pada aku. kenapa? kenapa aku tak pernah perasan selama ni? bodoh bodoh. kau memang bodoh jiyong.

" maaf! kevin yang mintak sunbae rahsiakan semua ni daripada awak. sebab dia takut awak akan benci dia "

" sebelum kevin pindah, dia ada bagi sunbae sesuatu untuk awak. tapi dia mintak sunbae simpankan. nah "

kulihat jacob sedang keluarkan sesuatu dari poket jaketnya.

sekotak bekas bersaiz sederhana besar. entah lah aku pun tak pasti ianya besar atau kecil. dah itu yang aku nampak.

" ambil lah. untuk awak "

.....

kevin to YOU <33

hi? okey aku straight to the point je lah eh. aku akan rindukan kau huwaaa jiyong. sorry, aku terpaksa pergi atas kehendak family.

aku... dah mungkir janji kita. mesti kau marah kan aku pindah canada tak bagitahu kau. aku tahu, aku bodoh. dulu janji, takkan tinggalkan kau sorang sorang. janji akan selalu ada dengan kau tapi semua dah takde.

aku yang buat janji tu, end up aku yang mungkir janji tu jugak. jiyong, kau tau kan aku taknak pun duduk jauh dengan kau? kalau boleh hari hari aku nak duduk dekat dengan kau tau.

ohh ye. tentang perasaan aku dekat kau. memang betul. aku suka kau, dah lama. sejak kita smp lagi.  tapi kau jangan risau, aku akan cuba buang perasaan aku ni jauh jauh. sebab aku tau kau dah jadi girlfriend orang hehe.

aku harap jacob boleh jaga kau sama macam aku jaga kau. aku harap dia boleh sayang kau macam aku sayang kau. jiyong, jangan benci aku ye? aku taknak hilang satu satunya kawan baik aku.

sorry, aku banyak buat kau sakit hati dengan perangai tak elok aku. jangan risau, aku takkan lupakan kau bila aku dah duduk dekat canada ni.

gelang yang ada dalam kotak tu, hadiah dari aku untuk kau. dah lama aku beli tapi aku simpan dulu, tunggu masa nak bagi. kalau kau tertanya tanya bila aku beli, takyah kot sebab aku rasa kau takkan ingat.

klu : waktu nak balik sekolah aku tak dapat balik dengan kau sebab aku kata aku ada hal. ingat?

ok last, gudluck relay kau dengan jacob ^^ aku tumpang happy sebab korang dah bersama. aku ship korang HAHAHA. jicob? kyeopta!

bye bye... aku sayang kau, sangat sangat. jangan lupa pakai gelang yang aku bagi tu. mahal tau aku beli hehe. see you again ❤

our feelings , bae jacobWhere stories live. Discover now